Hati Ini Untuk . . . 5



" Quratu! Quratu! Quratu! Oh, Ratuku sayang..... Hahaha " panggil Edrin.

" Hah! Apesal? Apesal? Apesal? Ada anak raja pinangkan kau? " balas Quratu.

" Ceh! Kau ni, kalau tak kahwin, pinang yang kau bahaskan. Ada hati nak tanya orang, diri sendiri tu tak laku ke, cik kak oi? "

" Hmm... Memang tak laku pun." Jawab Quratu sayu.

Quratu Adrina menayangkan muka sayu. Edrin rasa bersalah. Dirinya hanya ingin menyakat Quratu tetapi bukan yang sebaliknya.

' Aduh. Tak boleh jadi ni. Aku kena pujuk budak ni! '

" Er..... Quratu, janganlah macam ni. Senyum eh. Barulah cantik, ayu lagi manis. Kan? Kan? "

" Hehe. Aku memang cantik, ayu lagi manis gituh! Haha. " Quratu tersengih apabila dirinya dipuji.

" Ceh. Tu lah aku malas nak puji kau. Melebih-lebih pulak jadinya. Eh, memandangkan hari ini hari minggu, apa kata kita pergi usha benda kat shopping mall tu? "

" Emmmmm. Ok lah jugak. Jom! "

Suasana di pasaraya Sogo samgat meriah. Edrin dan Quratu hanya menjamu mata dengan barang jualan. Tiada satu pun yang menark minat mereka untuk membeli.

" Wei, Edrin. Memandangkan kita berdua ni dah ada kat Sogo ni, jom pergi beli barang keperluan. Aku rasa stok makanan kita kat rumah tu dah habis lah. " ujar Quratu.

" Jom lah. Kang kelaparan pula kita nanti. Lepas tu kita gi makan. Okay? Aku dah lapar tahap gaban ni. "

"Ah yelah, yelah. Kau memang tak jauh dari makanan je kerja. "


Megat Qaiman Dariwsy yang sedang menikmati minumannya ternampak akan kelibat Edrin Sazlina. Hatinya berbunga riang apabila melihat Edrin yang hanya berpakaian sederhana tapi tampak ayu dan cantik di matanya. Dirinya seakan tertarik untuk mendekati dan menegur sang wanita itu. Tanpa berlengah, Darwisy terus mengorak langkah ke Edrin yang sedang khusyuk memilih barang keperluan.

"Assalamualaikum, Edrin. Tak sangka dapat bertemu dengan awak kat sini. " sapa Darwisy.

" Eh, Tuan Darwisy. Waalaikumsalam. Err, biasalah hari minggu kan? Nak berbelanja untuk barang keperluan sikit. "

" Oh. Edrin sorang-sorang ke membeli-belah? "

" Eh taklah. Kawan baik saya yang hari tu, temankan. Tuan pulak buat apa di sini? "

" Oh. Saya ingatkan sorang-sorang tadi. Saya saja jalan-jalan. Biasalah hari minggu kan? Relaxing my mind from all the stress that's been in my head ." Darwisy tersenyum selepas menjawab pertanyaan Edrin.

' Ish. Apesal pulak dengan dia ni. Hari tu dekat kedai makan pun senyum, sini pun senyum. Kena sampuk hantu ke ni? '

" Woi, Edrin. Aku rasa semua dah kita ambil. Tinggal nak bayar je lagi. "

Edrin Sazlina yang sedang sibuk bermonolog tersentak apabila disergah oleh Quratu.

" Oh pocot mak kau aku nak kahwin dengan kau. Kus semangat! Ish! Hoi Quratu! Lain kali janganlah main sergah macam tu je. Kalau aku ni ada penyakit lemah jantung, tak ke rugi kau kehilangan kawan yang baik hati, cantik lagi ayu ni. "

Quratu Adrina dan Megat Qaiman Darwisy terus menghamburkan ketawa masing-masing apabila mendengar kata-kata Edrin. Edrin yang blur akan respon Quratu dan Darwisy hanya mampu mengerutkan dahi. Quratu yang faham akan reaksi Edrin segera berbicara.

" Hahahahaha.... Edrin.. Edrin... Kau ni memang tak berubah dari dulu lah. Memang terkenal dengan sifat melatah kau tu. "

" Er, betul ke nak kahwin dengan saya? Hahaha. " Soal Darwisy pula.

" Eh, eh mana ada tuan. Saya bergurau je tadi. Eeeee.... Geramnya ngan korang berdua ni. Sudah-sudahlah tu. Malu tau orang tengok. Ish! Dahlah. Jom pergi makan. Aku takda masa lah nak layan korang berdua ketawa hingga tak ingat dunia. Lebih baik aku isi perut daripada menghadap muka kau berdua ni. " Marah Edrin.

" Eh, Edrin dan kawannya, boleh saya join korang makan sekali? "

Belum sempat Edrin menjawab, Quratu lebih pantas mengangguk. Melihat respon Quratu, Darwisy terus mempelawa Edrin dan Quratu ke restoran yang terletak di Sogo.

" Wei, Quratu. Kau ni selamba badak kau je setuju. Ish! " bisik Edrin ke Quratu.

" Alah, sekali-skala je pun. Lagipun dia kan bos kau, takkanlah kau tergamak nak halau dia kan? "

" Haih kau ni. Nanti kau layan dia tau. Kau yang setuju, kaulah yang layan. "

" Hah yelah, yelah. "

Bunyi deringan lagu dari handphone milik Quratu memecah kesunyian. Masing-masing tersentak. Hampir sahaja Edrin melatah lagi akibat tersentak kerana bunyi deringan itu.

" Emm, korang berdua. Aku terpaksa jalan dululah. Member aku yang sorang tu minta tolong ngan aku. Okaylah, aku chao dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. " Edrin dan Darwisy membalas salam Quratu.

Edrin dan Darwisy hanya mendiamkan diri tatkala berjalan bersama-sama. Masing-masing berasa kekok dengan keadaan tersebut. Sekali lagi, bunyi deringan handphone memecah kesunyian yang ada. Darwisy segera menyambut panggilan untuk dirinya itu.

" Waalaikumsalam, bonda. Oh, baiklah. Okay, nanti Darwisy bawa balik juga. Assalamualaikum. "

Edrin mula bersuara setelah Darwisy menamatkan perbualan.

" Tuan, saya balik dululah ye, memandangkan tak ada apa-apa lagi nak dibeli. "

" Baiklah, saya hantar ye. Lagipun tak baik perempuan balik sorang-sorang. "

" Tapi......... Saya boleh naik teksi. "

" Tak ada tapi-tapi. Teksi pun bahaya juga. Lagipun, kalau awak apa-apa nanti sapa juga yang susah? Saya kan? Dah jom. "

Edrin hanya mengangguk. Dirinya tidak sanggup bertekak dengan Darwisy. Bukannya dia tak kenal sifat bosnya yang satu itu, jika jawapannya hitam maka hitamlah jadinya.

' Merasa juga aku naik kereta mamat ni. Taklah muncul dalam mimpi saja. Hehe.. " Edrin hanya tersengih.

" Edrin, saya lupa nak cakap dengan awak tadi, kita terus pergi ke rumah saya eh. Ada jamuan sikit kat sana. Bonda suruh ajak kawan sekali, so saya ajak lah awak memandangkan saya hantar awak pulang jadi terus pergilah. "

Edrin membuntangkan matanya apabila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Darwisy. Sekarang, tiada lagi panggilan aku-kau dari Darwisy tetapi telah berubah menjadi saya-awak.

" Hah! Eh, bos. Saya kan belum mandi lagi. Lagipun seganlah nak jumpa dengan keluarga tuan. Saya ni apa saja dibandingkan dengan keluarga tuan. "

" Haha. Ye tak ye juga. Baiklah, saya hantar awak balik, pastu awak bersiap-siap. Then, we will go to the function. Oh, lagi satu, awak dan keluarga saya tiada bezanya. Awak manusia, keluarga saya manusia. That means we're just humans. Remember that. Don't say that anymore. "

Apabila kereta Darwisy tiba di perkarangan rumah sewa Edrin, Edrin segera menapak masuk ke dalam rumah untuk bersiap-siap. Darwisy hanya menunggu Edrin di luar rumah. Untuk menunggu di dalam rumah jauh sekali kerana tidak elok bagi seorang lelaki masuk ke dalam rumah wanita yang tiada apa-apa hubungan yang sah.

Edrin yang hanya mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna biru laut bersertakan selendang untuk menutup mahkotanya telah membuat mata Darwisy tidak lekang untuk memandang susuk tubuh yang ramping itu. Sungguh, dirinya terpegun akan keindahan makhluk tuhan tersebut.

"Tuan, oh, tuan. Apa yang dimenung tu sampai tak ingat dunia? Hahaha. Jomlah berangkat, nak tunggu apa lagi? "

" Eh, Edrin. Tak sedar pula dah ada di depan mata. Dah, jom. "

Darwisy hanya mengutuk diri sendiri di dalam hatinya. Penampilan Edrin pada masa sekarang sungguh berbeza berbanding penampilannya setiap hari. Jantungnya seolah-olah baru sahaja menamatkan larian pecut apabila merenung diri Edrin.

Sesampainya di rumah banglo 4 tingkat milik keluarga Darwisy, Edrin melopong apabila melihat rumah itu. Tak pernah dalam hidupnya melihat rumah sebegitu di depan mata. Kalau dalam televisyen memang lah selalu. Edrin cepat-cepat menutup mulutnya apabila menyedari banyak mata yang memandang dirinya.

' Ish. Buat malu diri je melopong mulut luas-luas kat rumah orang. Dahlah banyak mata lagi tu. '

" Edrin, awak masuklah kat dalam. Giliran saya pula nak bersihkan diri. " Darwisy meminta diri untuk membersihkan dirinya yang terasa melekit.

Edrin menapak masuk ke dalam rumah yang tersergam indah di bukit itu. Edrin menghadiahkan senyuman kepada semua orang yang memandangnya. Dia kemudian menapak masuk ke dapur rumah itu berniat untuk menolong apa yang patut. Edrin menegur seorang wanita yang agak berumur tapi masih ayu pada pandangan matanya.

" Emmm Assalamualaikum. Mak cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu ke? "

" Eh, waalaikumsalam. Oh boleh, tapi anak kan tetamu. Anak ni sapa ye? "

" Saya ni....... "

Belum sempat Edrin memperkenalkan dirinya, Darwisy terlebih dahulu memperkenalkan Edrin.

" Bonda, inilah Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah. Teman Darwisy yang Darwisy cakap tu. "

" Oh, jadi inilah Edrin. Manis orangnya. Alhamdulillah. Edrin boleh tolong mak cik hidangkan makanan ni. Darwisy tolong sekali ye nak? "

Edrin tersipu malu apabila dipuji oleh Datin Qaseh Qaira. Manakala Darwisy pula hanya mengangguk apabila disuruh oleh bondanya.

"Eh, Datin mana ada. Saya ni biasa-biasa je. Banyak lagi yang ayu kat sini. Nak dibandingkan dengan saya apa sajalah saya ni. " Edrin menghadiahkan senyuman kepada Datin Qaseh.

" Haha. Edrin, tak payah panggil mak cik Datin. Panggil mak cik je cukup. Mak cik tengok Edrinlah yang paling menonjol kat sini. Dah. Dah. Pergi hantar makanan ini dulu. Nanti kita borak lagi ye."

Edrin dan Darwisy segera mengangkat hidangan yang ingin disajikan kepada para tetamu. Edrin berasa senang dengan sikap bondanya Darwisy. Sangkaannya pada setiap orang kaya tidak betul sama sekali. Selepas para tetamu menjamu selera, masing-masing duduk berbual dengan yang lain. Hanya Edrin yang duduk bersendirian di taman halaman rumah itu.

" Hai! Akak sorang-sorang je ke? Tak da teman? "

" Hai. A ah. Akak sorang je. Menikmati bulan dan bintang. "

" Akak ni kawannya abang Darwisy kan? Nama akak siapa? Saya Puteri Qalish Dzaihara. "

" Ha ah. Akak kawannya abang Qalish. Nama akak Edrin Sazlina. "

Edrin dan Qalish terus berbual. Sikap peramah milik ahli keluarga Darwisy telah memikat hati Edrin. Kepada sesiapa yang memandang, pasti mereka beranggapan Edrin dan Qalish merupakan saudara. Bertepuk-tampar dan bergelak-ketawa. Darwisy yang melihat akan kemesraan Edrin dan adiknya berasa senang. Segera dirinya melangkah menuju ke tempat Edrin dan Qalish berborak.

" Ehem..Ehem.. Amboi, tak ajak abang berborak nampak. Qalish, pergi tolong bonda sana, abang nak berdua-duaan ngan kak Edrin kejap. " tegur Darwisy.

" Eh abang Darwisy. Eleh, Qalish tahu abang tipu. Abang ni, tadi waktu kak Edrin sorang-sorang tak pun temankan. Sekarang bila Qalish dah temankan datanglah pulak kacau daun. Saja lah tu. " perli Qalish.

" Suka hati abanglah nak dengan kak Edrin atau tidak. Qalish tu baru je kenal kak Edrin, abang dah lama tau. Jadi, first come first serve lah. Hahaha. "

Qalish hanya mencebik apabila mendengar penyataan abangnya. Edrin yang melihat pertelingkahan kecil antara Darwisy dan Qalish hanya mampu ketawa dan tersenyum. Dirinya sudah lama tidak berada dalam situasi sebegini semenjak berlakunya peristiwa hitam itu.

Papa dan bondanya Qalish dan Darwisy tersenyum apabila melihat adegan-adegan antara putera dan puteri mereka dengan Edrin. Sudah lama rumah ini tidak menjadi seceria itu sejak hati Darwisy terluka.

" Abang, tengoklah anak-anak awak dengan si Edrin tu. Sejuk hati Qaseh tengok. " ujar Datin Qaseh Qaira.

" Yelah Qaseh. Dah lama rumah ini tak seceria ini dulu semenjak Darwisy terluka. Sejak itu, Darwisy selalu menyibukkan dirinya dengan kerja. " jawab Datuk Megat Qaiyan Danial.

" Abang tengoklah Darwisy. Baru-baru ni Darwisy semakin berubah menjadi yang periang macam dulu-dulu. Qaseh bersyukur sangat Edrin hadir dalam hidup Darwisy. Abang fikir Edrin tu sesuai tak dengan Darwsiy? Lagipun, Qaseh tengok Darwisy bukan main lagi cuba rapat dengan Edrin tu. "

" Haha.. Qaseh, Qaseh. Kalau Qaseh dah berkenan sangat kat Edrin tu, apatah lagi abang. Edrin tu baik budaknya. Jarang nak dapat menantu macam tu sekarang. Kalau lambat akibat melepaslah kita. Edrin tu, prestasi kerja baik, orangnya cantik, mengikut perintah agama, hormat orang tua dan macam-macamlah. Sangat berbeza dengan Raihana Qaisarah dulu. Kalau tak ada dialah kan, memang syarikat kita, M & P Holdings tu susah nak dapat projek terutamanya projek mega. Abang pun rasa Darwisy dah terpikat kat budak tu. "

" Jadi abang setujulah ni? Qaseh dah lama dah setuju, nanti abang je lagi. "

" Kalau abang, bukannya setuju tapi hari ini juga abang hantar rombongan tau! Tapi, Qaseh kan tahu Darwisy tu tak suka kalau kita masuk campur hal dia terutamnya hal macam ni. Kita nanti Darwisy bagi green light dulu barulah kita hantar. Biar dia uruskan sendiri dahulu. Nanti-nanti barulah kita masuk campur. "

" Haih, betul cakap abang. Kita berserah padah Allah S.W.T je lah. Tapi, Qaseh yakin Edrinlah sebahagian daripada tulang rusuk Darwisy. Qaseh dapat rasa, bang. " ujar Datin Qaseh Qaira dengan yakinnya.



*Jadikah Datuk Megat Qaiyan Danial dan Datin Qaseh Qaira menghantar rombongan meminang?*
- Nantikan jawapannya nanti -


This entry was posted on Tuesday, December 4, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply