Hati Ini Untuk . . . 1

Inilah novel pertama saya dan inilah juga percubaan saya yang pertama dalam bidang menulis novel ini. Saya berharap coretan saya yang tak seberapa ini dapat menghibur hati dan diri anda. Jika tidak keberatan, sila beri pendapat anda tentang coretan ini. In Syaa Allah saya akan menyambung cerita ini lagi.

- Dhia Dzihni -
_______________________________________________________________________________

Courtesy of Mr. Google



Sinaran mentari pagi menerobos masuk melalui jendela. Quratu Adrina menapak masuk ke bilik kawan baiknya.
“ Hoi mak cik! Bangunlah! Dah pagi dah ni. Kau tak pergi kerja ke?”

Edrin Sazlina menggeliat malas.

“Alamak! Subuh aku terbabas lagilah. Eh, aku lupalah pulak, Akukan ABC hari ni. Hehe .”

Quratu hanya menggelengkan kepala apabila melihat reaksi Edrin.

“Hah! Tulah kau, tidur lagi akhir malam tengok cerita hantu. Kang tak pasal-pasal pulak hantu tu tidur dengan kau. Tak ke naya tu,”

“Ish kau ni, Quratu. Ada pulak ke situ jadinya. Eh! Sekarang ni dah pukul berapa?”.

Edrin melihat jam di tepi katilnya, sudah menjejak ke pukul 7:30 pagi.

 “Alamak! Aku dah lewat ni. Kau lah punya pasal, Quratu. Kenapalah kau tak bangunkan aku tadi. Kalau aku lambat sampai ni akibatnya nahaslah aku dengan Datuk Singa kat pejabat tu.”

Datuk Singa. Itulah gelaran yang diberi kepada bos Edrin Sazlina, Megat Qaiman Darwisy. Bukan main lagi nama, tapi perangai hampeh! Bukan bapa singa lagi gelaran, tapi terus dapat datuk.
Apabila sampai di pejabat, Edrin terus bergegas ke pejabatnya yang terletak di tingkat 20 bangunan yang megah itu. Nak berlenggang-lenggok menuju ke pejabat, alamatnya habis berasaplah telinganya mendengar ceramah percuma dari bos ‘kesayangannya’ itu.  Bukan Edrin tak tahu yang bosnya itu suka menengking semua pekerja bawahan, malah semua pekerja sudah masak dengan sikap bos mereka yang satu lagi itu.

Sebaik sahaja Edrin membuka pintu pejabatnya, satu badan tegap yang membelakanginya ditatap. Edrin berasa hairan dengan kehadiran makhluk Allah itu. ‘Bila masa pulak aku ada temu janji pagi ni?’

 “Well, well, well. Dah sampai dah Edrin? Dah berjanggut dah aku nanti kau sampai! Dahlah mengalahkan bos besar datang ke pejabat! Ingatkan pejabat ni bapak kau punya kah nak datang lewat!”

Edrin tersentak mendengar tengkingan daripada bosnya. Telinganya berdesing dan hatinya membara apabila bapa nya dikaitkan dalam masalah ini.

“ Tuan, kalau ya pun saya salah, jangan sesekali libatkan bapa saya dalam hal ini. Lagi pula saya mempunyai alasan yang munasabah! Tuan ni belajar je tinggi-tinggi, tapi otak takda langsung! Tahulah saya ni miskin dan bukan dari keluarga kaya lagi tu, tak payah lah nak menghina saya macam tu sekali!”

Darwisy pula membalas,“Hei perempuan! Kalau tak disebabkan ayah aku yang ambik kau bekerja di sini, tak sudi langsung aku nak menghadap muka kau. Aku pun tak inginlah ada pekerja bawahan macam kau ni!”

Edrin kehilangan kata-kata. Apa yang dilontarkan oleh bosnya tadi telah membuatkan dirinya marah dan terasa hina di mata lelaki itu.

“Baiklah! Kalau itu yang Tuan Darwisy mahu dari saya, saya letak jawatan sekarang juga! Saya pun tak ingin lah ada bos macam tuan ni! Langsung tak ada iman langsung! Yang tuan tahu hanya marah, marah dan marah sahaja.”

Edrin pantas mengemas barang yang berada di dalam pejabatnya. Apa yang berada di otaknya sekarang hanyalah ingin keluar dari bangunan yang banyak kali membuat hatinya sakit. Tiada guna lagi dia bekerja di bawah orang yang tak ada hati langsung. Lebih baik hidup menganggur daripada bekerja di bawah orang seperti itu. Bukannya sikit tawaran kerja di negara ini, tapi melambak!

Megat Qaiman Darwisy berasa bimbang. Tak disangka olehnya yang Edrin akan bertindak sedemikian. Bukan niatnya ingin Edrin meletak jawatan tapi dia hanya ingin mengingatkan kesalahan Edrin kerana telah datang lewat ke pejabat. Apa-apa pun dia harus menghentikan keputusan Edrin. Jika tidak, maka mampuslah dia sekiranya papanya tahu bahawa dia lah penyebab syarikat ini kehilangan aset yang berharga. Bukannya dia tak tahu yang papanya sangat sayangkan pekerja itu. Disebabkan dia lah, syarikat ini untung besar kerana Edrin selalu berjaya mendapat tender-tender untuk projek-projek mega yang boleh memberi keuntungan banyak untuk syarikat milik papanya itu.

Apa-apa pun, Darwisy nekad untuk menghalang Edrin pergi dari syarikat itu. Dia sedar bahawa sikapnya yang sering membuat pekerja di situ menikus hanyalah tindakan yang bodoh. Sikap itu wujud setelah kejadian yang pahit terjadi di dalam hidupnya dahulu. Disebabkan kejadian itu jugalah hatinya dan kepercayaannya buat kaum hawa lupus dan hilang. Bahkan, dia juga sudah tidak mempercayai sesiapa sahaja di dalam hidupnya.



* Apakah sebenarnya kejadian yang telah menutup hati Megat Qaiman Darwisy untuk kaum hawa?*
-Nantikan jawapannya dalam bab yang seterusnya-

This entry was posted on Tuesday, November 27, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply