Hati Ini Untuk . . . 6



Suasana di M & P Holdings sangat sibuk dengan kesibukan para pekerja. Bunyi jari-jemari yang menari-nari di atas papan kekunci memenuhi ruang pejabat. Masing-masing sibuk dengan kerja yang diagihkan oleh ketua masing-masing. Tiba-tiba, suasana menjadi sunyi. Semua mata sekarang bukan lagi tertumpu pada kerja masing-masing tetapi sebaliknya melekat pada susuk tubuh jejaka yang baru tiba di tingkat 20 bangunan tersebut. Tubuh yang menjadi idaman setiap wanita dan wajah yang sentiasa berjaya mencairkan hati kaum hawa telah berjaya menarik perhatian setiap manusia yang berada di tingkat tersebut.

Hakimi Yazir dengan megahnya melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Dirinya yakin rancangannya kali ini akan berjaya. Diri yang seorang itu haruslah didekatinya terlebih dahulu untuk memudahkan rancangannya yang lain. Dan langkah pertamanya kali ini adalah mengadakan urusan dengan syarikat tempat Edrin Sazlina berkhidmat.

' Kali ni, aku pasti akan berjaya. Nantikan aku, Edrin. ' Hakimi tersenyum sinis.

Megat Qaiman Darwisy yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya berhenti seketika apabila mendengar ketukan di pintu pejabatnya. Segera Darwisy bersuara,

" Masuk. "

Hakimi Yazir segera masuk ke ruang pejabat milik Darwisy apabila mendengar kata Darwisy. Dibiarkan tubuhnya bersandar di muka pintu sambil menayangkan killer smilenya. Karismanya sebagai seorang lelaki terserlah. Setiap wanita yang melihat pasti akan terpegun dengan makhluk tuhan itu.

' Boleh tahan juga bos dia ni. This will be a tough competition. ' hati Hakimi berkata.

" Ehem. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? " ujar Darwisy.

" Yes. I'm here to discuss about the project that my company, HY & Co.,  invest in. Boleh kita mula sekarang? "

" Oh sure. You're Hakimi Yazir, right? Nice to meet you. Saya Megat Qaiman Darwisy. "

" Ye saya. Okay. Selamat berkenalan. "


Edrin yang sibuk membuat kerja di ruang pejabatnya terganggu dengan suara-suara yang memenuhi suasana di luar ruang pejabatnya itu. Dia terus menapak ke sekumpulan pekerja yang sedang bergosip mengalahkan rancangan televisyen yang menyebarkan gosip liar.

" Wei, korang semua ni takda kerja lain ke? Semua kerja dah siap ke, wahai saudara dan saudari sekalian? " ujar Edrin dengan sinisnya.

" Eh, Edrin ni, nak rehatkan badan sekejap ni. Lagipun, ada berita terpanas di pejabat ni sekarang. " ujar Roslinda, salah seorang pekerja di M & P Holdings.

" Haih, korang ni. Apa pulak cerita liar yang korang semua ni gosipkan? Dah mengalahkan majalah hiburan tau tak? "

" Edrin, kau tak tau ke yang ada seorang jejaka yang sangat handsome dan bergaya masuk pejabat ni tadi. Tak salah aku, dia CEO syarikat HY & Co. tu. Alah, salah satu syarikat seni bina yang terkemuka di asia tu. Memang bertuah lah pasangan dia. Dahlah muda, kaya lagi tu. "

" Tu je? Tu je yang buat korang semua ni jadi macam suasana di pasar ikan ? Haha. Baik takyah le. "

" Hah! Kau ni biar betik, Edrin. Perkara macam ni kau cakap 'tu je' ? Tak betul lah kau ni. "

" Aik? Apa pulak yang tak betul nya? Setakat laki handsome, bergaya dan kaya tu tak payah lah nak cakap ngan aku. Aku tak minat hal-hal macam ni. Dahlah, lebih baik aku siapkan kerja aku yang dah macam Eifel Tower tu. Haha. "

Roslinda yang mendengar bicara Edrin hanya mampu menggelengkan kepalanya. Yang bermain di mindanya sekarang, ada ke patut Edrin macam acuh tak acuh je apabila mendengar berita tentang lelaki macam tu. Edrin terus menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Waktu rehat untuk semua pekerja. Semua pekerja sedang berkemas untuk pergi makan tengah hari. Hakimi Yazir dan Megat Qaiman Darwisy melangkah keluar dari pejabat. Semua orang yang sibuk mengemas tadi kini sudah berhenti dan sekarang perhatian mereka tertumpu ke arah Hakimi dan Darwisy.

" Nice doing business with you, Hakimi. Terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan M & P Holdings. " ucap Darwisy.

" Thanks. Same goes to you. Sama-sama. "

" Nampaknya semua pekerja perempuan kat syarikat saya ni ada hati kat awak. Haha. "

" Ye ke semua? Saya rasa ada yang sebaliknya. Confirmed. "

Edrin yang sememangnya sudah sedia untuk pergi lunch terus menapak keluar dengan segera. Mendengar suasana yang kian sunyi, dirinya tidak mengendahkan hal itu. Cepat kakinya membawa dirinya keluar. Dengan tidak sengajanya, Edrin terlanggar tubuh seseorang. Hampir sahaja dirinya jatuh terduduk tetapi tangan sasa yang menyambutnya lebih pantas bertindak. Badan Edrin segera dipeluk erat oleh gerangan tersebut. Semua yang menyaksikan tayangan percuma itu terkejut malah ada yang terlopong. Edrin yang masih terkejut dengan tindakan spontan gerangan itu berasa takut dengan pelukan itu. Mindanya seolah-olah mengulang tayang peristiwa beberapa tahun yang lepas. Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.

" Edrin tahu tak abang dah lama inginkan Edrin. Semua yang ada pada Edrin telah berjaya memikat hati abang. Kenapa? Why?! Kenapa Edrin selama ini tidak sedar akan abang?! "

Dengan segeranya Edrin mendongak kepalanya untuk melihat gerangan yang telah menolongnya tadi. Dunia bagaikan berhenti seketika. Edrin tersentap apabila melihat wajah yang hampir dengannya. Edrin terus menolak tubuh jejaka tersebut untuk menjauhkan diri itu daripada berdekatan dengannya. Darwisy yang melihat situasi tersebut hanya mendiamkan dirinya. Entah kenapa hatinya berasa panas dan dirinya seolah-olah tidak merelakan perbuatan Hakimi terhadap Edrin. Hakimi yang memang sedia maklum dengan reaksi Edrin hanya beriak tenang apabila diperlakukan sebegitu. Edrin berasa gerun setelah melihat gerangan yang berada di depannya. Edrin terus membawa langkah keluar dari pejabat tersebut. Hakimi yang sedar bahawa Edrin ingin beredar dari situ terus merentap tangan Edrin. Semua mata yang memandang situasi tersebut sekali lagi terkejut dengan tindakan drastik Hakimi. Edrin yang tidak bersedia dengan tindakan tersebut terus terdorong ke dada bidang milik Hakimi.

" Hei! Apa ni? Lepaslah! " marah Edrin Sazlina.

" Tak kenal abang lagi ke? Atau sengaja tak kenal abang ni? " soal Hakimi pula.

" Arghh! Stop. You're hurting me! Abang Kimi, I'm begging you, please let me go. "

" Oh sorry. I'm so sorry. Abang tak sengaja nak sakitkan Edrin. "

Edrin yang masih dalam kesakitan itu hanya mengangguk. Dia sibuk meraba tangannya yang kian memerah. Darwisy dan semua pekerja yang masih berada di situ terkejut apabila mendengar panggilan buat Hakimi dari dua ulas bibir milik Edrin. Hakimi hanya melihat perlakuan Edrin. Terbit rasa bersalah kerana telah menyebabkan Edrin berasa sakit. Tidak dijangka oleh Edrin, Hakimi terus memegang tangan Edrin lalu merabanya dengan perlahan-lahan. Edrin membuntangkan mata apabila melihat tindakan Hakimi. Dengan pantas Edrin menarik balik tangannya dari genggaman Hakimi. Segera Edrin membawa diri keluar. Kali ini, Hakimi hanya membiarkan sahaja Edrin berlalu pergi. Memang niatnya tadi hanya ingin bersemuka dengan Edrin. Darwisy yang masih dalam keadaan terkejut berasa hairan dengan perilaku Edrin dan Hakimi.

' Apakah hubungan Edrin dengan Hakimi? ' hati Darwisy berkata-kata.

Pada petang itu, Edrin terus meminta cuti setengah hari kerana ingin menenangkan dirinya. Sungguh, Edrin tidak percaya Hakimi telah muncul dihadapannya. Edrin bimbang peristiwa silam akan berulang kembali. Dirinya tidak sanggup menghadapi situasi yang sama. Mujur nasib menyebelahi dirinya pada hari itu. Edrin segera memandu keretanya ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menenangkan dirinya.

' Ya Allah, kau tabahkan lah hati hambaMu ini. ' Edrin berdoa kepada Yang Esa supaya dirinya akan tabah menghadapi ujian yang bakal tiba.

Hakimi Yazir mendongakkan kepala memerhatikan bintang-bintang yang bertapak di muka langit. Sejak siang tadi, wajah Edrin sentiasa melekat di dalam otaknya. Sejujurnya, hatinya memang masih terpaut dengan Edrin Sazlina. Setiap kali wajah mulus itu menjengah mindanya, hatinya pasti akan bergetar halus. Teringatkan keletah Edrin tiap kali bersama dengannya sebelum berlakunya peristiwa itu, rindu yang membara terhadap Edrin semakin bercambah. Sungguh, dirinya ingin bergelak-ketawa dengan wanita pujaannya itu. Tetapi, rindunya terhadap Edrin kian terubat setelah berlakunya peristiwa pada petang tadi. Hakimi tersenyum sendiri mengenangkan gelagatnya terhadap Edrin. Rancangannya yang pertama sudah berjaya. Sekarang, tibanya masa untuk misi keduanya; mendekati diri itu secara beransur-ansur.

' Edrin sayangku, semakin hari wajahmu semakin cantik dan semakin hari hatiku semakin terpaut padamu. Aku akan pastikan dirimu menjadi milikku. Ya, milikku seorang. '

Sejak pulang dari kerja tadi, Quratu merasakan Edrin seakan berlainan daripada yang sebelumnya. Dilihatnya dari tadi diri itu asyik termenung seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Apa yang sedang bertapak di dalam otaknya Edrin sekarang tidak diketahuinya. Quratu yakin Edrin sedang dilanda masalah. Tapi masalah apa, dirinya tidak pasti. Edrin seakan-akan cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Namun, apakah 'sesuatu' itu?

" Edrin! Edrin! Dah landing kat mana dah kau? Dari tadi asyik termenung je kerja. " Quratu menegur Edrin.

Edrin yang sibuk termenung di ruang tamu rumah sewanya tersentak apabila dirinya ditegur oleh Quratu Adrina. Mendengar kata-kata yang dibicarakan oleh Quratu, hatinya mengaku bahawa dari tadi dirinya asyik termenung. Termenung jauh tentang Hakimi. Namun, dia belum bersedia lagi membuka cerita tentang Hakimi ke Quratu. Edrin yakin Quratu akan mencegahnya daripada bertentang wajah dengan Hakimi lagi. Seandainya Quratu mendapat tahu dia telah berjumpa dengan Hakimi petang tadi, pasti rahsia yang disimpan kemas oleh dirinya dan Quratu akan dibongkarkan oleh Quratu ke pihak keluarganya. Edrin tidak sanggup diri Hakimi dipersalahkan hanya kerana hal ini. Tidak sanggup menanggung drama yang bakal hadir dalam hidupnya. Tidak sanggup menanggung risiko yang bakal dihadapi. Biarlah dia seorang yang mengetahui hal ini.

" Haih Edrin.....Edrin. Kau ni tak sah kan kalau tak jawab soalan aku dalam jangka masa yang pendek. Yang kau pergi termenung lagi tu kenapa, mak cik oi!

" Haha. Kau ni, Quratu. Aku termenung pun salah. Takkan sekejap pun tak leh. "

" Hoi, masalahnya sekarang, bukan sekejap kau termenung, tapi berkurun lamanya. Dah tebal dah janggut aku nanti kau kat sini. "

" Hehehe... Alah, sekali-sekala je. Bukannya salah pun. Baguslah tu. Nanti aku tolong cukurkan janggut tu eh." Edrin menayangkan sengihannya sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun elok.

" Hah, mulalah nak buat iklan promote ubat gigi dia tu. Dah, takyah nak tayangkan gigi kau yang umpama gigi kambing tu. Lagipun, apa yang kau menungkan sangat tu sampai aku balik rumah pun tak sedar. "

" Aik, gigi aku yang elok lagi limited edition ni kau kata gigi kambing. Terlebih asam punya kawan. Alah, aku menungkan laki-laki handsome berkerumun mengejar cinta aku. Nak join sekaki ke? "

" Cis! Hampeh lah kau ni. Banyaklah kau punya limited edition tu. Nanti aku join kau, hilang pulak semua laki tu nanti. "

" Kenapa pulak? " Edrin mengerutkan dahinya kerana tidak faham akan ayat yang disampaikan oleh Quratu.

" Aih, dah semua laki-laki handsome tu lari berkerumun nak berebutkan aku pulak. Hahaha. Amek kau! "

Edrin menjelirkan lidahnya apabila mendengar jawapan Quratu. Hatinya lega Quratu tidak berlanjutan menanyakan perkara tadi. Jika tidak, masaklah dirinya menjawab soalan yang bertubi-tubi dilontarkan oleh Quratu terhadap dirinya. Edrin tidak sanggup membohongi orang merangkap kawan baiknya sendiri. Pepatah dalam bahasa inggeris itu sering kali menjenguk ke fikirannya setiap kali dirinya cuba untuk membohongi seseorang.

One lie leads to another lie


Darwisy dan Qalish berehat di ruang tamu utama rumah itu. Qalish sedang ralit menonton rancangan kegemarannya yang sedang disiarkan di kaca televisyen. Mata Darwisy sememangnya sudah tertumpu di televisyen namun, fikirannya melayang entah ke mana. Adegan antara Edrin dan Hakimi tengah hari tadi sering kali menjengah ke kotak fikirannya. Yang lebih menghairankan, setiap perlakuan Hakimi terhadap Edrin telah membuat hatinya dipagut rasa yang sangat aneh baginya. Adakah ini namanya cemburu? Adakah hatinya terjentik oleh rasa cembru yang menjalar ke hatinya apabila Hakimi memeluk erat tubuh molek milik Edrin? 

" Arghhh!!!! " jerit Darwisy dengan perasaan geramnya.

Qalish yang masih leka dengan televisyen di depan matanya hampir sahaja terlompat apabila mendengar jeritan geram milik abangnya itu. Nasiblah dirinya tidak melakukan aksi pertahanan diri terhadap diri abangnya itu. Segera Qalish mengalihkan pandangannya ke wajah Darwisy. Qalish menghadiahkan jelingan yang amat tajam ke Darwisy. Caranya menyampaikan perasaan marahnya dengan tindakan abangnya itu.

" Abang Darwisy! Abang buat apa jerit malam-malam ni? Buat orang terkejut saja tau. Nasib Qalish tak menghadiahkan abang dengan penumbuk sulung Qalish yang special ni. Kalau tak, naya abang! "

" Sorry Qalish. Abang bukannya sengaja pun. Tadi rasa macam ada semut gigit abang, sebab tu lah abang terkejut tadi. " Darwisy pantas menghirup minuman Horlicksnya untuk menutupi kegusaran yang bertandang di hatinya kini. Tidak ingin Qalish menghidu sesuatu yang tidak kena dengan dirinya sekarang.

" Oh, ingatkan apa tadi. Qalish ingat abang tersampuk hantu ke atau........... " Qalish sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Ingin mengenakan abangnya. Qalish kenal akan abangnya yang tidak suka akan ayat tergantung. 

Darwisy mengangkat keningnya tanda menantikan sambungan ayat Qalish. Dia mengetap bibirnya apabila Qalish melengahkan masa untuk menyambung ayatnya tadi. Gelas tadi masih lagi kemas berada di tangannya sambil menghirup isinya. 

Qalish segera menyambung petah bicaranya,

" Atau abang ni sibuk memikirkan tentang kak Edrin. Hah! Ye dok? Ye dok? Haha.. "

Tersembur air Horlicks dari mulut Darwisy apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Qalish. Tidak disangka tekaan yang dibuat oleh Qalish tepat. Otaknya ligat mencari modal jawapan untuk diberi kepada adiknya sekiranya Qalish mula menyoal tentang kebenaran daripada jawapannya tadi.

" Haa........ Jadi betullah ni? Kan? Kan? Hebat tak dindamu ini, kakanda? " Qalish tersenyum kambing apabila mendengar kata-katanya sendiri. 

" Ish! Qalish ni. Ke situ pulaknya. Mana ada! Takda hebatnya pun dinda ni. Kanda lagilah hebat. "

" Hek eleh. Nak tukar topik pulak. Takyah berdolak-dalih dengan Qalish. Lagipun, Qalish lagi hebat dari abang tau. Qalish sedar yang abang dari tadi dok termenung jauh. Qalish confiirmed yang abang sedang menungkan kak Edrin. "

" Malaslah nak cakap ngan Qalish. Asyik-asyik dia je yang betul. Dah, dah. Papa dan bonda mana? "

" Haih. Abang ni dah lama tinggal ngan papa dan bonda tak kenal lagi ke? Papa dan bonda tu, kalau tak bersama tak sah. Tiap malam berdua-duaan macam orang dating aje kerja. Macam pasangan yang masih muda pulak gayanya. " bebel Qalish.

" Hahaha. Alah Qalish ni, tak salahkan? Papa dan bonda tu kan contoh yang baik tau untuk pasangan-pasangan yang dah sah. Tak pernah berenggang langsung. Qalish tak ingin ke? "

" Eleh abang ni, sibuk nak cakap orang, Qalish ni masih belajar lagi tau. Ada hati pulak nak suruh orang kahwin. Yang abang ni pulak, dahlah dah tua, sibuk menungkan anak dara orang lagi tu. Bila pula nak naik pelamin ni? "

Darwisy hanya tersenyum apabila mendengar soalan yang ditujukan khas buat dirinya. Mindanya kini ligat memikirkan seseorang. Akhir-akhir ini, dirinya seolah-olah seperti orang yang sedang angau bercinta. Sebahagia ini tidak pernah dirasakannya sewaktu dia dengan Raihana masih bersama dahulu. Bahkan tidak pernah, langsung tidak pernah sampai ke topik sehingga ke jinjang pelamin. Senyumannya kian melebar apabila mengenangkan situasi yang dialaminya di rumah ini sewaktu adanya Edrin di majlis hari itu.

Qalish yang melihat tingkah laku abangnya hanya mampu menggelengkan kepala. Qalish hanya mampu meluahkan kata-katanyadalam hati;

" Apa nak jadi dengan abang aku ni? Dah tersampuk cinta hantu lah gamaknya. Kalau dah suka tu, cakaplah suka. Ni tak, nak juga nanti lama-lama. Kang kena rembat nanti, siapa juga yang merana. Haih! "




*Berjayakah rancangan Hakimi Yazir yang kedua?*
*Akan terbongkarkah rahsia Edrin Sazlina ke Quratu Adrina nanti?*
*Dapatkah Edrin menghadapi segala drama yang bakal terjadi nanti?*
- In Syaa Allah segalanya akan terjawab nanti -

This entry was posted on Saturday, December 8, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply