Hati Ini Untuk . . . 4



" Hai sayang! Rindulah ngan awak." ujar Hakimi.

Edrin yang sedang menyiram bunga di halaman rumah tersentak mendengar teguran Hakimi.

" Oh pocot hantu berlari! Ish! Eh! Abang Kimi rupanya. Lain kali berilah salam. Abang Kimi ni saja tau nak kenakan orang." 

" Hahahaha... Hantu pandai berlari eh? Tak tahu pula abang. "

" Abang Kimi buat apa sini? Ayah dan ibu tak ada di rumah. Mereka pergi bandar tadi. Esok baru pulang."

Hakimi Yazir. Jejaka yang boleh tahan paras rupanya dan seiras seperti Dennis Trillo. Walaupun menjadi jejaka idaman setiap wanita di kampungnya, tetapi hatinya hanyalah untuk seorang wanita yang telah lama bertakhta di hatinya. Ya. Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah adalah wanita yang sudah lama didambakannya. Bukannya dia tak pernah cuba untuk menyampaikan perasaannya terhadap Edrin, tetapi sudah banyak kali dan pelbagai cara dia gunakan untuk menyampaikan perasaannya terhadap Edrin. Edrin Sazlina seolah-olah tidak faham akan apa yang cuba disampaikan olehnya selama ini.

Nah. Saya beri pembaca gambaran Hakimi Yazir.
 Acano? Hensem tak?  Hehe

Tetapi, tahap kesabarannya pada hari itu untuk memiliki Edrin telah habis. Dirinya tidak dapat menahan kehendak hatinya yang sudah lama terpendam. Syaitan mula membisik di telinganya dan cuba menghasut hati dan fikirannya untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkauan. 

" So you're alone right now, huh?" soal Hakimi.

" Yup. Kenapa abang Kimi tanya? Eh, abang nak air tak? Edrin boleh tolong buatkan."

" Nothing. Just asking. Err, boleh juga. Abang pun haus ni. "

" Okay. Abang nanti kat luar sini eh. Edrin masuk buatkan air buat abang kejap."

Edrin melangkah masuk ke dalam rumah. Hakimi hanya memandang susuk tubuh Edrin yang melangkah masuk. Hasutan demi hasutan telah dilemparkan oleh syaitan yang bertapak di telinganya. Jiwanya seakan-akan sudah dirasuk oleh makhluk tersebut. Tanpa disedari olehnya, kaki Hakimi membawa dirinya masuk ke dalam rumah Edrin Sazlina. Dirinya seakan tidak sedar akan tindakannya. Melihat susuk tubuh Edrin yang sedang menyiapkan minuman, syaitan semakin galak menghasut dirinya.

' Hei Hakimi, yang kau dambakan selama ini sudah terhidang di depan mata. '

' Tapi, a..ak...aku tak nak paksakan dia macam ini. '

' Hahaha... Hakimi.. Hakimi... Kau ni memang seorang lelaki yang bodoh! Sampai bila kau nak tunggu? Hei, kalau kau tunggu pun, agak-agaknya nanti-nanti dia jumpa lelaki lain. Kau dah takda makna lagi dalam hidup dia. '

Hakimi diam sejenak. Hati dan fikirannya cuba untuk melawan hasutan-hasutan yang telah dilemparkan ke dirinya. Perasaan suka dan cinta yang berkobar-kobar dalam dirinya terhadap Edrin tidak dapat dielakkan.  Baginya, memaksa Edrin hanyalah tindakan yang bodoh dan mungkin akan merosakkan hubungan mereka. 
Tetapi, apa yang dikatakan adalah benar. Sampai bila dirinya ingin menanti? Hakimi bimbang Edrin akan menemui jejaka lain. Sungguh, dirinya ingin sekali memiliki wanita itu. 

' Hakimi! Ini sahajalah peluang kau. Satu-satunya cara kau dapat memiliki dia. Kau tunggu apa lagi? Tapikan, hahaha. Aku hairanlah. Kau kan jejaka idaman para gadis kat kampung ni. Kenapa dia ni lain eh? Hah, mungkin kau ni tak cukup bagus dan tak layak bagi dia. '

Hakimi berasa tercabar akan bisikan makhluk yang satu itu. Egonya sebagai lelaki tercalar. Sungguh! Belum ada perempuan yang menolak perasaannya. Jika ditawarkan, pasti semua sudi dan menerimanya dengan mudah. Bahkan ada yang sudi menawarkan dirinya sendiri. Tetapi, sungguh berbeza apabila dengan Edrin Sazlina. Edrin seakan-akan menolak perasaannya. 

' Arghh! Ini tak boleh jadi! Apa-apa pun, Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah harus menjadi milik aku! '

Kini, seluruh jiwa Hakimi seolah-olah dikuasai oleh syaitan. Dirinya sudah tidak peduli lagi, memiliki Edrin adalah perkara yang utama dalam hidupnya. Baginya, Edrin hanyalah hak miliknya seorang. 

Sedang Edrin menyiapkan minuman, dirinya dapat merasakan seseorang sedang berdiri di belakangnya. Tiba-tiba..............

" Ahhhhh! " Edrin terkejut. Gelas yang baru dipegangnya tadi jatuh.

" Shhhh..Shhhh...Shhhh... Edrin, sayang tahu tak. Abang dah lama tau sukakan sayang. " ujar Hakimi.

Hakimi bagai tidak sedarkan dunia. Dirinya sedang memeluk erat Edrin dari belakang. Sudah lama dirinya inginkan berbuat sebegitu terhadap Edrin. Edrin yang terkejut dengan tindakan Hakimi berasa takut. Edrin merasakan Hakimi yang sekarang lain daripada yang selalunya.

" A...a...ab.. aban..... abang Kimi buat apa ni?! Lepaskan Edrin! Abang............. "

" Edrin tahu tak abang dah lama inginkan Edrin. Semua yang ada pada Edrin telah berjaya memikat hati abang. Kenapa? Why?! Kenapa Edrin selama ini tidak sedar akan abang?! " Tengking Hakimi. 

Edrin berasa takut. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Pelukkan Hakimi semakin erat dirasakan. Edrin cuba melepaskan dirinya dari Hakimi yang semakin menggila. Edrin menyiku perut dan memijak kaki Hakimi dengan sekuat hatinya. Akhirnya, pelukkan Hakimi terlerai. Terdengar Hakimi mengaduh sakit. Edrin cuba melarikan diri ke luar rumah untuk menyelamatkan diri. Tetapi belum sempat Edrin ingin keluar, Hakimi lebih pantas bertindak. Tangan Edrin direntap dan ditarik dengan sekuat hatinya. Tubuh Edrin yang sememangnya molek terdorong ke dada bidang milik Hakimi. 

" Edrin sayang, kenapa main kasar dengan abang. Abang kan dah baik-baik dengan Edrin. "

Edrin sekali lagi cuba untuk melepaskan diri. Dengan kudrat yang ada pada dirinya, Edrin menolak badan Hakimi dengan sekuat-kuatnya. Sekali lagi Edrin berjaya melepaskan diri.Edrin berlari menuju ke pintu utama tetapi malangnya, Edrin terjatuh. Dilihatnya Hakimi menghampiri dirinya. Edrin cuba untuk bangkit, tetapi gagal. Kakinya sakit akibat jatuh tadi. Edrin hanya mampu mengesot ke belakang. Hakimi semakin mendekati dirinya. Akhirnya, tiada lagi ruang buat Edrin untuk melarikan dirinya. Dirinya panik dan tubuhnya tersandar di dinding. 

" Aba... abang... abang Kimi, tolonglah jangan buat Edrin macam ni. I beg you. " pinta Edrin dengan suara yang sayu.

Hakimi masih lagi termakan bisikan iblis. Dia mencangkung di hadapan Edrin. Bibirnya mengorak senyuman sinis.

" Edrin ingat abang lepaskan Edrin cam tu sahaja? In your dreams, Edrin. Tadi abang minta baik-baik, Edrin tak nak. Sekarang main cara kasar pulak. Tapi takpa. Abang kan baik dengan Edrin. " 

Tangan Hakimi mengelus lembut pipi Edrin, lama. Hakimi semakin leka dengan perbuatannya. Kemudian, tangannya bermain di bibir Edrin. Bibir Edrin yang memang sedia lembab dan merah itu seakan-akan menggodanya. Jiwa lelakinya berkocak dengan hebatnya. Wajah Hakimi semakin lama semakin dekat dengan wajah Edrin. Hakimi memagut bibir Edrin dengan rakusnya. Edrin bagaikan lemas diperlakukan sebegitu. Edrin cuba untuk menolak tubuh Hakimi. Hakimi semakin panas diperlakukan sedemikian. Dia melayangkan penamparnya ke pipi mulus Edrin. Hanya dengan satu tamparan, Edrin terkulai layu. Bibirnya mengalirkan cecair yang hangat. Selendang yang terletak di kepala Edrin direntap dengan tangan sasanya. 

Apabila terpandangkan aurat yang sering dijaga oleh Edrin, nalurinya semakin membuak. Hakimi membawa tubuh Edrin ke sofa. Dirinya menindih tubuh Edrin. Edrin hanya mampu merayu ke Hakimi dengan lemah. Kudratnya sudah tiada setelah dikasari oleh Hakimi. Hakimi semakin tidak waras. Baru sahaja tanganya ingin merentap blaus Edrin, suara kawan baik Edrin, Quratu Adrina, menyedarkan dirinya dari perbuatannya. Hakimi berasa panik apabila melihat keadaan Edrin Sazlina. Pantas dia melarikan diri menggunakan pintu belakang rumah Edrin. 


' Aik? Mana pulak minah ni. Selalunya aku panggil macam kilat je berlari keluar. Dia ni jalan ke? Tapi, kenapa pulak sandal kegemaran minah ni ada kat sini? '

Quratu yang berasa hairan apabila panggilannya tidak dijawab berniat untuk membuka pintu rumah tersebut.

' Haih! Tak boleh jadi ni. Pintu tak berkunci. Nak jemput masuk pencuri ke. Nasiblah aku yang masuk.'

Sebaik sahaja Quratu memasuki rumah Edrin, alangkah terperanjatnya melihat teman baiknya menangis teresak-esak ditambah dengan keadaan Edrin. Quratu pantas meluru ke arah Edrin.

" Ya Allah! Edrin! Apa yang jadi kat kau, Edrin? What happen? Astaghfirullahalazim. "

" A...a...a...a......a...a..ak...aku hampir di...di..di...dipe.....diper....diperkosa, Quratu. "

Quratu yang terperanjat dengan penyataan yang keluar dari bibir Edrin pantas memeluk Edrin untuk menenangkan perasaan Edrin. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui gerangan yang tega memperlakukan kawannya seperti ini.

" Siapa berani buat macam ni kat kau, Edrin? Jawab. Jawab pertanyaan aku. Answer me! Biar aku laporkan ke polis "

" Ja..Jangan, Quratu! Don't! Please don't! Aku tak nak cerita ini heboh kat kampung ni. Aku tak nak susahkan ayah dan ibu aku. Biarlah hal ini antara kita berdua saja. "

" Astaghfirullahalazim, Edrin! Perkara ni tak boleh dibiarkan macam tu sahaja. Orang yang buat macam ni kat kau harus mendapat balasannya! Justice must be served! You can't let that pervert freelance in public! " Marah Quratu. Dia tak faham akan Edrin yang membiarkan pelakunya bebas di luar.

" Quratu, kau tak akan percaya jika aku cakap siapa pelakunya. Dia....Dia........Dia........... "

" Siapa, Edrin? Who? Who is that man? Tell me! Aku akan caya kata kau. Cayalah.. "

" Th...Tha....That man is abang Kimi. Hakimi Yazir. Dia yang cuba untuk meragut kesucianku. A..aku tak sangka dia samggup lakukan macam ni ke aku. Lelaki yang selama ini aku percaya, yang sudah aku anggap macam abangku sendiri tega melakukan hal ini ke aku. Aku tak sangka.........."

" WHAT ?!  Ha...Haki...mi.... Hakimi Yazir maksud kau? That guy? Abang Kimi? Aku fikir selama ni dia............" 


Sejak berlakunya peristiwa itu, Edrin telah meminta kebenaran ayah dan ibunya untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Dirinya tidak sanggup tinggal di situ. Quratu yang memahaminya mengajak Edrin tinggal serumah dengannya supaya selamat. Quratu tahu bahawa Edrin masih lagi trauma dengan kejadian itu. Sejak hari itu juga, Hakimi Yazir menyesal akan perbuatannya yang bodoh. Dia menyesal kerana terpedaya dengan bisikan iblis. Separuh jiwanya terbang apabila mendengar berita tentang perpindahan Edrin ke Kuala Lumpur. 

Namun, cinta tetap cinta. Edrin tetap menjadi wanita kesayangannya. Walaupun banyak wanita beratur-atur untuk menjadi pasangannya, Hakimi tetap nekad akan memenangi balik sekeping hati milik Edrin Sazlina dengan pelbagai cara sekalipun. Sekarang, impiannya untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya telah tercapai. Dirinya juga sudah mempunyai syarikat sendiri yang sedang maju. Tapi, setelah melihat adegan 'mesra' antara Edrin dengan seorang lelaki beberapa hari yang lepas, hatinya terasa panas. Dirinya harus bertindak dengan pantas. 

' I won't let you go that easy, Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah. Kau hanyalah milik aku seorang. Only mine! Aku takkan biarkan kau jatuh ke tangan orang lain. Mungkin rancangan aku gagal kali ni, tapi tak bermakna aku gagal selamanya. ' Hakimi tersenyum sinis apabila mengenangkan rancangannya. Kali ini, dia akan pastikan Edrin akan menjadi miliknya seorang.





*Apakah rancangan yang dimaksudkan oleh Hakimi Yazir?*
*Berjayakah dirinya menakluki sekeping hati milik Edrin Sazlina?*
- In Syaa Allah saya akan hambur-hamburkan jawapan dalam bab-bab akan datang. - 
- Hehehe -








This entry was posted on Friday, November 30, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply