Archive for January 2013

Cerpen : Lara Yang Terpendam

2 Comments »




Aku hanya mendiamkan diri tatkala suara lantang abah bergema di seluruh ruang tamu. Hatiku meronta-ronta ingin mempertahankan diri. Apa salahku sehingga aku difitnah oleh kakakku sendiri? Sudah tiada kepercayaan lagi dalam diri abah terhadap aku?

" Ulfah Fa'idh! Abah tak sangka Ulfah buat perkara macam ni! "

" Abah! Ulfah memang dari dulu lagi macam ni! Nampak je baik, tapi macam ular! "

Aku tersentap apabila mendengar luahan Zara. Tanganku menggenggam kain. Sampai hati diri itu menuduh aku. Apa selama ini aku tak cukup baik sebagai seorang adik. Ingin sahaja aku menentang penyataan abah dan Zara, tapi mulutku terasa berat untuk dibuka. Seolah-olah suaraku tersekat di celah kerongkong.

" Tengok tu abah, Ulfah diam je. Memang benarlah dia ni macam tu. Diam bererti benar. "

" Kak Zara! Ulfah bukanlah seorang gadis macam tu! "

" Alah! Dah terang lagi bersuluh kau tidur dengan lelaki. Apa yang tak betulnya?! "

" Tapi... tapi.... Abah! Ulfah sumpah Ulfah tak buat. Ulfah difitnah abah! "

Abah mendengus kasar. Muka abah kelihatan bengis di mata. Mata abah mencerlung marah ke wajahku. Segera aku tundukkan wajahku. Tak berani menentang pandangan abah.

" Huh! Ulfah nak elak apa lagi?! Kan dah terbukti! Gambar tu menceritakan segala-galanya! "

" Abah! Ulfah sumpah, Ulfah sumpah Ulfah tak buat! "

Tangan abah hinggap di pipi kananku. Terasa perit apabila tangan itu menyinggah di pipi.

" Sekarang Ulfah dah conteng arang ke muka abah, baru cakap tak buat! "

" Abah... Ulfah..."

" Rupa je bertudung, tapi hati busuk! Abah menyesal ada anak macam Ulfah. "

"Abah......"

" Sudah! Mulai detik ini, Ulfah bukan anak abah lagi. Berambus kau dari sini! "

" Abah........"

Aku pantas menerpa ke arah abah. Namun, Zara lebih pantas menarikku keluar dari rumah. Sebaik sahaja tiba di pintu utama, Zara menolakku dengan kuat sehingga dahiku terhantuk pada pasu bunga yang elok terletak di tempatnya. Zara yang melihat hanya melemparkan pandangan sinis.

" Padan muka kau! Haha. Dah! Pergi mampus lah! Ibu kau nanti kat 'sana'. "

Tubir mataku terasa hangat. Sesaat kemudian, air jernih mula mengalir. Apalah nasib aku? Semua orang yang aku kasihi dan sayangi, semua meninggalkan aku. Mula-mula, ibu. Sekarang, abah. Jika ini yang Allah takdirkan, aku redha. Aku rela memendam lara ini.

***

Beberapa tahun kemudian....

Senyuman manis menghiasi bibirku. Sekarang, aku telah berjaya membina syarikat hasil titik peluhku sendiri. UF Home & Decor. Syukur aku ucapkan ke Allah. Selama beberapa tahun aku bertungkus-lumus untuk membina kejayaan. Sejenak kemudian, fikiranku mula menerawang ke arwah. Tubir mataku mula bertakung dengan air hangat.

' Ibu, Ulfah dah berjaya. Ibu pasti banggakan? '

Pintu pejabat aku diketuk. Aku pantas memberikan arahan masuk. Pasti klien yang datang. Aku masih sibuk dengan fail-fail yang bersepah di atas meja apabila mendengar derapan kaki melangkah masuk. Senyuman lebar aku terbitkan di mulut. Wajahku didongakkan untuk melihat gerangan yang datang.

Darah merah mula menyerbu wajahku. Lara di hati mula terasa. Wajah itu telah mengingatkan aku akan peristiwa itu. Peristiwa yang telah meragut kepercayaan abah terhadap aku. Peristiwa yang telah menyebabkan aku kehilangan tempat bergantung.

Tanganku mula bergerak ingin memanggil pengawal tapi lelaki itu pantas mencekup tanganku. Matanya tajam memandang wajahku yang sudah merah menahan marah.

" Ulfah, dengar dulu penjelasan saya. "

" Kau buat apa kat sini? Aku takda urusan dengan kau. "

" Ulfah, dengar dulu penjelasan Zayyan. "

" Hmph.. Aku takda masa nak dengar penjelasan kau yang mengarut. Sudah terlambat. "

" Ulfah, Zayyan mohon dengan Ulfah. Berilah peluang untuk Zayyan menjelaskan segala-galanya. "

" Dahlah Zayyan Faiq. Cukup sekali Zayyan lukakan hati Ulfah dulu. Ulfah mohon jangan ganggu Ulfah lagi. "

Pantas aku merentap tangan aku kembali. Laju langkahku membawa aku keluar dari bangunan milikku. Luka yang tersimpan lama di hati mula berdarah kembali. Kenapa dia harus muncul lagi? Tidak cukupkah perbuatannya dahulu? Aku pejamkan mata ku dengan rapat, mengharap semuanya hanya mimpi. Namun, segalanya hanya sia-sia. Dunia tetap sama. Aku terus membawa diri ke Taman Tasik Ampang Hilir.

Aku menekan punat nombor di handphone milikku. Ketiadaan aku di pejabat haruslah dimaklumkan kepada setiausaha. Segala perihal kerja boleh ditunda. Fikiran dan hatiku bercelaru. Jauh sekali ingin bekerja dalam keadaan ini, bimbang akan menganggu prestasi kerja.

Ais krim yang dibeli tadi dibuka bungkusan. Aku masih ingat akan kata-kata ibu. Setiap kali aku bersedih atau marah, ibuku pasti akan berada di sisi dengan membawa ais krim. Air jernih mula mengalir dari mataku.

" Ulfah sayang, jangan sedih lagi, nak. Ibu bawakan ais kirm kesukaan Ulfah. Makanlah. Sedap tau. Kalau Ulfah sedih, Ulfah makan ais krim ni. Orang kata, jika marah atau sedih, ubatkan dengan ais krim. Panas lawannya sejuk. "

" Ibu.... Ulfah rindu. Ulfah rindukan ibu. "

Ais krim kesukaanku aku jamah dengan sisa-sisa air mata yang masih mengalir. Mengenangkan ibu cukup membuat hatiku dihambat hiba dan rindu. Esakan halus mula kedengaran.

" Cik adik manis, sedih makan ais krim ni kenapa? "  

Aku berhenti dari menjamah ais krim yang hanya tinggal separuh. Esakanku tidak kedengaran lagi. Kepalaku didongakkan, mencari wajah yang menegurku. Pandanganku dan pandangan jejaka itu bersatu. Aku terpaku tatkala memandang wajah yang berada di depan mataku sekarang.

" Cik adik manis, saya ni handsome sangat ke? "

Aku mencebik apabila mendengar kata-kata jejaka itu. Tapi, memang handsome pun. Jejaka yang melihat tindak-tandukku ketawa kecil. Sejurus itu, bibirnya mula mengorak senyuman yang teramat manis di mataku sehingga menampakkan lekuk di pipinya. Sekali lagi aku terpempan melihat keindahan hamba Allah ini.

Aku yang berkhayal tadi terus tersedar. Jejaka itu masih setia menayangkan senyumannya. Ais krim yang dari tadi masih setia berada dalam genggamanku terlepas terjatuh di atas kasut jejaka itu. Wajah sang jejaka yang ceria tadi berubah menjadi kelat apabila kasutnya dicemari dengan ais krim milikku.

" Err, Encik. Saya minta maaf, tak sengaja. Saya minta diri dulu. Ini tisu, gunalah untuk lap kotoran tu. Assalamualaikum. "

Aku terus menapak jauh. Rumah merupakan destinasi pertama dan terakhir pada hari ini.

' Hmm. Ayu. Manis. ' Rafi' tersenyum sorang.

***

Mataku terpaku pada villa dua tingkat itu. Masih indah. Sudah beberapa tahun kakiku tidak menjejak di sini. Hatiku ditabahkan untuk mari ke sini apabila mendapat berita bahawa syarikat abah sedang mengalami masalah sehingga nyaris muflis.

Salam yang dilaungku tidak terjawab. Dahiku berkerut, hairan melihat pintu rumah itu terselak sedikit. Sebaik sahaja aku menolak daun pintu, aku terlopong melihat keadaan ruang tamu rumah abah. Perasaan bimbang mula menjentik tangkai hatiku.

" Abah! Abah! "

Suara milikku bergema di seluruh ruang tamu. Aku melangkah ke bilik bacaan abah, ingin mencari kelibat abah. Sebaik sahaja wajahku tersembul di muka pintu bilik bacaan abah, aku terkejut melihat abah terbaring lemah di atas lantai. 

" Abah! Astaghfirullahalazim, abah! "

" Emm..... "

Suara abah terdengar lemah di corong telingaku. Apa yang telah berlaku di rumah ini? Aku berasa lega apabila abah masih bernafas. Dengan pantas, aku membawa abah ke hospital. Aku tak ingin melihat abah meninggalkan diriku lagi. 

Debaran dirasakan sementara menanti doktor selesai melihat keadaan abah. Fikiranku masih lagi cuba untuk memikirkan apa yang telah berlaku di rumah abah. Mungkinkah sesuatu telah berlaku menyebabkan abah terkulai lemah. Keluhan lemah tebit dari dua ulas bibirku.

" Cik Ulfah Fa'idh? "

" Ye saya. Macam mana dengan abah saya, doktor? "

" Cik Ulfah, abah Cik Ulfah mungkin mengalami seragan jantung. Your quick action saved his life. If you were late for a second just now, maybe he wouldn't be here now.

" Alhamdulillah. Thanks, doctor. Anything should I do for precautions? "

" Yes, I prescribed his medicines. You can take them at the pharmacy. At this moment, you should keep him from things that's stressing him out. We don't want his heart working overtime again. This may bring harm to him. That's all, Ms. Fa'idh. "

" Ok, thanks doc. Saya akan cuba. "

Aku menolak pintu wad kelas pertama yang diduduki abah. Sayu pandangan aku apabila melihat abah terbaring lemah dikelilingi dengan wayar-wayar mesin perubatan. Aku hairan, mana perginya Zara ketika abah sakit? Bukankah dulu Zara anak kesayangan abah? Mana perginya seorang Zara Atikah sekarang? 

' Abah, Ulfah akan jaga abah. '

Jam sudahpun menginjak pukul 3. Abah sudah boleh dibawa pulang. Keadaan abah tidaklah kritikal sangat. Abah sudahpun sedar selepas aku balik menunaikan solat zohor tadi. Tanganku ingin memegang tangan abah, ingin menolong abah duduk di kerusi roda. Namun, abah pantas menepis kasar tanganku. Sangkaanku meleset sama sekali. Aku fikir abah dah terima diriku, abah dah lupakan yang lalu, tapi harapan tetap harapan. Inilah dunia realiti. 

" Abah, abah tinggal dengan Ulfah ya. "

Abah tidak menjawab apabila aku menyuarakan perihal tempat tinggal. Hanya kedengaran dengusan kasar. Nampaknya abah masih lagi membenci diriku. Dadaku terasa hangat terkenangkan perlakuan abah. 
Tapi....

' Abah tetap abah Ulfah. '

***

Keretaku menjalar masuk ke perkarangan rumah banglo 3 tingkat yang terletak di Damansara Heights. Hasil keringatku sendiri. Aku mula mengarahkan Mak Zu supaya membawa beg pakaian abah ke tingkat bawah rumah. Senang buat abah sekiranya ingin bergerak. 

" Abah, mulai sekarang abah akan tinggal sini. Ini rumah Ulfah. Abah biasakan diri ye. Kalau ada apa-apa, boleh panggil Mak Zu. Bilik abah kat bawah. "

Abah hanya mendiamkan diri. Masih marah dengan aku barangkali. Keluhan terlepas dari bibirku. Jika abah masih membencikan diri aku, aku pasrah. Aku keluar dari bilik abah membiarkan abah berteleku sorang-sorang. Aku sedar, kehadiranku dibenci oleh abah sendiri. 

" Mak Zu, tolong jaga abah jap. Ulfah ada hal nak diuruskan kat pejabat. " 

" Baiklah, Ulfah. Ulfah ada masalah ke dengan abah Ulfah? Maaf jika Mak Zu menyibuk. "

" Hmm, takpa , Mak Zu tak salah. Panjang ceritanya. Berkurun-kurun tak habis. Haha. "

" Haha. Ada-ada je kamu ni Ulfah. Dahlah nanti lewat pulak. "

" Baiklah Mak Zu. Ulfah pergi dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam" 

***

" Cik Ulfah, klien untuk projek Villa dekat Mount Kiara neighbourhood tu dah sampai nak discuss tentang decor untuk villa tu. " 

" Okay. Thanks, Kira. "

Aku menapak masuk ke dalam ruang pejabat aku untuk membincangkan hal projek baru. Aku terus mendapatkan kerusi kerjaku tanpa memandang wajah klien itu.

" Sorry sir to keep you waiting. "

" No problem. Saya sudi nanti. "

' Macam kenal je suara orang ni.. '

Mataku melilau mencari seraut wajah klienku. Sebaik sahaja mataku singgah pada seraut wajah kacak itu, mataku membulat besar. Lelaki ini kan ................

" Cik adik manis, sekali lagi, muka saya ni teramat handsome ke? "

Aku menjelirkan lidah, tidak ingin mengaku kebenaran yang sebenar. Takut ada pulak yang terlebih 'perahsantan' nanti. Dilihat mata lelaki itu mencerlung geram melihat reaksi aku. Dalam hatiku sudah ketawa terkekek mengejek.

" Amboi. Nak kata saya tak handsome lah tu. "

" Haha. Okay. Okay. Enough with this. Err, Encik.... ? "

" Okay then. Mr. Anaqi. Rafi' Anaqi. "

" Baiklah, Encik Anaqi. What concept do you prefer for your villa? "

" Saya nak english concept tapi simple. Tak nak berlebihan. Biar simple yet elegant. "

" Baiklah, Encik Anaqi. Minggu depan salah sorang staf saya akan pergi tengok-tengok villa encik. "

" Oh, one more thing. Miss Ulfah Fa'idh, I want you do the check up. I don't trust anyone. "

" But, Mr. Rafi' Anaqi, I don't have time. My work only involving the office work. I'm the CEO, remember? "

" Saya tak kira. Saya nak Cik Ulfah juga. Jika tak saya tak teragak-agak nak batalkan perjanjian kita. "

' Ish, demanding betul lah orang ni! '

" Fine! I'll do the check up tomorrow. "

Rafi' tersenyum kemenangan. Melihat senyumannya, aku menyampah. Tak faham bahasa langsung orang ni. Melihat jam sudah pukul 5.30 petang, aku terus mengemas semua dokumen dan beg tanganku. Aku berhenti seketika apabila terkenangkan Rafi' yang masih belum berganjak dari tempat duduknya. Mamat ni terkena stroke eh?

" Excuse me cik abang sayang lagi dihormati, tak nak pulang ke? "

" Ye cik adikku manis yang disayangi, abang nak pulang lah ni. Sebelum tu, care for a cup of tea? "

" Oho, forgiveness I plead to you. Saya ada hal. Assalamualaikum. "

" Miss Ulfah Fa'idh!! ... Waalaikumsalam. "

***

Mataku tercelik-celik apabila sinaran matahari cuba 'menembus' kelopak mataku. Nasiblah hari ini hari minggu. Haih, nanti nak pergi villa mamat tu pulak. Malang. Malang. Tak lama kemudian, kedengaran ketukan bertandang di pintu. 

" Ulfah. Ulfah. Ulfah ada tetamu kat bawah. "

" Aik? Mak Zu, takkan awal pagi camni ada orang bertandang ke rumah. "

" Ulfah, Mak Zu pun tak tahu. Tapi lelaki tu tekad nak jumpa Ulfah. "

" Lelaki? Sapa Mak Zu? "

" Entahlah, Ulfah pergilah tengok sendiri. Dia kat dalam bilik kerja Ulfah. "

Lelaki? Bila masa pulak aku ada kawan lelaki yang rapat. Yang 'nyah' ada la, tapi takkan Mak Zu tak kenal. Aku mengenakan shawl, sweat pants dan cardigan serta wajahku dibasuh sedikit. Takut ada tahi mata ke, tahi hidung ke melekat kat wajah. Percuma je jatuh saham. 

" Maaf buat encik ternanti-nanti. Apa....... "

Dia! Dia buat apa lagi datang sini. Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, tanganku pantas direntap oleh Zayyan. Aku cuba untuk melepaskan diri, tapi gagal apabila Zayyan memperkemaskan lagi pegangannya.

" Ulfah. Zayyan pinta jangan lari lagi kali ni. "

" Huh. Zayyan nak apa lagi kat Ulfah? "

" Dengarlah penjelasan Zayyan dulu. Zayyan lakukan tu semua sebab... sebab.. "

" Sebab apa, Zayyan?! "

" Sebab Zayyan sangat sayangkan Ulfah! Sebab Zayyan cintakan Ulfah! "

Aku tersentap mendengar bicara seorang Zayyan Faiq. Cinta? Sayang? Beginikah caranya? Jika begini caranya, ingin sahaja aku menghapuskan rasa cinta dan sayang itu dari mendekati Zayyan. Tapi apakan daya, aku hanyalah manusia biasa.

" Huh! Zayyan kata cinta dan sayang. Sebab tindakan bodoh Zayyan dulu, abah hilang kepercayaan dengan Ulfah. "

" Ulfah.. Za..Zayyan hanya nak Ulfah menikah dengan Zayyan. Apabila mendengar rancangan Zara, Zayyan rasa dengan cara itu Zayyan boleh ikatkan Ulfah. Tapi Zayyan silap. Zayyan tak sangka Zara perangkapkan Zayyan dengan rancangan dia. Jika Zayyan tahu yang Zara nak jatuhkan Ulfah, sejak dulu lagi Zayyan tak setuju. "

" Zayyan, semuanya sudah terlambat. Ulfah bukan lagi anak abah. Ulfah sudah pun menconteng arang ke muka abah. "

" Ulfah, Zayyan minta maaf akan kesilapan Zayyan dulu. Zayyan harap kita boleh sulamkan kembali kisah lama kita. "

" Uhh, Zayyan. Maafkan Ulfah. Sekiranya maaf yang dipinta Zayyan, Ulfah sedia memaafkan Zayyan. Tetapi, sekiranya sambungan kisah kita yang Zayyan pinta, Ulfah hanya dapat ucapkan perkataan 'kawan' saja. "

" Tapi, Ulfah. Zayyan Faiq cintakan seorang Ulfah Fa'idh. Hanya Ulfah yang bertakhta di hati. "

" Zayyan, cukuplah sampai sini sahaja. Sekarang, Ulfah mohon Zayyan pergi. "

" Ulfah... Takpa Ulfah. Mungkin sekarang Ulfah tak nak, tapi Zayyan akan berusaha juga! "

" Zayyan.... "

Aku tidak sempat menghalang Zayyan. Fikiranku sudah buntu. Apa lagi babak yang seterusnya. Aku tidak sanggup menanggung 'drama' lagi. Aku rebahkan badan ku ke sofa. Lutut terasa tidak bermaya lagi untuk menampung beratku. Mataku terpejam dengan rapatnya.

" Ulfah......"

Suara yang bergema di corong telingaku membuat mataku terbuka luas. Abah?

" Ulfah..... "

" A.a.. abah buat apa kat sini? "

" Abah minta maaf, nak. "

" Err, abah, Macam mana dengan syarikat abah? Dah pulih? "

" Ulfah, abah dah dengar semuanya. Abah menyesal kerana terlalu mempercayakan kata-kata Zara dulu. "

" Abah.... Abah tak salah. "

" Abah bukan seorang ayah yang baik. Abah banyak menyakitkan hati Ulfah. "

" Abah! Jangan cakap lagi! Ulfah tak nak dengar semua ni. "

" Abah minta maaf, Ulfah. Abah minta maaf. "

" Dahlah abah. Yang lepas biarlah lepas. Ulfah dah lama maafkan abah. Kita jangan bahaskan hal ini lagi. Mak Zu! Sediakan sarapan abah, Ulfah nak mandi jap. Ada hal nak diuruskan kat luar nanti. "

" Baiklah Ulfah! "


***

Bunyi kicauan burung dan rembesan air yang deras sangat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit wajahku. Aku menarik nafas sedalam-dalam yang boleh. Segar. Perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan suasana disekeliling. Tubuhku berdiri tegak di hadapan villa yang tersergam indah. Binaanya sangat unik membuatku ingin tinggal di situ. 

Tanganku mula menekan loceng di pintu pagar villa tersebut. Kehadiranku haruslah dimaklumkan dahulu walaupun kunci sudah berada dalam genggamanku. Tak nak diriku dianggap pencuri. Interkom yang melekat di dinding mengeluarkan suara. 

" Ye, siapa di sana? "

" Emm, saya Ulfah Fa'idh, pegawai dari syarikat UF Home & Decor. "

" Oh, silakan. " 

Sesaat kemudian, pintu pagar utama terbuka secara automatik menandakan kedatangan aku dialu-alukan di villa ini. Aku melangkah masuk ke perkarangan villa itu dengan perlahan. Mataku sibuk melihat keadaan sekeliling rumah itu. Cantik. Syurga idaman setiap wanita yang minat menanam bunga. 

" Cik Ulfah Fa'idh suka? "

Lamunanku terhenti apabila mendengar namaku diseru. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh tinggi lampai. Nampak santai, dengan memakai white V-neck shirt dan seluar pendek paras lutut. Badannya yang ketak itu jelas kelihatan disebabkan saiz bajunya yang hampir ketat. 

" Cik Ulfah Fa'id, suka ke tak? Jangan godakan saya, boleh? Tergoda pula saya nanti. " 

Aku pantas mengagguk tanda suka. Tapi apabila otakku memproses lagi petah bicara Rafi', mataku mencerlung geram, geram dengan ayat yang dilontarkan tadi. Rafi' hanya ketawa melihat diriku yang kelam-kabut menjawab pertanyaannye. Cis.

" Cik Ulfah, marilah masuk. Tapi, nak temankan abang pun boleh gak. "

Erkk, bila masa dia ni 'abang' aku?? 

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam villa itu, dahiku berkerut seribu. Banyak mata sedang memandang ke arah aku dan Rafi'. Aku kena punk'd ke? Ada apa ni sebenarnya? Ada yang dah tersenyum-senyum pulak memandang aku. Ada tahi hidung ke kat wajah? Belum sempat aku bersuara, seorang wanita yang agak berumur memecah kesunyian.

" So, this is the one. The one you've been talking about. "

" Yes ummi. This is the one. "

" Cantik. Ayu. Manis. Ummi berkenan. "

Aku yang dari tadi masih terpinga-pinga cuba untuk catch up dengan bicara antara dua orang manusia ini. Eh, the one? Berkenan? Apa yang berlaku sebenarnya ni? 

" Walid suka. Pandai Rafi' pilih. "

" Walid, tengoklah anak sapa. Hehe. "

Aku terlongo, masih bingung dengan apa yang sedang berlaku. Wanita yang dipanggil ummi oleh Rafi' itu menapak ke arahku. Tangannya mengenggam lembut tanganku. Bibirnya mengorak senyuman manis. Hatiku tersentuh melihat senyumannya, mengingatkan aku akan arwah ibuku. Tanpa disedari, aku memanggil wanita yang masih ayu walaupun diamah usia itu dengan suara sayu. Mataku bertakung dengan air jernih yang bila-bila masa sahaja boleh mengalir.

" Ibu.... "

Semua yang melihat babak itu pelik akan mood ku yang berubah. Jemari wanita itu menyeka perlahan air mataku. Tangannya sebelah lagi mengusap belakang badanku, persis seperti ibu memperlakukan aku dahlulu ketika aku menangis. Aku mendakap erat badan langsing itu melepaskan segala lara yang terbuku lama di hati. 

" Syhh. Syhh. Syhh. Jangan nangis lagi. Ummi ada di sini. "

Ya Allah! Baru aku sedar bahawa aku sedang berada di rumah orang. Tangisan aku berhenti. Buat malu je curi mak orang. Jatuh saham. 

" Saya minta maaf. "

" Takpa. Ummi ada temankan Ulfah setiap masa. Ummi setuju. "

" Eh, setuju apa u..um...ummi? "

" Lah, lepas nangis terus lupa dah? "

Eh? Lupa apa pulak ni? Aku semakin keliru mendengar kata-kata ummi Rafi'. Tiba-tiba, Rafi' melutut di depanku sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kotak baldu!

" Ehem. Ehem. Bismillahirahmanirahim. Cik Ulfah Fa'idh, sudikah seorang Ulfah Fa'idh menjadi suri hidup kepada seorang Rafi' Anaqi? Sudikah Ulfah menjadi Hawa kepada Rafi', Adam? Sudikah Ulfah Fa'idh mewarnai dan memenuhi hidup Rafi' Anaqi dengan menemani hamba Allah yang sedang mencari tulang rusuknya ini? "

Darah menyerbu wajahku. Nafasku tersekat-sekat dirasakan saat ini setelah menerima lamaran dari Rafi' Anaqi. Apa yang patut aku katakan? Haruskah aku menolak? Tapi kenapa hatiku meronta-ronta ingin menyebut 'sudi' ? Lama aku memikirkan jawapan sehingga wajah Rafi' berkerut-kerut menahan sakit di lututnya. Semua yang menyaksikan seolah-olah berharap aku menerima lamaran itu. Setelah lama berfikir, akhirnya aku memberi kata putus.

" Tanya dengan abah. Jika Encik Rafi' Anaqi lah pilihan abah, Ulfah terima. Tapi, jika bukan Encik Rafi' Anaqi pilihan abah, maka Ulfah tolak. Ulfah minta diri dulu. Assalamualaikum. "

Kelihatan Rafi' Anaqi terpinga-pinga dengan jawapan yang diberi oleh aku. Namun, walid dan umminya tersenyum lebar mendengar jawapanku. Apa yang sedang bermain di fikiran berduanya, aku tak tahu. Apa yang pasti, aku yakin, abah tahu yang terbaik untukku. Aku hanya akan ikut pilihan abah. 

Aku terus menapak keluar dari villa itu. Pulang ke rumah tujuan utama ku. Seluruh tubuhku terasa penat setelah menanggung lelah seharian ini. 

Walid dan ummi Rafi' menepuk bahu anak mereka dengan lembut apabila melihat wajah anak mereka keruh. Hebat penangan si Ulfah ni. Baru pertama kali Rafi' bawa perempuan pulang untuk diperkenalkan. Setelah melihat Ulfah, walid dan ummi Rafi' berkenan sangat dengan Ulfah. Rafi' menoleh kepalanya ke arah umminya.

" Ummi........ " 

" Rafi', jangan bersedih dulu. Belum tentu dia tolak, kan? Rafi' sendiri dengar penjelasan dia tadi. Ummi dan walid suka. Cukup suka dengan jawapan dia. "

" Betul tu, Rafi'. Walid yakin, abah si Ulfah tu akan terima Rafi' sebagai menantu dia. " 

Rafi' hanya menangguk setuju dengan ayat-ayat yang keluar dari 2 pasang bibir itu. Hatinya kian tidak sabar ingin mendapat jawapan hari ini juga. Tapi, perasaan yang membara segera dikawal. Takut ada pulak yang kahwin hari ini terus nanti sebaik sahaja bakal bapa mertua bersetuju. 

***

Bunyi telefon bimbitku bergema di seluruh ruang pejabatku. Nombor yang tertera pada skrin sangat asing di mataku. Mungkin klien kot. Aku cuba memaniskan suaraku semanis mungkin. Mana tau, ada yang terus sign kontrak ke. 

"  Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam, sayang. Sayang abang dah makan? "

Errk! Bila masa aku ber-sayang abang bagai ni? 

" Err, maaf. Encik ni sapa ye? "

" Aik, baru sehari dah lupa ngan abang? Ni abang sayang lah, Rafi' Anaqi. "

" Encik Rafi' ? Bila masa saya ni sayang encik? "

" Selagi abang hidup di dunia ni, selagi tu lah Cik Ulfah Fa'idh jadi sayang abang. "

" Mr. Rafi' Anaqi, let me repeat myself. I Am Not Your Sayang! "

Ms. Ulfah Fa'idh, let me tell you. You Will Be My Sayang! "

Aku mendengus geram. Tak faham bahasa betullah mamat ni! Aku menghentak-hentak kakiku dengan perasaan geram yang teramat, membayangkan wajah kacak Rafi' Anaqi yang sedang dipijak. 

" Straight to the point, what do you want? "

" As you wish, my lady. Care for lunch? With your future beloved husband? "

" Saya sibuk! "

" Baiklah. Bye sayang Ulfah. Assalamualaikum. "

" Uek! Waalaikumsalam. "

Aku berasa hairan apabila Rafi' terus mematikan talian. Takkan terus bye? Selalunya kacau je memanjang. Tapi tak apa, senang kalau dia takda.

***

Aku tiba di rumah setelah seharian penat bekerja. Masuk saja rumah, abah sudah terpacak di kerusi rodanya dekat ruang rehat. Muka abah berseri-seri macam bulan bercahaya terang saja nampaknya. Aku yang hairan mengerutkan dahi.

" Abah. Happy semacam je abah ni. Syarikat abah dah pulih ke? "

" Ulfah. Abah ada perkara nak dibincangkan. "

" Apa, bah? "

" Ulfah bersihkan diri dulu. Lepas tu, baru abah cakap kat Ulfah. "

" Baiklah abah. "

Aku segera membawa diriku ke bilik untuk membersihkan diri dan mengerjakan suruhan Allah. Tak sabar nak dengar apa yang abah ingin bincangkan. Mungkin keadaan syarikat sudah pulih sepenuhnya. Sejam kemudian, aku menapak turun ke ruang rehat keluarga. Abah kelihatan sedang menelefon seseorang. Happy benar nampaknya. 

" Abah. Abah nak cerita apa tadi? "

" Eh, Ulfah. Nasib abah dah habis telefon. "

" Abah cakap dengan siapa? "

" Adalah. Lambat laun Ulfah akan tahu juga. "

" So, abah. Apa hal yang penting sangat nak dibincangkan? Syarikat abah dah pulih eh. "

" Ulfah risau banyak sangat pasal syarikat tu. Hal lain lebih penting tau. "

" Alah abah. Kan syarikat tu macam nyawa abah juga. Lagipun kalau masih belum pulih gak, Ulfah tolong abah uruskan buat sementara sehingga abah kembali pulih. "

" Ulfah, tak payah susah-susah. Ulfah kan ada syarikat sendiri nak urus. "

" Tapi abah.... "

" Ulfah. Sudahlah tu. Ni, abah tengah hari tadi terima kedatangan orang ke rumah tadi. "

Gulp! Kedatangan sapa pulak ni?! Jangan-jangan.............

" Sa...sapa bah? "

" Abah rasa Ulfah dah kenal. Tuan punya badan sendiri cakap. Apa-apa pun, abah tahu mereka keluarga baik-baik. Cukup pakej untuk jadi suami yang soleh. Sesuai buat Ulfah. Straight to the point, abah dah terima pinangan mereka. "

Mataku membulat besar. Pinangan? Aku akan kahwin tak lama lagi ke?! Aku terus meminta diri dengan abah. Tubuhku dibawa ke bilik. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berdering kuat minta dijawab. 

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Ulfah sayang, Rafi' minta maaf kalau tak cakap nak datang. "

" Encik Rafi', takpa. Saya akan tepati janji saya. Ingat? "

" Betul ke, Ulfah? Alhamdulillah. "

" Baiklah. Saya tidur dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Terima kasih, Ulfah. "

***

Tanganku bergetar hebat. Peluh mula mengalir di dahiku. Hatiku bagai bermain dengan drum set. Inai di tangan aku pandang dengan senyuman yang bersisa di bibir. Tak lama lagi, aku bakal bergelar seorang isteri kepada seorang suami. Hawa kepada Adam. 

Paluan kompang mula kedengaran di luar bilik. Jantungku semakin rancak berdegup. Pakaian serba putih yang labuh di badanku mula terasa basahnya. Aku memejamkan mataku dengan kejap. Seminit, dua minit, tiga minit. Aku membuka mataku setelah hatiku berasa tenang. Sebaik sahaja mataku terbuka, aku hampir terlompat ke belakang. Rafi' sudah tersenyum-senyum melihatku. Malu yang teramat dirasakan. 

" Ulfah sayang, abang rindu. "

Rafi' menghulurkan tangannya. Aku terpinga-pinga melihat Rafi' yang tersenyum-senyum kambing. Abah yang sudah boleh berjalan masuk ke bilikku. 

" Lah, Ulfah. Belum salam lagi. Suami kamu tunggu tu. Dah halal dah pun. "

Pipiku terasa hangat. Malu sungguh apabila semua mata yang memandang bagai nak ketawa melihat adegan ini. Aku terus menyambut huluran Rafi'. Bibirku bergetar hebat apabila menyentuh tangan Rafi' yang hangat. Sesaat kemudian, Rafi' terus memaut daguku lalu menciumkan dahiku. Lama. Sekali lagi darah merah menyerbu mukaku. Ummi Rafi' mula bersuara apabila melihat tindakan Rafi'.

" Amboi anak ummi. Lembut-lembut lah sikit. Tak lari kemana isteri kamu tu hah! "

" Alah ummi. Hati dah rindu sangat kan. " 

" Ulfah, hati-hati ye. Anak ummi ni gila sikit. "

" Ummi! " 

Rafi' menarik muncung apabila ummi mengekek ketawa. Ingin sahaja aku ketawa terbahak-bahak melihat muka itik Rafi', takut orang fikir aku gila pulak nanti. 

***

" Kaulah punya pasal! "

" Hoi! Aku pulak yang salah. Yang dulu kau tak baham dia terus kenapa?! " 

Zayyan Faiq mendengus geram. Majlis yang dihadirinya senyap-senyap tadi cukup membuat hatinya membara panas. Kata Zara ada benarnya juga. Ulfah Fa'idh sepatutnya menjadi miliknya. Bukan orang lain. 

" Zayyan, macam ni lah. Apa kata kita buat macam ni? Aku yakin pasti berjaya punya lah! "

Zara Atikah mula menceritakan rencananya. Senyuman sinis mula terbit pada dua ulas bibir Zayyan. Akhirnya Zayyan mengangguk setuju dengan rancangan jahat Zara. Zara hanya tersenyum apabila melihat Zayyan setuju. 

" Ulfah Fa'idh. Aku akan pastikan kau menjadi milikku. "

***

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam, sayang. "

" Abang ni, orang tengah kerja ni kenapa call? " 

" Alah, rindu kat sayang abang ni tak boleh ke? "

" Tak boleh! "

" Ish! Ulfah kejam! Nak merajuk ngan ummi lah! "

" Eee. Tak malunya abang. Dah kahwin pun masih nak merajuk ngan ummi. "

" Suka hati abang lah! Dah orang di sana tak sudi nak pujuk kita. "

" Olololo.... Abang sayang ni jangan merajuk lagi ye. Kalau nak merajuk juga, Ulfah tak naklah buat cheese souffle. "

" Eh.Eh. Abang dah habis merajuk dah. Dah gembira dah pun. "

" Eleh! Sebut je souffle naik hantu lah tu! "

" Ulfah kan dah janji. Nyum, nyum. Cheese souffle come to daddy!

" Arghh! "

Suasana menjadi gelap. Tubuhku terasa melayang. Handphoneku terjatuh dari tangan.

" Sayang! Ulfah! Ulfah! "

***

Kepalaku terasa sakit sekali. Mataku berpinar apabila aku cuba untuk membukanya. Cahaya yang sangat terang menganggu penglihatanku. Suasana yang kabur-kabur di mataku membuat aku susah untuk meneka tempat ini. Tidak lama kemudian, bunyi pintu dibuka kedengaran. Derapan kaki menghampiri diriku yang terkulai lemah di sudut dinding.

" Kesian sayang, abang. Sayang sakit eh? "

" Si..sia... siapa kau? Aku kat mana ni?! "

" Syhh, syhh, shhh, shhh. Jangan jerit-jerit sayang. Nanti tekak tu sakit. Abang kan cinta hati sayang. "

" Aku kat mana ni? Hei! Cinta hati aku hanya Rafi' Anaqi! "

Pang! Pipiku terasa pijar akibat tamparan kasar dari lelaki itu. Siapa sebenarnya dia. Suaranya macam aku kenal sahaja tapi siapa? Apa yang dia inginkan dari aku? Badanku menggeletar kuat kerana ketakutan.

" Sayang, abang sorang je cinta hati sayang. Takda orang lain! Ulfah Fa'idh hanya milikku seorang! "

Suara yang tadinya lembut bertukar ganas. Aku semakin ketakutan mendengar ucapan lelaki itu. Tak lama kemudian, bunyi pintu dikuak sekali lagi kedengaran. Bunyi derapan kasut tumit tinggi menyapa corong telingaku.

" Dah sedar ke perempuan tu? "

" Ha ah, dah sedar. "

Suara itu! Suara itu! Aku kenal benar akan suara itu! Zara Atikah. Kenapa kau baru muncul sekarang? Apa salahku terhadap kau sehingga aku dilakukan seperti ini?

" Woi pompuan! Haha. "

" Zara! Jangan kasar sangat dengan dia! "

" Alah, relaxlah Zayyan. Aku main-main je ni. "

Zayyan? Zayyan Faiq? Aku tak sangka dia sanggup bertindak sejauh ini. Air jernih mula menodai pipiku.

" Zayyan, Zara. Apa yang korang nak sebenarnya? "

" Eh, dah kenal dah. Apa yang aku nak kau tanya? Baiklah, aku nak kau mampus sejak dulu lagi! Sejak kecil lagi, kau jadi pemusnah kebahagiaan aku! Kau rampas kasih sayang ayah dari aku! Dahlah ibu kau tu rebut suami orang, sekarang kau pun rampas ayah aku juga! Semua pujian kau yang dapat! Aku? Aku dapat apa? Aku cuma dapat tengkingan dari ayah! Semuanya kau yang betul! Kau tahu tak apa rasanya disisihkan? "

" Zara, Ulfah tahu apa yang kak Zara rasakan. Tapi bukan ini caranya. Lagipun, salah kak Zara sendiri terjebak dalam masalah. Kalau kak Zara tidak keluar malam hari tu, pasti kak Zara tidak akan ditangkap oleh pihak polis. Ulfah dah cuba halang kak Zara keluar tapi kak Zara degil juga. "

" Hei pompuan! Aku tak minta kau bagi nasihat ke ceramah ke aku! "

Pang! Sekali lagi pipiku terasa perit dan pedih menikam kalbu. Tangan Zara telah menyinggah di pipiku.

" Zara! Aku dah kata jangan berkasar dengan dia! "

" Aku taulah kau sayangkan betina tu sangat. "

" Shut up, Zara! Don't you dare use that word! "

Zayyan menyentuh pipiku dengan lembut. Bagaikan sarat dengan kasih sayang. Hatiku merintih pilu, memohon ada bantuan tiba dengan cepat.

' Abang, tolong Ulfah! '

" Ulfah, sayang tak apa-apa ke? Sakit tak? "

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak mampu bersuara setelah pipiku ditampar. Bibirku pecah akibat tamparan tadi. 

***

Rafi' Anaqi mundar-mandir di ruang tamu rumah. Hari sudah larut malam. Ummi, walid dan abah Ulfah bimbang melihat Rafi'. Keadaan sangat tegang apabila Ulfah masih lagi belum menjawab telefonnya sejak tengah hari tadi. Walid Rafi' mula bersuara.

" Rafi', belum ada khabar lagi ke? "

" Belum walid. Last Rafi' call Ulfah tengah hari tadi, tu pun dia menjerit last-last tu. Rafi' dah report polis. Arghh! "

" Sabar Rafi', ummi yakin Ulfah baik-baik saja. Kita berdoa saja. "

" Abah! Abah tahu tak ada orang yang mungkin jealous ke atau dengki ke apa ngan Ulfah? "

" Setahu abah, takda. Eh! Hari tu abah terdengar perbualan dia dengan Zayyan. "

" Zayyan? "

" Ya, Zayyan Faiq. Dia kawan baik Ulfah sejak kecil lagi. Minat sangat kat Ulfah. Tapi... Panjang ceritanya. Hari tu, abah ada terdengar perbualan mereka, Zayyan minta sambung balik hubungan, tapi Ulfah tolak. Zayyan keluar dari rumah, kata kat Ulfah yang dia tak peduli, dia akan berusaha nak dapatkan Ulfah. "

Rafi' tersentap apabila mendengar kata-kata abah. DIa yakin sesuatu yang buruk telah berlaku pada Ulfah. Tidak dinafikan lagi Zayyan lah dalangnya.

" Abah! Walid! Ummi! Rafi' keluar dulu. Nak cari Ulfah, track telefon dia. "

" Hati-hati Rafi'! "

" Okay, ummi! "

Belum sempat Rafi' menapak keluar, satu suara telah menarik perhatian semua yang berada di situ. Dilihat Ulfah sedang berjalan dengan tangannya diikat di belakang sambil pisau diacu ke lehernya oleh Zayyan.

" Hai semua! Tengok apa yang saya bawa ni. "

" Hei! Lepaskan isteri aku sekarang! "

" Haha. Kau jangan berangan ek, dia hak milik aku! Bukan orang lain! "

" Zayyan! Jangan macam ni nak. Lepaskan Ulfah! " abah Ulfah menjerit apabila melihat anaknya berada dalam keadaan yang sangat menggerunkan.

" Pak cik jangan masuk campur! Hei, kau! Aku nak kau ceraikan bini kau sekarang juga! Kalau tak.. "

" Woi jantan! Kau jangan harap aku ceraikan isteri aku! "

" Haha. Degil juga ye suami kau ni, Ulfah sayang. Kalau aku tak dapat Ulfah, orang lain pun tak boleh juga! "

Zayyan bagaikan orang yang sedang dirasuk syaitan. Bibirnya melakar senyuman sinis melihat wajah marah Rafi'. Timbul niat di hatinya ingin membakarkan hati lelaki itu lagi. Perlahan-lahan, Zayyan menjilat pipi mulus Ulfah dengan penuh perasaan. Bibirnya mula bergerak menyentuh pipi putih bersih itu. Rafi' yang melihat adegan di hadapan matanya sekarang mengepal kedua-dua belah penumbuknya. Aku hanya memejamkan mata, takut. Tubuhku bergetar kuat.

" Hei! Jangan sentuh dia! "

Zayyan tidak peduli dengan ugutan Rafi'. Dirinya semakin ligat memperlakukan Ulfah seperti itu. Rafi' tidak dapat menahan sabar lagi. Terus dirinya mara, ingin menumbuk wajah tampan itu. Belum sempat Rafi' bertindak, Zayyan terlebih dahulu bersuara.

" Kau mara satu langkah lagi, nyawa wanita kesayangan kau ni melayang. "

Tak lama kemudian, satu suara mengganggu suasana tegang itu. Abah tekejut apabila melihat gerangan yang tiba itu.

" Did I miss anything? Boleh tahan juga rumah kau ni ye, Ulfah. "

" Zara Atikah! Jadi...jadi.... "

" Hai abah! Lama tak jumpa. Ya! Zara lah yang menjadi dalang semua ini. Kenapa? Terkejut? "

" Zara! Kenapa nak? "

" Abah! Abah lah punca semua ini! Sejak dulu lagi, Zara menagih kasih dari abah. Zara bahagia dengan abah walaupun setelah kematian mama. Tapi! Sejak betina tu kahwin ngan abah, semuanya berubah! Sejak lahirnya perempuan sial ni, semuanya hilang! Abah pilih kasih! Semua yang Zara buat, semuanya salah di mata abah! Tapi, kalau semua perkara yang Ulfah buat, abah puji lebih-lebih pulak. Menyampah aku tengok muka perempuan sial ni! "

" Zara! Abah tak pernah pilih kasih! Abah tak pernah abaikan Zara. Sebaliknya, Zara yang membuat abah hilang kepercayaan dengan Zara! Sekiranya Zara tidak keluar malam dan bermalam di rumah lelaki tu, abah tak akan marah dengan Zara! Abah dah banyak kali melarang jangan bergaul dengan budak-budak tu, Zara bergaul juga! "

" Hoi orang tua! Aku buat semua tu sebab kau tak pernah nak layan aku! "

Abah hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Zara. Dirinya tak sangka selama ini dia telah gagal mendidik anaknya yang sorang itu. Air mata mula menodai pipi tua itu. 

' Zaihara, maafkan abang kerana gagal mendidik anak kita. Maafkan abang! Maafkan abah, Zara. Maafkan abah, Ulfah. ' rintih hati tua itu.

" Abah! "

Aku dan Rafi' menjerit apabila melihat abah rebah menyembah lantai. Dada abah kelihatan berombak laju. Rafi' yang berada di sisi cuba memimpin abah mengucap dua kalimah syahadah. Perlahan-lahan, mata abah tertutup. Dada abah berhenti berombak. Aku hanya mampu mengalirkan air mata melihat abah terbaring kaku di sisi Rafi', walid dan ummi. Zara yang masih bersandar di dinding hanya melihat abah tanpa sekelumit perasaan pun.

Hatiku berasa perit mengenangkan semua yang erlaku di depan mata. Teganya Zara! Teganya Zayyan! Dengan penuh geram aku menyiku perut Zayyan. Terdengar rintihan sakit terbit dari dua ulas bibir itu. Zara yang melihat terus panik. Zara terus mara ke diriku. Terasa perit di bahagian tengah perutku.

' Arghh... Allahuakbar. '

Tubuhku terlorot jatuh sebelah jasad abah. Rafi' yang melihat terus menerpa ke arahku. Zara dan Zayyan terus cabut lari, terkejut dengan tindakan Zara.

' Abah, maafkan Ulfah. '

" A...abang, maafkan segala dosa Ulfah pada abang. "

" Ulfah! Syhh. Jangan cakap apa-apa. "

" Abang, terima kasih kerana berada di sisi Ulfah. Terima kasih sebab dah terima Ulfah dalam hidup abang. Sejak abang hadir, la...lara yang terpendam sejak lamanya terungkai. Sejak pertemuan kita di taman, sehinggalah ke hari ini Ulfah akan ingat. Abang, terima kasih. Ulfah Fa'idh cintakan seorang Rafi' Anaqi...."

" Ulfah! Jangan tinggalkan abang! "

Aku hanya mampu melakarkan senyuman apabila pandanganku semakin kabur. Terasa basah wajahku apabila air mata Rafi' jatuh ke wajahku. Wajah kacak Rafi' semakin hilang. Akhirnya, semuanya gelap.

***

" Rafi', jangan bersedih lagi nak. Semuanya pasti ada hikmahnya, nak. "

" Ummi, Rafi' ...... Rafi' masih sayangkan arwah Ulfah, ummi. "

" Rafi', Allah tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Sesungguhnya Dialah pencipta alam semesta. "

" Rafi' tahu, ummi. Bagi Rafi' masa. Susah, ummi. Arwah Ulfahlah cinta hati, cinta pertama, isteri, dan tulang rusuk Rafi'. "

" Ummi tahu, Rafi'. Tapi hidup mesti diteruskan. Arwah Ulfah takkan tenang kalau tengok Rafi' macam ni. "

" Emm... "

Tak lama kemudian, walid Rafi' tiba dengan senyuman nipis. 

" Rafi', berita baik. Zara dan Zayyan dah ditangkap. Sekarang nanti hukumannya saja. "

" Alhamdulillah. Rafi' jangan bersedih lagi nak. Ummi dan walid sedih tengok kamu macam ni. " 

" Terima kasih, walid. Ummi. "

" Walid dan ummi masuk tidur dulu. "

Rafi' Anaqi hanya mengangguk. Setitis air jernih jatuh dari tubir matanya.  

' Ulfah sayang, Rafi' harap Ulfah tenang di sana. Maafkan Rafi'. Maafkan Rafi' sebab tak pertahankan Ulfah. Ulfah tetap cinta hati Rafi'. Rafi' Anaqi cintakan seorang Ulfah Fa'idh. '


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8


- Tsk...Tsk.. :') -
Enjoy! 

Hati Ini Untuk . . . 10

1 Comment »





" Emir, hari ni Emir boleh keluar dah. Doktor dah beri kata putus tadi. "

" Okay, ibu. Emm ibu, ada satu lagi yang Emir belum buat. "

" Apa tu? Pasal orang yang selamatkan Emir ke? "

Emir mengangguk tanda setuju dengan penyataan ibunya itu. Dia harus berterima kasih dengan makhluk tuhan itu kerana telah menyelamatkan dirinya. Tapi dengan siapa harus dia bertanya. Tidak lama kemudian, pintu wad itu dibuka luas oleh seseorang.

" Selamat pagi, Encik Emir Mirhan. Macam mana keadaan awak sekarang ni? Awak dah boleh keluar hari ni. " soal Quratu.

" Saya sihat. Baiklah. Err, doktor! "

Quratu yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari wad tersebut terhenti apabila suara Emir menyapa telinganya.

" Ya. Ada apa-apa lagi? "

" Emm, doktor kenal tak siapa yang hantar saya kat hospital ni? "

' Aduh? Patut ke aku cakap siapa? Em, takpa. Cakap je lah. ' ujar hati Quratu.

" Kenal. Nama dia Edrin Sazlina. Dia lah yang bawa encik ke sini. Baiklah. Memandangkan takda apa-apa lagi, saya minta diri dulu. "

Edrin Sazlina. Indah bunyi menyapa corong telinga Emir. Dia harus mencari gerangan itu. Jika bukan kerana Edrin, pasti dirinya sudah menghembus nafas terakhir. Tersedar dari lamunanya, baru sahaja ingin menanyakan perkara yang lebih lanjut mengenai Edrin Sazlina, kelihatan kelibat Quratu sudah tiada di dalam wad.


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cubalah kamu telefon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerana dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku 
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerana ku sayangkamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatimu
Kerana ku sayang kamu

Edrin menari-nari keriangan sambil menyanyikan lagu yang telah mendapat tempat di hati warga Malaysia. Sementara mencari fail-fail yang dikehendakinya di rak berdekatan. Disebabkan Quratu selalu 'berkaraoke' lagu itu di rumah, jadinya melekat dekat minda Edrin. Sememangnya, lagu yang dipopularkan oleh penyanyi berasal dari negara jiran itu sudah menjadi salah satu lagu kegemarannya.

Tubuh Edrin yang sedang membelakangi pintu bilik kerjanya tidak menyedari bahawa sepasang mata bundar sedang memerhatikan gerak-gerinya yang sedang keriangan membawa bait-bait lagu itu. Semua tayangan yang disaksikan oleh sepasang mata itu telah mencuit hati pemiliknya.

" Ahahahaha. " ketawa yang tersimpan akhirnya terluah.

Edrin mendengar bunyi gelak yang agak kuat itu terus berpaling ke belakang dengan pantas menyebabkan fail di tangannya terlepas dari tangannya sehingga terkena tubuh yang tegap itu. Melihat apa yang berlaku di depan matanya kini, secara automatik Edrin mengetap bibirnya.

" Aduh! "

" Ah.. Eh.. Encik.. Encik tak apa-apa ke? " soal Edrin.

" Arghh! Edrin nak bunuh abang ke? " ujar Hakimi yang terduduk sambil mengurut dadanya yang terkena fail tadi.

" Maaf! Edrin tak sengaja, siapa suruh Encik kejutkan saya. "

Melihat Hakimi yang sedang mengurut dadanya yang kesakitan, dengan spontan Edrin mengusapkan tangannya di dada bidang Hakimi. Ingin mengurangkan rasa sakit yang dihadapi Hakimi.

Dup.Dap.Dup.Dap.Dup.Dap

Irama jantung Hakimi menjadi tidak sekata sebaik sahaja sentuhan Edrin mengena dadanya. Matanya terpaku pada wajah Edrin dengan mimik mukanya yang bimbang. Terbit senyuman nipis di bibir Hakimi. Bagaikan di dunia khayalan, hatinya kian berbunga riang. Seolah-olah berada di taman yang penuh dengan bunga.

Edrin masih lagi dengan tindakannya mengusap perlahan dada Hakimi. Beranggapan rasa sakit tadi beransur hilang.

" Encik, Encik Hakimi dah tak rasa sakit lagi ke? " soalan diajukan ke Hakimi.

Satu saat, dua saat, tiga saat.............

Tiada suara memenuhi ruang pejabat. Edrin yang masih hairan apabila tidak mendengar jawapan dari bibir Hakimi terus mendongakkan kepala, mencari seraut wajah yang kacak itu.
Hakimi masih setia memandang wajah Edrin yang terpahat kuat di minda dah hatinya. Terpegun. Ini kali pertamanya memandang wajah Edrin, lama dan hanya berada beberapa inci dari wajah itu.

' Semakin ayu. Cantik! ' desis hati Hakimi.

Perlahan-lahan......................

" Err... En..Encik Ha....... "

Belum sempat menghabiskan ayatnya, Edrin tersentak. Sentuhan yang hangat terasa di pipi kanannya. Tangannya berhenti mengusap dada Hakimi, malah terhenti di bahagian terletaknya jantung Hakimi.

Dup.Dap.Dup.Dap.Dup.Dap

Terasa degupan jantung Hakimi yang sedang menyanyikan lagu rancak, tidak sekata.

Hakimi bagaikan khayal di dunianya sendiri. Tangan kasarnya mengusap perlahan pipi mulus sang ratu hatinya. Melihat Edrin yang terkaku di kedudukannya kini, Hakimi semakin ligat memperlakukan Edrin sebegitu. Pandangan mata berduanya bertaut. Masing-masing leka.

Edrin yang baru sahaja leka, tersedar dari lamunannya. Sedar bahawa tindakannya kini salah. Edrin segera ingin mengalih tangannya daripada terus ' parking ' di atas dada Hakimi namun Hakimi pantas menggenggam tangannya dan meletakkannya kembali di atas dadanya.

" En....cik " tergagap-gagap Edrin apabila melihat tindakan berani Hakimi.

" Ssyyhh...Ssyyhh... " Hakimi memejamkan matanya, cuba menikmati detik-detik indah bagi dirinya tetapi sebaliknya berlaku bagi Edrin.

" Ta...Ta..pi... tolong encik.... "

" Sayang, kenapa formal sangat? Just call me like you always do. I like it that way. "

" A...abang Kimi, bo.. boleh tolong lepaskan tangan Edrin sekarang? "

Edrin mencuba untuk melepaskan genggaman Hakimi tapi malangnya Hakimi memperkemaskan lagi genggamannya. Tidak ingin melepaskan tangan itu. Jika boleh, ingin digenggamnya sampai bila-bila.

" Edrin..... "

Suara Hakimi bertukar menjadi romantis. Pandangannya menjadi redup. Tangan Edrin yang dari tadi berada dalam genggaman Hakimi menjadi sejuk, seram melihat perubahan yang berlaku terhadap Hakimi.

" Edrin..... "

Sekali lagi, Hakimi menyeru nama Edrin. Penuh dengan kelembutan. Hakimi yang tadinya menyandar pada sofa di dalam pejabat Edrin kini mendekatkan wajahnya ke Edrin.

Hampir.


Roslinda baru sahaja dari pantry pejabat tadi mengerutkan dahinya apabila melihat Darwisy yang tercegat di hadapan bilik Edrin sambil mengepal kedua-dua belah penumbuknya.

" Err, Encik Darwisy. Kenapa tak masuk je? "

" Hah?! Emm.. " Darwisy mendengus kuat.

" Err, kenapa muka encik merah ni? Sakit ke? "

" Dahlah! Tak payah nak sibuk! Nah! Kau beri ni kat Edrin! "

" Ba...Ba..Baiklah En..Encik..Darwisy. "

Darwisy berlalu pergi dengan pantas. Roslinda bertambah hairan melihat majikannya itu. Nak kata bosnya bad mood sejak pagi tadi, tak sebab happy semacam je baru-baru ni. Tiba-tiba hari ni naik angin, macam dahulu kala. Tiba-tiba, terdengar pintu dihempas dengan kuat. Terhenjut badan Roslinda diikuti pekerja-pekerja yang lain. Seram sejuk tengok bos naik angin katakan.

Roslinda terus menolak pintu Edrin tanpa mengetuk dulu kerana sudah terbiasa sejak dulu.

" Edrin nah ini ..... err....." Roslinda terus berhenti dari bicaranya apabila melihat babak di depan matanya sekarang.

Edrin terus menolak badan Hakimi menjauhi dirinya. Ucapan syukur dan terima kasih diucapkan buat Roslinda di dalam hatinya kerana telah menyelamatkan bibirnya daripada Hakimi. Hampir sahaja bersatu. Tapi satu lagi perkara yang dibimbangnya sekarang; Roslinda internet bergerak!

" Err, Roslinda. Ada apa? " soal Edrin.

" Emm, ini fail yang Cik Edrin nak dari Encik Darwisy. Sa..Saya minta diri dulu. "

" O..Okay. Thanks. "

" Emm, Encik Hakimi, jika encik masih mengalami rasa sakit, encik boleh pergi cek kat klinik atau hospital. "

Hakimi yang masih bersandar di sofa yang tersedia hanya terpinga-pinga mendengar luahan Edrin. Sesaat kemudian, terbit sengihan di bibir jejaka itu. Hari ini merupakan hari yang paling disenanginya. Hati berbunga riang katakan....

" Baiklah kalau takda apa-apa, saya minta diri dulu. "

Edrin terus keluar dari M & P Holdings. Waktu menapak keluar tadi, banyak mata melekat ke arahnya.

' Arghh! Ini tak lain tak bukan gosip dari Roslinda! Mana nak sorok muka aku ni! ' desis hati Edrin.



* ^__^ *
- Assalamualaikum w.b.t. Ini post terakhir saya akan post, ready untuk sekolah katakan. So, Enjoy! -

Hati Ini Untuk . . . 9

No Comments »





So, you nak bincang apa dengan ? " soal Darwisy dengan dingin.

" Darwisy, rindukan you. Dah bertahun kita tak jumpa. Sekarang, you semakin segak dan tampan. "

I masih sama je macam dulu. Takda yang berubah. Tak macam sesetengah orang dengan mudah saja berubah arah. " tutur Darwisy dengan sinisnya.

tahu I salah. minta maaf. I benar-benar menyesal. Tapi jujur Darwisy, hati masih pada you. "

Darwisy yang sedang menikmati Cafe au laitnya itu hampir sahaja tersedak. Keluhan kasar lahir dari mulut Darwisy. Apa lagi yang diinginkan Raihana kali ini? Tidak cukup lagikah hatinya disakiti dahulu? 

" Huh! Raihana, you nak cakap apa ni sebenarnya? I tak tangkaplah. " kata Darwisy, sengaja ingin bermain tarik tali dengan Raihana. 

" Darwsiy, I ngaku I salah dulu, I tak sepatutnya dumped you macam tu je. Mi dispiace davvero. ( Saya betul-betul menyesal. ) "

" Hmm, I dah lama maafkan you. Dahlah, questo non deve essere discussa nuovamente. ( Hal ini tidak perlu dibahaskan lagi. ) "

" Darwisy, I hope we can be together again, can we? " soal Raihana dengan harapan yang tingginya.

WowowoWait a sec, what did you said? Wait, do you think now that you have apologized to me and you can come back crawling asking for a new relationship? Well, you are totally mistaken. Mi scusi, signorina. Non è così semplice come sembra. Detto dispiace di non poter dare un senso a voi. Minta maaf, cik. Tidak semudah itu. Kata maaf tidak dapat mengembalikan rasa saya terhadap cik. 

" Tapi, Darwisy I... hati I masih pada you. Ti amo ancora! ( Saya masih cintakan awak! ) "

" Mi scusi. ( Maafkan saya. ) Hati saya bukan lagi untuk you. "

Darwisy beredar dari The Coffee Bean And Tea Leaf itu. Pekung di dadanya telah berjaya dibuka. Lega. Ya, itulah yang dirasakannya kini. Lega segala yang terpendam dulu terluah akhirnya. Kini, hanya sebaris nama yang kian melekat di kotak fikirannya. Sebaris nama yang mampu membuat dirinya tersenyum riang. Sebaris nama yang telah berjaya memaut hatinya yang dahulunya berdarah kini pulih. 


Kantin Hospital Ampang Puteri sesak dengan beberapa orang yang sedang lunch. Quratu Adrina dan Edrin Sazlina masing-masing menghadap makanan. Kecur air liur Edrin apabila melihat makanan kegemarannya disediakan oleh pihak kantin hospital itu. Sekali membaca doa, makanan itu terus menjadi mangsa serangan Edrin.

" Alhamdulillah. Kenyang pun perut aku. " ujar Edrin.

" Haih, dah orang tu gelojoh sangat tadi, mana taknya. "

" Taulah aku ni pantang nampak chicken chop, dah nafsu makan aku memuncak. Camne nak buat? "

" Yelah tu. So, kau lawat dia kan tadi? " Quratu memulakan soal siasatnya.

" Dia? Sapa pulak ni? "

" Alah, jejaka yang kau bawa awal pagi tadi. "

" Oh, dia. Ingatkan apa. Haah, aku memang nak lawat dia tadi. Nak tengok keadaan dia je. "

" Eh jap, jap! Aku hidu sesuatu lah. Kuat pulak bau tu! "

" Apa?! Bau apa? "

" Haaa..... Bau kau telah tertangkap cinta dengan pesakit tu le. "

" Quratu! Kau ni takde benda lain ke nak fikir? Aku saje je nak lawat, takut apa-apa. Jangan-jangan kau tu yang dah terjatuh ke dalam lubuk hati sang jejaka tu. "

" Eleh, takde maknanya. Aku kan dah ada sang kekasih hati a.k.a bakal suami dunia dan akhirat. Hehe. Tak lain tak bukan Tamimi Fakrullah. " Quratu tersenyum lebar apabila mengenangkan manusia seorang itu. 

" Peh, banyaklah kau Tamimi situ. Mentang-mentang dah ada kekasih, nak show off ngan kita lah pulak. "

" Edrin, kau tu aku tengok bukannya takde yang melekat kat kau, tapi bertan-tan banyak! Kau tu je yang tak layan. Kalau kau nak, pesakit yang kau hantar tadi tu pun cun gak. "

" Ish, dahlah Quratu. Malas ah nak cakap pasal ni. By the way, alang-alang aku kat sini, kau on-call tak malam ni? "

" Emm, rasanya tak kot. Nantilah aku cek schedule aku lagi. Eh Edrin, kau tau tak, aku dengar dari nurse-nurse kat sini cakap jejaka tu tercari-cari sapa yang bawa dia ke sini. "

Edrin yang mendengar luahan Quratu hanya mendiamkan diri. Nak cakap, tapi takda jawapan. Lebih baik diam je. Tapi, patutkah dirinya mendedahkan identitinya? 

" Okaylah Quratu, aku chiao dulu. Assalamualaikum. "

" E...eh! Emm, waalaikumsalam. "

Quratu hanya menggelengkan kepala apabila melihat Edrin tergesa-gesa ingin cabut dari situ. Entah apa yang sedang bermain di benak fikiran sahabatnya itu. Yang pasti ada kaitan dengan sang jejaka itu.


Hakimi tegap berdiri di hadapan pejabat Darwisy. Racangan kali ini haruslah berjaya. Dengan membuat perjanjian dengan Darwisy, hubungannya dengan Edrin dapat kembali rapat. Pintu pejabat itu segera diketuk. Darwisy yang sememangnya lapang terus membenarkan gerangan itu masuk. 

Good evening, Mr. Darwisy. Boleh kita sambungkan perbincangan kita? "

Sure. Can we start now? "

Hakimi terus mengangguk. Permintaan yang satu ini harus mendapat persetujuaan kedua-duanya. Jika tidak, peluangnya untuk terus mendekati Edrin semakin sempit. Tapi kali ini tidak akan dibiarkannya Edrin dirampas orang lain kecuali dirinya sahaja.

Setelah sejam berbincang, Darwisy bagaikan tersepit apabila mendengar permintaan Hakimi. Bagaikan ditelan mati mak, diluah mati bapak keadaannya sekarang. Kehendak Hakimi terlalu berat untuk diluluskan tetapi masa depan syarikatnya juga harus dijaga. Tetapi, sebelum memberi kata putus, empunya badan itu haruslah ditanya dahulu.

" Edrin, bos panggil. "

" Bos nak apa kat aku? " 

Roslinda yang mendengar bicara Edrin hanya menjongketkan kedua belah bahunya menandakan dia tiada jawapan untuk soalan itu. Yang pasti, tadi Darwisy menapak keluar dari biliknya hanya untuk menyuruhnya memanggil Edrin untuk masuk ke ruang pejabatnya. 

Edrin terus melangkah ke bilik Darwisy. Sebaik sahaja pintu terkuak, Edrin terus menapak masuk. Apa yang dilihatnya sekarang adalah sesusuk tubuh Darwisy yang berdiri menghadap dirinya dan sesusuk tubuh lagi duduk membelakanginya. 

" Encik Darwisy, ada apa encik panggil saya? "

Belum sempat Darwisy menjawab pertanyaan Edrin, Hakimi terus berpaling menghadap Edrin dan menjawab.

" Edrin, sudikah Edrin bekerjasama dengan abang dalam projek mega ini? "

Edrin terpinga-pinga mendengar kata-kata Hakimi. Apa yang dimaksudkan oleh Hakimi? Darwisy hanya mampu memejamkan matanya kejap. Berat rasa hatinya sekarang. Berat melepaskan Edrin untuk bekerjasama dengan Hakimi padahal hanya buat sementara. Tapi apakan dayanya, projek antara M & P Holdings dan HY & Co. sangat penting buat masa hadapan syarikatnya.

" Apa maksud Encik Hakimi, Encik Darwisy? "

" Edrin, memandangkan awak project manager sini, so awak akan bekerjasama dengan Encik Hakimi dari HY & Co.. "

" Selamat bekerjasama, Cik Edrin. " 

Hakimi terus mengeluarkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Edrin sebagai tanda bekerjasama. Edrin yang melihat hanya sekadar menganggukkan kepala, tidak ingin menyentuh kulit bukan muhrim meskipun Hakimi sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Melihat reaksi Edrin, Hakimi terus menarik tangannya kembali. Malu dirasakannya kini. Lupa akan batas pergaulan bagi umat Islam. 


Kereta Mini Cooper S dipandu masuk ke halaman rumah banglo dua tingkat itu. Pemilik kereta itu terus menapak masuk ke dalam rumah. Geram. Perasaan itu menyelubungi dirinya yang kena reject siang tadi. Barang-barang di sekitar ruang tamu rumah itu menjadi mangsa habuannya. 

" Arghh! Sial! " marah Raihana. 

Tidak disangkanya lelaki itu menolak lamarannya. Dengan semudah itu. Jika dikenangkan tengah hari tadi, bukan kepalang lagi dirinya diserbu rasa malu. Mana taknya, macam perigi mencari timba sahaja lagaknya. Dulu bukan main lagi tolak lelaki itu, tapi sekarang nak jilat balik ludahnya dulu. 

" Tak guna! Darwisy, kau dah banyak berubah. Tapi tak bermakna aku akan lepaskan kau macam tu sahaja. Nanti. Ya. Nanti aku. Tunggu sahaja. Aku pasti akan membuatkan kau kembali padaku." ujar Raihana dengan sinisnya. 


*Jeng, jeng, jeng..... Haha*

Hati Ini Untuk . . . 8

No Comments »




Skretttttttt........... Boom!!!!

Edrin yang baru sahaja meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang berdekatan dengan lapangan tenis tersentak apabila mendengar bunyi yang yang agak kuat di pendengarannya. Dilihatnya sekeliling, tapi tiada apa-apa yang berlaku. Kawasan sekitar pun sangat sunyi dan tiada seorang pun yang lalu. Maklumlah, sekarang masih pukul 6.30 pagi dan lapangan tenis di sini merupakan tempat yang terbiar disebabkan terdapat lapangan yang baru telah dibina.

Setiap pagi, Edrin pasti akan pergi ke lapangan tenis ini untuk melakukan aktiviti sukan yang diminatinya, iaitu sukan tenis. Sudah menjadi kebiasaanya pada setiap pagi. Malah, waktu zaman sekolah dulu, Edrin Sazlina merupakan seorang yang sentiasa menjuarai sukan tenis di sekolahnya dahulu sehingga diberi gelaran ' Ratu Tenis ' .

Tidak lama kemudian, kepulan asap yang mengelilingi kawasan yang berdekatan menarik perhatian Edrin. Edrin yang hairan terus menapak ke kawasan itu. Dekat, dekat dan dekat, akhirnya tiba di tempat itu. Mata Edrin terbuka luas apabila melihat situasi di depannya sekarang. Panik sedang dirasakannya sekarang.

' Astaghfirullahal'azim! Ada orang accident! '

Pantas Edrin berlari menuju ke kereta itu. Niatnya ingin menolong mangsa kejadian tersebut. Ingin meminta tolong dengan orang, namun dilihatnya tiada seorang pun yang berada di sekeliling tempat kejadian. Kepala mangsa berlumuran dengan darah. Melihat minyak yang mengalir akibat kebocoran, Edrin terus memapah badan mangsa tersebut untuk menjauhkan diri itu dari kereta. Edrin ingin membuat panggilan kecemasan, namun niatnya telah terkubur. Bateri habis!

' Arghh! Waktu ini juga nak habis bateri. Ah! Kereta aku! Kereta aku! '

Edrin yang teringatkan keretanya terus memapah diri jejaka itu ke keretanya. Hospital adalah tujuan utamanya. Nasib dirinya terpaksa memapah badan lelaki yang sasa itu. Jika dibandingkan dengan dirinya, apa sajalah saiz badannya. Keinginannya untuk main tenis pada pagi itu dibiarkan pudar. Nyawa orang lebih penting! Kereta Audi Q7 hadiah dari babanya, Eddie Saifullah, meluncur laju membelah jalan raya yang agak lapang pada pagi itu.

Gua bagi korang gambaran rupa Audi Q7 ye...

" Quratu, macam mana keadaan pesakit tadi? " soal Edrin.

" Edrin, ko kenal dia ke? "

" Tak. Aku terjumpa dia kemalangan kat tempat aku main tenis selalu. "

" Oh, pesakit baik-baik saja. Cuma dia belum sedar lagi. Nasib baik kau cepat bawa, kalau tak pesakit kehilangan banyak darah. "

" Alhamdulillah. Baiklah Quratu, aku pergi dulu. Tadi, nurse cakap keluarga dia sekejap lagi sampai. Assalamualaikum. "

" Edrin, kau tak nak jumpa dengan family dia ke? "

" Tak payahlah, Quratu. Lagipun aku dah lewat nak masuk kerja. "

" Emm, baiklah. Waalaikumsalam. "


Raihana Qaisarah berdiri tegak di hadapan M & P Holdings. Tujuannya hanya satu. Menemui Megat Qaiman Darwisy. Sudah tiga hari dia cuba menghubungi diri itu, namun satu pun panggilannya tidak dijawab. Terseksa. Ya, itulah perkataan yang sesuai bagi perasaannya selama tiga hari itu. 

Excuse me, can I see Megat Qaiman Darwisy? "

Do you have any appointment made? "

" Emm, no. But, I need to see him now. It's urgent. "

I'm very sorry, miss. You can't meet him unless you have an appointment with him. " 

Megat Qaiman Darwisy yang baru sahaja ingin keluar ke tapak projek berhenti apabila melihat gerangan yang sedang berada di lobi bangunan itu. Hatinya kian diserbu rasa panas. Buat apa lagi diri itu datang ke sini? Baru sahaja Darwisy ingin membuat langkah seribu meninggalkan bangunan tersebut, suara nyaring dan tangan milik Raihana terlebih dahulu bertindak.

" Darwisy! "

' Aduh! Bencana melanda! Bismilahirahmanirahim. ' hati Darwisy berkata.

" Darwisy! Boleh kita bercakap sekejap? " ujar Raihana sambil memaut lengan sasa Darwisy.

" Raihana, maaf. sibuk sekarang. Tak nampak? " sebut Darwisy dengan sinisnya. Darwsiy menarik lengannya, cuba untuk meleraikan pautan Raihana. 

Just for a few minutes. Tolonglah. nak bincang sesuatu dengan you. " rayu Raihana.

" Huh! Fine! Incontriamoci al The Coffee Bean all'una dopo. ( Jumpa saya di The Coffee Bean pada pukul satu nanti. ) 

Bene. Grazie, Darwisy. ( Okay. Terima kasih, Darwisy. ) "


Skretttttttt........... Boom!!! '

Emir Mirhan tersedar dari komanya setelah sepanjang hari tidak menyedarkan diri. Bunyi itu sering kali menjengah mindanya. Seluruh badannya terasa sakit terutamanya di bahagian kepala dan dadanya. Emir cuba untuk bergerak, namun gagal. 

' Arghh! Di mana aku sekarang? Apa yang terjadi tadi? '

Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya. Perkara yang terakhir diingatnya adalah dia masih memandu sehinggalah keretanya hilang kawalan. Baru sahaja dirinya ingin memanggil jururawat, pintu wadnya dibuka dari luar. Dilihat ibunya sedang membawa sebakul buah-buahan. 

" Anak ibu dah sedar pun. Alhamdulillah. "

" Ah.... Ibu, siapa yang hantar Emir ke hospital? Seingat Emir, tempat tu takda orang langsung. "

" Oh, yang tu ibu tak tahu. Takpa, yang penting sekarang ni, Emir selamat. Alhamdulillah. Hal tu, nanti kita tanya kat nurse atau doktor. " 

" Emm.. "

" Emir, macam mana Emir boleh accident? Tu lah, ibu dah banyak kali pesan supaya berhati-hati, jangan gelojoh sangat. Hati ibu luluh tau apabila dengar Emir masuk hospital. "

" Ibu, jangan risau. Emir kan baik-baik je. Sekarang dah selamat pun. "

" Lain kali hati-hati tau. Jangan menonong je bawa kereta tu. "

" Ibu, Emir janji. Ibu jangan risau lah. "

" Emmmm. Yelah. "


Tepat pada pukul satu tengah hari, Edrin Sazlina memandu keretanya masuk ke kawasan Hospital Ampang Puteri. Nasib baik Quratu seorang doktor kat sini, memudahkan sikit nak lawat. Walaupun hospital swasta, Edrin yakin inilah yang terbaik buat jejaka itu. Edrin pasti jejaka itu bukanlah berasal dari keluarga yang biasa. Lihat saja pada keretanya, sudah tahu jejaka itu orang berada.

Sejak pagi tadi, perasaan ingin melihat keadaan jejaka itu berkobar-kobar. Sesampainya di hadapan wad jejaka itu, Edrin menapak masuk ke dalam wad eksklusif itu. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Perlahan-lahan kakinya membawa dirinya dekat dengan katil itu. Hembusan nafas yang lembut menyapa telinga Edrin.

' Mungkin masih tidur kot. '

Edrin yang masih setia berdiri di samping katil memerhati seraut wajah yang tampan itu. Kepalanya berbalut. Dari mata jatuh ke mulut. Alis mata yang bening, hidung yang mancung dan mulut yang kemerah-merahan sedikit itu mampu sahaja memikat hati wanita. Tangan Edrin tergerak untuk menyentuh seraut wajah yang sedang terlena itu. Lama. Tiba-tiba...........

" Erghh! "

Edrin yang tersedar dari lamunanya terkejut apabila terdengar erangan yang kuat keluar dari dua ulas bibir merah itu. Edrin terus mencicit keluar dari wad yang sedang diduduki jejaka itu.

' Aduh! Kenapalah tangan aku boleh terpegang dada dia pulak! ' Edrin bermonolog sambil menepuk dahinya.

Emir Mirhan tersedar dari lenanya apabila merasakan sesuatu yang hangat sedang bermain-main di wajah dan dadanya. Tapi apabila diperhatikan, tiada sesiapa pun yang kini berada di wadnya. Ibunya sudah lama pulang ke rumah. Katanya ingin membersihkan diri dulu.

' Mungkin perasaan atau aku ni yang termimpi je kot. '

Quratu yang lalu di koridor hospital itu hairan apabila melihat kelibat Edrin yang sedang menepuk-nepuk dahinya. Hairan apabila melihat Edrin sedang berada di hospital tempatnya bekerja.

' Gila ke apa minah ni? Main tepuk-tepuk dahi. Eh jap, jap. Kan pagi tadi.... Oh... Okay, okay. Aku faham sekarang. '

Segera Quratu menegur Edrin yang sedang berada di dalam dunianya sendiri.

" Edrin! Tak pergi makan ke? "

" Oh mak kau patik sembah pohon diampun. Eeeee, Quratu! Aku fikir hantu mana lah tadi, rupa-rupanya kau. Buat terkejut je. Nanti lagi kot aku makan. Aku ada hal sikit. "

" Hoi! Sedap-sedap mulut kau je cakap aku hantu. Anyway, jomlah makan ngan aku sekali. Dekat kantin hospital ni. Sedap-sedap tau. "

" Mmmm, yelah-yelah. Perut aku dah menyanyi dengan riang dah ni. "




Hal apa yang penting sangat nak dibincang Raihana Qaisarah? *
Edrin Sazlina dah TER-jatuh hati ngan Emir Mirhan ke? *
-- Gua akan sambung nanti-nanti ye. In Syaa Allah --

Hati Ini Untuk . . . 7

No Comments »



Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sangat lapang dengan manusia. Kapal terbang melalui penerbangan dari Itali ke Malaysia baru sahaja mendarat dengan selamat. Beransur-ansur penumpang keluar dari balai ketibaan. Seorang wanita anggun melangkah keluar dengan perlahan seolah-olah sedang menikmati pemandangan.

Sono tornato Malesia! I'm back Malaysia! "

" Amboi budak bertuah ni! Dah tak reti cakap bahasa ibunda sendiri ke? "

Mi dispiace mamma! Non lo faccio intenzionalmente. ( Maafkan saya mama. Saya tak sengaja.)  "

" Hah! Tengok tuh! "

" Hehe. Maaf ye mama. Dah terbiasa dah. "

" Yelah. Yelah. Jom pulang, sayang. Mama rindu sangat kat kamu. "

" Okay mama. "


Edrin bersiar-siar di Pavillion Mall. Edrin hanya berniat untuk mencuci mata sahaja. Sungguh bosan pabila kawan baiknya, Quratu, tiada bersama dengannya. Nak bergelak-ketawa dan usik-mengusik pun tak dapat sebab tak ada teman sehati sejiwa. Kerja Quratu sebagai seorang doktor sentiasa menghadkan masa untuk diri itu sendiri. Edrin akhirnya berhenti di depan restoran makanan segera. Memikirkan hal tadi membuatkan perutnya berkeroncong dengan hebatnya.

Edrin ingin pulang ke rumah setelah seharian menghabiskan masa berjalan-jalan di Pavillion. Langkah demi langkah tiba-tiba, Edrin terlanggar bahu seseorang. Semua barang yang berada di tangan orang itu jatuh. Segera Edrin mengambil semua barang yang jatuh.

" Maaf! Saya minta maaf sangat-sangat, encik. Saya tak sengaja tadi. " pohon Edrin dengan kelam-kabutnya.

" Takpa. Saya faham. Lagi pula awak bukannya sengaja pun. "

Edrin berhenti apabila mendengar bicara gerangan itu. Dia seolah-olah kenal akan suara garau itu. Tapi siapa? Edrin dengan sedaya upayanya cuba mengingat empunya suara itu. Edrin terus tersedar dari lamunannya apabila merasakan sesuatu yang hangat hinggap di tangannya. Tidak disangkanya gerangan itu dengan beraninya menyentuh tangannya. Pantas Edrin mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan yang enak sahaja memegang tangannya. Sebaik sahaja melihat wajah empunya suara itu, jantung Edrin berdegup dengan kencang, sekeliling bagaikan kosong daripada lautan manusia dan jam bagaikan terhenti seketika. Tatkala namanya diseru, keadaan kembali ke realiti bagi Edrin. Edrin merentap tangannya kembali daripada pegangan si dia.

" Edrin, sa..saya minta maaf. Tak sengaja. By the way, terima kasih. "

" Sama-sama. Okaylah, kalau dah takde apa-apa lagi, saya pergi dulu, Encik Hakimi. "

" Ed..Edrin! Nanti dulu. Boleh temankan abang sekejap. Abang nak borak ngan Edrin. "

" Maaflah, Encik Hakimi. Saya nak pulang cepat-cepat. "

" Edrin, abang mohon. Sekejap saja. Ye Edrin? "

" Baiklah. Tapi sekejap saja. "

Mendengar jawapan yang keluar dari bibir Edrin, mata Hakimi bersinar-sinar memandang Edrin. Segera dirinya mengajak Edrin minum-minum di Starbucks. Edrin mengekori Hakimi dengan beratnya. Bertemu dengan Hakimi adalah perkara yang terakhir ingin dibuat Edrin. Sungguh, dia tidak ingin berbual dengan Hakimi, tetapi entah mengapa mulutnya dengan mudah menuturkan kata setuju. Hakimi memesan Caramel Macchiato manakala Edrin memesan Chocolate Frappuccino. Dah orang nak belanjakan, orderlah special sikit.

" Err, Edrin. Abang rindu sangat-sangat kat Edrin. " ujar Hakimi.

" Hmm. Encik Hakimi, apa yang nak diborakkan sangat tadi? " kata Edrin disertakan dengan keluhannya.

" Edrin, abang tahu abang salah. Abang sangat menyesal kerana termakan akan kata-kata syaitan yang membisik. Sungguh, abang sangat menyesal. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang tak kisah Edrin bencikan abang, tapi abang tak nak Edrin macam musuh apabila berhadapan dengan abang. "

Edrin hanya membisukan dirinya. Ingin mendengar bicara Hakimi lebih lanjut. Dirinya ingin sekali membencikan lelaki yang berada di hadapannya sekarang, tapi mengapa hatinya bagaikan terbuka dengan luas untuk memaafkan diri lelaki itu dengan semudahnya. Hakimi yang melihat diri Edrin hanya mendiamkan diri menyambungkan bicaranya lagi,

" Tapi, kalau Edrin memang dah tawar dengan abang, Edrin dah tak sudi tengok muka abang lagi, abang pasrah. Abang dah tak boleh buat apa-apa. Jika Edrin ingin abang lenyap dari hidup Edrin, abang sedia berbuat demikian sekiranya itu membuat diri Edrin bahagia. "

Edrin terpaku apabila mendengar kata-kata Hakimi. Sungguh, dirinya tidak pernah menganggap Hakimi seperti itu. Walaupun Hakimi pernah ingin berbuat 'sesuatu' terhadap dirinya dahulu, Edrin masih menganggap Hakimi sebagai abangnya sendiri. Tidak dinafikan bahawa dirinya rindu dengan hubungan antara Hakimi dengan dirinya dahulu. Melihat Hakimi ingin beredar dari situ, Edrin sedar diri itu tidak boleh terus dipersalahkan. Dirinya juga bersalah. Seharusnya, dirinya arif akan apa yang akan berlaku sekiranya berdua-duaan dengan yang bukan muhrim.

" Abang Kimi! Edrin ..... Edrin mohon maaf. Sepatutnya, Edrin tidak menyalahkan abang sendiri. "

Hakimi yang baru sahaja melangkah beberapa tapak terus berhenti. Hatinya melonjak riang apabila Edrin menahan dirinya dari meninggalkan tempat itu. Terbit senyuman di mulut Hakimi. Rancangannya telah berjaya.

' Haha. Tak sangka taktik aku berhasil juga. Nampaknya rancangan aku akan terus berjalan. '

Edrin menghampiri diri Hakimi yang setia berdiri. Ingin menyatakan rasa kesal yang menggunung di hati. Selepas ini, dia harus meluahkan segalanya terhadap Quratu. Edrin menjelaskan segala-galanya ke Hakimi. Dadanya terasa lapang apabila amarahnya yang dsimpan bertahun lamanya diluahkan. Sekarang, Hakimi bukanlah musuhnya lagi tetapi seorang abang baginya. Edrin melonjak keriangan dalam hati apabila hubungannya dengan Hakimi pulih kembali ke asal.


Darwisy yang sibuk membaca buku tersentak apabila bunyi deringan handphonenya menjengah ke telinga. Terus tangannya menjawab panggilan dari nombor yang asing baginya.

" Hello. "

" Hi, Darwisy. E 'passato molto tempo da quando ti parlo. ( Sudah lama sejak saya bercakap dengan awak. ) Kenal saya lagi, tak? "

Mendengar suara yang kian lama sudah menghilang, Darwisy tersentak. Raihana Qaisarah telah kembali ke bumi Malaysia. Tetapi, buat apa cari dirinya lagi? Bukankah Raihana dulu bersama dengan Emir? Darwisy segera menjawab dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Emmm. Per ciò che il mio telefono? ( Untuk apa telefon saya? ) "

" Takde apa-apa. Saja je call. Darwisy, can we meet up? "

" Sorry, I'm very busy right now. Lagipun, buat apa nak jumpa? "

" Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. "

"Maaflah, Raihana. Sono molto occupato ora. ( Saya sangat sibuk sekarang. ) Okaylah. Saya hang up  dulu. "

' Arghh! Mengapa harus dia kembali lagi?! Huh! ' keluh Darwisy dengan kasarnya.

Darwisy terus mengambil kunci keretanya. Ingin menenangkan dirinya. Dari tadi, hatinya tertanya-tanya apa lagi yang hendak dibincangkan Raihana. Bukankah semuanya sudah berakhir? Darwisy menghentak stereng kereta dengan kasar. Sekarang, otaknya bercelaru memikirkan masalah itu. Baru sahaja otaknya berserabut memikirkan tentang Edrin dan Hakimi sekarang masalah yang baru pula tiba.


Quratu Adrina berjalan mencari kelibat Edrin. Baru tadi dirinya berjanji dengan Edrin untuk berjumpa di Taman Tasik Titiwangsa sebaik sahaja pulang dari kerja. Langkahnya terhenti apabila matanya tertancap pada sepasang manusia yang sedang berbual mesra. Hatinya panas apabila melihat lelaki yang berada di sebelah Edrin. Tidak takutkah Edrin? Dengan sepantas kilat, kakinya membawa langkah terhadap Edrin dan Hakimi.

" Edrin! Kau buat apa berbual dengan orang ni? "

" Eh Quratu. Dah sampai rupanya. Jemputlah duduk dulu. "

What?! Duduk kau kata? Kau tak sedar ke yang laki ni dulu cuba ragut kesucian kau! Tak ingat ke?! "

Hakimi yang berada di sebelah Edrin hanya mendiamkan diri. Tidak berniat untuk masuk campur dalam pertengakaran itu. Mendengar kata-kata yang dilontarkan Quratu, Hakimi menundukkan kepalanya. Sengaja berbuat demikian menunjukkan dirinya terasa dengan kata-kata Quratu supaya Edrin mempertahankan dirinya. Edrin yang melihat Hakimi sedar akan maksud pergerakannya. Terbit rasa bersalah dalam dirinya. Segera Edrin bersuara untuk menjelaskan hal yang sebenarnya.

" Quratu, aku faham kau masih marah dengan tindakan abang Kimi, tapi salah aku juga sebab berdua-duaan dengan dia waktu itu. Sepatutnya aku tahu syaitan akan sentiasa cuba menghasut manusia apabila berdua-duaan. Kita tak sepatutnya menyalahkan abang Kimi macam tu sahaja. "

" Haih Edrin... Edrin.... Kau ni baik sangat. Tapi dapatkah kau lupa akan apa yang dia dah buat kat kau? Aku tak nak pisang berbuah dua kali, Edrin. "

Hakimi yang dari tadi hanya membisu terus bersuara. Tidak ingin dirinya masih dianggap sama seperti tahun-tahun yang lalu.

" Quratu, jangan risau. Abang sedar abang memang salah sebab terjebak akan hasutan demi hasutan yang dilemparkan oleh syaitan. Salah abang juga sebab terima pelawaan Edrin ketika itu. Abang janji abang takkan biarkan perkara itu berulang sekali lagi. "

Suasana diam sejenak. Quratu mengaku memang ada benarnya kata-kata Hakimi. Tapi kenapa hatinya sangat berat untuk mempercayai kata-kata lelaki itu. Seolah-olah Hakimi ada menyembunyikan sesuatu daripada dirinya dan Edrin.

' Ah, mungkin sebab aku sangat membenci perbuatannya terhadap Edrin dulu je kot. Sebab tulah aku susah nak percaya. '

" Baiklah, abang Kimi. Tapi sekiranya abang cuba nak melebihi had lagi, Quratu tak segan-segan mengambil tindakan terhadap abang. "

" Abang janji! Abang janji Quratu. Saya, Hakimi Yazir, berjanji akan berpegang pada kata-kata saya! " ucap Hakimi dengan lagaknya seperti orang yang sedang berikrar.

Ketawa Edrin dan Quratu meletus apabila melihat lagak Hakimi. Pada hari itu, ketiga-tiga mereka bersiar-siar sambil berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing. Suasana kembali seperti dahulu kala. Sesiapa yang melihat pasti akan berfikir hubungan antara Edrin, Quratu dan Hakimi adik-beradik yang sangat rapat.





*Apakah tujuan Raihana Qaisarah ingin berjumpa dengan Megat Qaiman Darwisy?*
*Apakah rancangan Hakimi yang seterusnya?*
-- Jumpa anda dalam bab yang seterusnya --