Hati Ini Untuk . . . 2


Courtesy of Mr. Google

Edrin Sazlina melangkah ke luar bangunan tempatnya bekerja dengan geram. Sungguh, Edrin berasa lebih lapang dan lega apabila menapak keluar dari bangunan itu setelah meletak jawatan. Sekarang, takda lagi yang akan menengkingnya, takda lagi yang akan memarahinya. Edrin kemudian menjerit kegirangan kerana telah terlepas dari seksaan.

“Yahoo! Aku dah bebas dari Datuk Singa tu! Tapi... Ah, takpa. Aku boleh pergi mohon kerja kat syarikat lain. Syarikat yang lebih memahami pekerja yang ‘mematuhi’ arahan macam aku ni. Hahaha.”

Sedang Edrin berjalan menuju ke tempat letak keretanya, tiba-tiba tangannya telah direntap kasar oleh seseorang. Semua harta benda milik Edrin di dalam kotak jatuh terburai di atas lantai.

“Aargh! Hoi! Kau ni kenapa hah! Suka hati bapak kau je main tarik tangan orang. Bukan muhrim lagi tu. Tengok tu! Sebabkan kaulah barang-barang aku jatuh bertaburan!” Jerit Edrin.

Tiada lagi panggilan ‘Tuan’ dari Edrin buat Darwisy. Sebaliknya telah bertukar ke panggilan yang kasar.

“Edrin Sazlina! Bila masa aku izinkan kau keluar dari pejabat? Belum tentu aku luluskan perletakkan jawatan kau tu!”

“Wei, aku tak perlulah minta keizinan kau untuk keluar dari pejabat. Kau bukannya sesiapa pada aku lagi. Dah lah! Aku nak pulang.” Edrin tersenyum sinis apabila memandang wajah Darwisy semakin merah menahan kemarahan.

Darwisy berasa geram apabila Edrin tidak mengendahkannya. Egonya sebagai seorang lelaki telah tercalar. Tanpa jangkauan Edrin, Darwisy segera menarik tubuhnya dengan kasar lalu menghumbankan tubuhnya ke dalam kereta miliknya. Edrin terpempan dengan tindakan berani mati bekas bosnya itu.

‘Nasiblah kereta aku ni luas sikit. Taklah sakit badan aku kena humban. Eh! Kenapa pulak aku fikir pasal ni sekarang!’

“K..Ka...Kau.. Kau nak buat apa ni?! Tepilah! Lepaslah!”. Tergagap-gagap Edrin menyoal Darwisy. Dia bimbang akan keselamatannya sekarang. Dia bimbang peristiwa yang pahit dahulu akan berulang lagi.

Darwisy tidak menjawab. Dia menindih tubuh molek Edrin yang elok terbaring. Tangan sasanya menguis pipi gebu milik Edrin. Kemudian, tangannya semakin galak memainkan peranan. Diusapnya pipi milik gadis itu dengan penuh perasaan. Naluri lelakinya berkocak dengan hebatnya apabila Darwisy berada dalam keadaan yang terlampau dekat dengan Edrin. Dadanya berdegup dengan kencang apabila memandang seraut wajah bujur sirih milik Edrin Sazlina. Megat Qaiman Darwisy tersedar dari lamunanya apabila Edrin bersuara.

“Tuan.. Tolonglah jangan buat macam ni. Saya..........” Edrin tidak dapat menyambung bicaranya. Setitik air mata jernih telah mengalir keluar dari tubir matanya.

Darwisy terpaku apabila melihat air jernih mengalir dari mata Edrin. Tetapi, dia sedar bahawa inilah kesempatannya untuk memanfaatkan situasi ini dengan mengugut Edrin Sazlina.

“Edrin Sazlina Binti Eddie Saifullah.... Kalau kau tak nak aku apa-apakan kau, kau harus bekerja balik dalam syarikat tu. Kalau kau tak datang esok, aku tahulah nak buat apa dengan kau.” Terang Darwisy.

Edrin hanya mengangguk dengan lemah. Sungguh, dia berasa sangat takut dengan situasi tersebut. Mahu saja dia menjerit tapi suaranya seolah-olah tersekat di celah kerongkong. Badannya terasa sakit apabila ditindih oleh badan sasa milik Megat Qaiman Darwisy.

Darwisy berasa puas hati apabila rancangannya berjaya. Segera dia menapak balik ke pejabatnya. Dia memegang dadanya. Dadanya masih lagi berdegup dengan kencang bagai nak meletup bila-bila masa. Sejak pertama kali jatuh cinta, jantungnya belum pernah lagi bertindak seperti ini. Adakah ini tandanya dia telah jatuh cinta?

‘Arghh!! Persetankan hal ini. Perkara ini hanyalah mainan perasaan. Hatiku ini sudah lama tutup untuk insan yang bergelar Hawa. Semuanya sama! Hanya tahu untuk menyakit hati orang sahaja!’ Darwisy bermonolog sendirian.

Apabila tiba di rumah, Edrin terus melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik. Air matanya mengalir dengan deras. Dia bersyukur kerana Darwisy tidak melakukan sesuatu yang tidak diingininya. Edrin trauma dengan perkara yang hampir berlaku terhadap dirinya tadi. Peristiwa sebegitulah yang telah membuat dirinya trauma dengan lelaki. Ya. Lelaki yang mula-mulanya rapat dan dipercayai olehnya suatu ketika dahulu tergamak memperlakukannya begitu. Hampir sahaja Edrin terkena, tetapi nasibnya yang baik telah menyelamatkannya dari peristiwa hitam tersebut. Akhirnya, Edrin terlelap dengan sisa air matanya.

Megat Qaiman Darwisy memandang langit sambil termenung. Matanya sering kali mengulang tayang peristiwa yang telah berlaku pada petang tadi. Bukan niatnya mahu memperlakukan Edrin begitu, tapi itu sajalah caranya untuk mendapatkan Edrin kembali bekerja dengannya.

"Darwisy.. Kenapa ni nak? Dari tadi asyik termenung saja bonda tengok. Ada apa-apa ke yang mengganggu fikiran Darwisy?" soal Datin Qaseh Qaira. 

Darwisy tersedar daripada lamunannya apabila ditegur oleh ibunya. Wajah yang masih anggun walaupun sudah berumur itu dipandangnya dengan tatapan yang penuh kasih. Salah satu kaum hawa yang dikasihinya selain dari adiknya.

" Eh, bonda. Tak sedar pula Darwisy bonda di sini. Tak ada apa-apalah bonda. Darwisy hanya sibuk mengenangkan perihal kerja kat pejabat. Papa mana bonda?" Bohong Darwisy.

" Papa kamu ada kat dalam bilik bacaan. Kamu ni macam tak kenal pulak dengan papa kamu yang suka membaca tu. Hah, bilik bacaan tu memang stesen dia lah tu."

Tergelak kecil Darwisy mendengar jawapan bondanya. Memang papanya minat meluangkan masa dengan bukunya jika bukan dengan bondanya. Sungguh, dia bangga dengan hubungan kasih ibu bapanya. Tapi, sayang sekali, kasih yang dilimpahnya terhadap wanita yang pernah bertakhta di hatinya dahulu telah disalahgunakan oleh wanita itu. Dia berasa dikhianati. Raihana Qaisarah. Ya. Wanita itulah yang berjaya menambat hatinya, yang berjaya bertakhta dan menjadi permaisuri hatinya pada suatu ketika dahulu. Dijunjungnya dengan penuh kasih dan sayang yang melimpah ruah, tetapi apa balasan yang dia dapat? 

Cintanya yang agung terhadap perempuan itu telah dikhianati oleh wanita kesayangannya. Apa yang paling menyakiti adalah wanita pujaannya itu telah curang dengannya malah Raihana telah curang dengannya dengan kawan baik Darwisy sendiri, Emir Mirhan. Tidak disangkanya lelaki yang selama ini yang menjadi tempatnya meluahkan perasaan tega menikam dirinya dari belakang. Lelaki yang telah menjadi kawan baiknya sejak dari zaman budak hingusan lagi. Sejak terbongkarnya rahsia itu, Darwisy tidak lagi berhubung dengan Raihana dan Emir. Entah apa jadi pun dia tak tahu. Yang penting, hatinya tidak akan disakiti lagi.

Datin Qaseh Qaira memerhatikan anak terunanya. Dia bimbang hati anak terunanya itu telah tertutup untuk insan yang bergelar wanita. Dia tidak sanggup melihat anaknya dibungkam dengan kesedihan yang telah melanda Darwisy semenjak bekas wanita pujaan anaknya dahulu membuat hal. Dirinya juga tidak menyangka bahawa Emir Mirhan, lelaki yang pernah dianggapnya anak sendiri dahulu telah bertindak begitu. Tetapi, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Masa juga tidak dapat diputar kembali. Datin Qaseh Qaira hanya mampu berdoa semoga hadir seorang wanita yang berjaya membuka pintu hati anaknya yang telah lama tertutup dulu.


*Peristiwa apa pula yang telah membuatkan diri Edrin Sazlina trauma dengan lelaki?*
*Siapakah wanita yang berjaya membuka pintu hati Megat Qaiman Darwisy?*
- In Syaa Allah jawapannya akan terungkai dalam bab-bab seterusnya -

This entry was posted on Wednesday, November 28, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply