Hati Ini Untuk . . . 3


Courtesy Of Mr. Google


' Huh..... Agaknya nasib aku bekerja di sini sepanjang hayatlah jadinya. ' Edrin Sazlina mengeluh.

Edrin hanya memakai pakaian yang ringkas untuk ke pejabat. Baginya, fesyen tidak penting tapi keselesaan dan pakaian yang menutup aurat adalah keutamaannya. Sejak dari tadi, hatinya resah mengenangkan Megat Qaiman Darwisy. Berada di bawah bumbung yang sama dengan lelaki itu sungguh menyesakkan hatinya. Jika diikutkan hatinya, ingin sahaja dia tidak datang ke pejabat ini untuk selamanya. Tetapi, ugutan yang dilontarkan oleh Darwisy semalam sering kali bermain di telinganya;

“Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah.... Kalau kau tak nak aku apa-apakan kau, kau harus bekerja balik dalam syarikat tu. Kalau kau tak datang esok, aku tahulah nak buat apa dengan kau.”

Edrin Sazlina terus menapak masuk ke ruangan kerjanya. Sengaja Edrin datang awal kerana tidak ingin menghadap muka bosnya itu. 

Megat Qaiman Darwisy tiba di perkarangan pejabatnya dengan kereta kesayangannya, Chevrolet Camaro ZL1 . Tujuan utamanya pada hari ini adalah untuk mengesahkan Edrin Sazlina masih lagi bekerja dibawahnya. Darwisy melangkah dengan gayanya. Tidak dinafikan lagi muka miliknya mampu membuat semua wanita cair dan tergoda. Sebaik sahaja sampai di tingkat 20, destinasi pertamanya adalah pejabat Edrin Sazlina. 

Chevrolet Camaro ZL1
"Kan elok macam ni. Kau ikut cakap aku, aku layankan kau dengan baik." ujar Darwisy.

"Oh pocot mak kau gila! Kus semangat! Tuan ni kenapa?! Main sergah! Tak pandai ketuk pintu ke?"

Hampir terhambur gelak ketawa Darwisy namun ditahannya untuk mengelak imej garangnya terjejas.

"Ehem.... Sorry. Lain kali aku ketuk. Terima kasih sebab datang kerja hari ini. Dah, kau boleh sambung balik kerja kau."

Megat Qaiman Darwisy melangkah keluar menuju ke ruang kerjanya. 

' Aik? Pelik Datuk Singa tu kali ni. Selalunya marah bagai nak runtuh bangunan.'

Darwisy termenung sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Wajah yang menggetarkan hati lelakinya sering kali terbayang di ruang mata. Wajah mulus yang putih susu itu, dapat membuatkan setiap lelaki yang memandangnya jatuh suka dengan pemilik wajahnya. Mempunyai susuk tubuh  yang sederhana tinggi dan kecil molek. Semua ciri yang ada pada empunya tubuh tersebut dapat membuatkan mana-mana kumbang datang hinggap. Jantung Darwisy berdetak dengan kencangnya apabila membayangkan Edrin Sazlina. Tak pernah dirasakan jantungnya bertindak sebegini sewaktu dia bersama dengan Raihana dahulu.

' Aduh! Wahai jantung, kenapalah engkau berdetak dengan kencangnya bagai nak meletup sudah. Tak mungkin aku dah ...................... Argh! Tak mungkin! Tak mungkin!' 


Jam sudah menunjukkan pukul 1. Telefon bimbit milik Edrin menyanyikan lagu Here We Go Again oleh Demi Lovato.

" Assalamualaikum. Dah sampai dah? "

" Waalaikumusalam. Aku lama dah sampai. Hah, sempat lagi aku buat taik mata nanti kau. Cepatlah turun. Aku dah lapar ni! " jawab Quratu Adrina.

"Hahaha.... Hebat lah kau! Dapat buka kilang nanti. Jadi jutawan taik mata!"

"Ish! Kau ni, cepatlah, kang aku tinggal kau kat sini nanti. Nak ke? Kahkahkah"

"Okay. Okay. Aku turun sekarang. Kau belanja ek. Haha. Assalamualaikum "

"Hah. Yelah. Yelah. Nasib baiklah kau ada kawan yang berhati baik lagi suci ni. Waalaikumsalam"

Edrin Sazlina hanya mencebik apabila mendengar pujian Quratu Adrina. Tahulah dia kawannya yang sorang tu suka angkat bakul sendiri. Dia pun apa bezanya. Hahaha.......

Edrin Sazlina dan Quratu Adrina menjamu selera di kedai makan yang berdekatan. Mereka lebih suka makan di sini berbanding dengan kedai yang lain. Apa bezanya? Semua sama je.
Sedang Edrin memilih hidangan, dirinya terasa seperti seseorang sedang memerhatikan tingkah lakunya. Edrin meninjau sekitar kedai itu, tiada sesiapa sedang memerhatikannya tetapi firasatnya sangat kuat seperti menyatakan seseorang sedang memerhatinya.

' Mungkin firasat je kot. Takda orang pun tengok badan aku yang cun ni. Haha '

Quratu hairan dengan Edrin yang tiba-tiba ketawa.

" Hoi, kau kena sampuk hantu eh? Macam orang gila pun ada aku tengok kau." ujar Quratu

"Eeee! Sedap-sedap dia aja cakap orang cam tu. Engkau pun apa bezanya dengan aku. Ertinya kita dua ni sama-sama gila lah agaknya. Hahaha.... "

" Eleh. Dia yang ketawa cakap orang pula. Dahlah. Lebih baik aku makan daripada layan kau yang gila ni."

Darwisy melangkahkan kakinya ke kedai makan. Ditinjaunya sekeliling kedai tersebut. Wajah yang dicarinya tadi menyapa matanya. Niatnya ingin mengajak empunya badan tersebut makan bersama. Walaupun dirinya benci akan kaum hawa, tetapi entah mengapa dirinya seakan tertarik dengan wanita itu untuk mengenali diri tersebut dengan lebih mendalam.

" Errr.... Edrin, saya join boleh? Lagipun bosanlah makan sorang-sorang." Tegur Darwisy.

" Uhuk.. Uhuk.. Err.. Bo..Boleh..  Quratu kau tak kisahkan?" Soal Edrin.

" Aku tak kisah sangat. Asalkan dapat makan sudahlah! Eh, Edrin, ni bukankah datuk si........."

Belum sempat Quratu menghabiskan ayatnya, Edrin terlebih dahulu menutup mulut kawannya. Edrin menghadiahkan pandangan yang tajam terhadap Quratu. Quratu dilihatnya hanya tersengih seperti kerang busuk. Darwisy kelihatan terpinga-pinga. 

" Hehehe.. Silakan duduk tuan. Jangan hiraukan teman saya yang gila ni. Tuan orderlah."

Darwisy tersenyum selepas mendengar bicara Edrin. Entah mengapa hatinya seakan gembira apabila Edrin sudi menemaninya makan. Eh, menemani kah?? 

Edrin Sazlina terpempan apabila melihat senyuman menghiasi wajah jejaka idaman malaya itu. Sejujurnya, wajah itu jarang sekali bahkan tak pernah dihiasi senyuman. Setiap hari hanyalah kelihatan wajah yang garang dan serius. 

' Mamat ni terkena sawan ke? Tiba-tiba pulak tersenyum di sini. Tapi.... Takpalah juga. Nasiblah dia punya killer smile tu elok. Kalau tak.... Hahaha ' Edrin tergelak-gelak mengenangkan monolognya sebentar tadi. 

Perlakuan Edrin telah mengundang banyak mata untuk memerhatikannya. Darwisy seakan-akan terpegun akan Edrin. 

" Ehem...Ehem... Korang berdua ni dah tangkap cintan ke? " Soal Quratu.

Masing-masing tersedar daripada lamunan apabila suara Quratu memecah kesunyian. Edrin tertunduk malu apabila Quratu menyoal dirinya dan Darwisy. Mukanya mengeluarkan blusher semula jadi . Darwisy hanya tersenyum dengan manisnya sehingga menampakan lesung pipitnya apabila mendengar soalan Quratu. Senyumannya makin lebar apabila melihat wajah Edrin yang bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi tomato. Eh?? Haha...

Tanpa disedari oleh Edrin Sazlina, sepasang mata milik seorang arjuna sudah lama memerhatikan tingkahnya. Hatinya panas apabila melihat adegan 'mesra' itu. Tidak disangkanya rancangannya kali ini gagal. Arjuna tersebut mengumpal lalu menghempaskan tangannya ke dinding. Perasaannya ingin memiliki Edrin Sazlina semakin membara. 

' Kau bernasib baik Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah. Lain kali jangan harap aku lepaskan kau.. '



*Adakah sekeping hati milik Megat Qaiman Darwisy sudah terpaut pada Edrin Sazlina?*
*Siapakah arjuna yang ingin sekali memiliki Edrin Sazlina?*
- Jawapannya akan terungkai dalam bab-bab yang seterusnya - 













This entry was posted on Thursday, November 29, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply