Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Cerpen : Cukuplah Sekali

3 Comments »


" Aku terima nikahnya Azyan Liyana Binti Ikram dengan mas kahwinnya RM1600 tunai. "

Dengan sekali lafaz sahaja, Azyan telah sah menjadi isteri kepada Kamal Hijjaz. Jantung yang setia berdegup kencang tadi menjadi lebih rancak apabila melihat Kamal menghampiri dirinya yang bersimpuh di atas kusyen  putih gading. Sesuai dengan tema pernikahannya. Azyan hanya tersenyum hambar apabila melihat wajah ibu mertuanya yang berseri-seri menemaninya di tepi.

" Tunggu apa lagi tu, Yan. Sambutlah salam suami awak tu. " ujar Puan Ilya.

Azyan terus menyambut huluran tangan lelaki yang baru sah menjadi miliknya. Renungan tajam dari Kamal tidak diendahkan. Renungan dan senyuman bahagia dari tetamu-tetamu yang hadir pada hari 'bahagia' mereka cukup memuaskan hati pihak ramai kecuali seorang.

" Kau jangan berangan nak hidup bahagia dengan aku. "

Azyan tersentak apabila mendengar kata-kata Kamal. Tapi apakan dayanya hendak melawan. Hatinya cuba untuk memujuk dirinya agar tidak terasa. Semua ini adalah yang terbaik dia dapat lakukan. Bukan kehendaknya untuk menyeksa dan bukan kehendaknya mementingkan diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti, semua orang akan faham. Senyuman manis dihadiahkan kepada Kamal.

----

" Ibu! Kamal tak nak dia jadi isteri Mal! Ibu tolonglah faham. "

" Kamal, Azyan merupakan yang terbaik buat Kamal. Kamal nak apa lagi? "

" Kamal tak suka dia. Kamal tak cintakan dia! Dia pembunuh, pemusnah kebahagiaan orang ibu! "

" Kamal! Ibu tak pernah ajar Kamal kasar macam ni. Semua yang berlaku bukan salah Azyan! Itu semua takdir Allah, Mal. Kamal mesti terima hakikat akan apa yang terjadi dalam hidup Kamal. "

" Argh! Malaslah! Ibu dari dulu lagi berpihak belah Azyan sahaja. "

" Kamal! Jika Kamal tolak perjodohan ini, ibu tak akan anggap Kamal sebagai anak ibu lagi! "

Kamal berlalu pergi membawa hati yang sedang marah. Azyan yang bersembunyi di tingkat atas hanya mampu menitiskan air mata. Puan Ilya yang sedang menuju ke tingkat atas tersentak apabila melihat Azyan yang sedang mengesat air matanya. 

" Azyan, Yan jangan ambil hati dekat apa yang Kamal katakan. "

" Tapi ibu, dia tak akan pernah suka kat Yan. Yan kan pembunuh, pemusnah kebahagiaan orang. "

" Shh! Azyan bukan pembunuh atau pemusnah kebahagiaan siapa-siapa. Azyan merupakan orang yang paling baik ibu pernah jumpa tau. Tapi sayang Kamal tak nampak. Mungkin kita patut cerita dekat dia je Azyan. Biar dia sedar. "

" Ibu jangan! Ibu kan dah janji tak akan cerita kat sapa-sapa. Biar perkara nie jadi antara kita je, ibu. "

Puan Ilya menghadiahkan senyuman simpati buat Azyan. Begitu murninya hati Azyan sehingga sanggup memperjudikan diri sendiri untuk hidup Kamal. Ingin sahaja dirinya membongkarkan segala yang tersimpan tetapi janji tetap janji. 

----

4 bulan kemudian...

Azyan duduk termenung di ruang pejabatnya. Keluhan lemah dilepaskan. Pada hari ini, sudah masuk 4 bulan usia perkahwinannya dengan Kamal tetapi setiap hari ditemani layanan yang amat dingin diterimanya. Kamal Hijjaz. Suami sendiri yang melayan isteri sendiri dengan layanan yang dingin. Tidak ketinggalan juga setiap kata cacian yang dihamburkan buat dirinya. Pasrah merupakan perkataan yang sesuai buat dirinya.

Azyan mengerutkan dahinya, menahan sakit yang sangat menyeksakan sedang menyerang kepalanya. Botol ubat yang elok terletak di dalam beg tangannya dicapai lalu ditelan 2 biji ubat yang terkandung dalam botol tersebut. Sekarang, sakit yang dialami bagai tidak pernah hilang. Kerap kali menyerang dirinya. 

" Mungkin aku banyak sangat makan makanan yang berlemak kot. Maybe I should take a nap. "

Kamal menapak masuk ke ruang pejabat Azyan lalu mencari kelibat Azyan. Matanya berhenti mencari apabila meilhat susuk tubuh milik Azyan baring di atas yang berdekatan. Dengkuran halus menyapa telinga Kamal. Perlahan-lahan kaki Kamal melangkah ke arah sofa tersebut. Diperhatikan wajah isterinya yang sedang nyenyak melangkah ke alam mimpi. 

" Hmm, cantik tapi hati busuk. "

Tubuh Azyan mula menunjukkan tanda ingin bangkit dari tidur. Kamal yang tersedar akan ketelanjurannya mengeluarkan suara terus berdiri menjauhi tubuh isterinya. Azyan yang terbangun mendengar suara Kamal menenyeh matanya. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Kelibat Kamal menyapa retina matanya. 

" Err, awak buat apa kat sini? "

" Tahu pun bangun. Ingatkan tak reti nak bangun tadi. Aku nak jemput kau lah. Ibu ajak makan malam kat rumah. Cuba kau tengok sekarang ni dah jam berapa. "

" Ma... maaf. Kepala saya sakit sangat tadi, tu yang tidur tu. "

" Kau memang ada banyak stok alasan kan? Sama macam dulu juga. Dahlah, cepat sikit. Aku tunggu kat dalam kereta. "

Azyan hanya menunduk apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Kamal. Hampir saja air jernih gugur di depan Kamal. Tapi ditahannya, tidak ingin nampak lemah dan menunjukkan kepedihan yang beraja di hati. Segera senyuman hambar dihadiahkan kepada Kamal. Kamal yang melihat hanya menjeling tajam lalu berlalu pergi menghempaskan pintu pejabat Azyan sehingga berdentum bunyinya. Keluhan berat dilepaskan. Azyan terus mengemas barangnya.

----

Wajah Puan Ilya berseri-seri menyambut anak dan menantunya. Rindunya yang berminggu-minggu ditahan akhirnya terlepas juga melihat wajah wanita di sebelah anaknya. Jelas kelihatan kesedihan dan keletihan di wajah Azyan. 

" Assalamualaikum ibu. Maaf tak dapat jenguk ibu kebelakangan ini. "

" Waalaikumsalam. Takpe tu. Tengok Azyan saja dah cukup. Hah kamu ni Kamal, kenapa tak selalu bawa Azyan balik rumah ibu? "

" Takde masa, ibu. " 

Kamal terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan muka masamnya. Azyan yang melihat perubahan di wajah ibunya terus senyum dengan cerianya. Hatinya menyatakan bahawa ibunya pasti terasa dengan sikap anak lelakinya itu. Semuanya berpunca dari dirinya. Sejak pernikahan mereka hari itu, hubungan Kamal dengan ibunya semakin renggang. 

" Emm, ibu. Jom masuk. Ibu mesti masak sedap-sedapkan untuk menantu ibu yang tersayang ni. "

" Hah? Oh ha ah. Jom masuk. Azyan makan puas-puas ye. Sekarang ni, ibu tengok Yan makin kurus pulak. Ada apa-apa masalah ke? "

" Eh, takdelah ibu. Semua baik-baik saja. Azyan banyak kerja kot dekat pejabat. Sebab tu lah. "

Puan Ilya hanya mengangguk. Tak ingin melanjutkan perbicaraan mengenai rumah tangga anaknya. Tumpah rasa kasihnya kepada Azyan. Bukannya dia tidak sedar anaknya sangat dingin dengan menantunya. Semuanya hanya kerana salah faham yang berlaku di masa yang lalu. Tak semena-menanya Azyan dituduh sebagai pembunuh dan pemusnah kebahagiaan. 

Seusai makan malam, Azyan menapak ke atas menuju ke bilik tidur. Sakit kepalanya makin kerap menyerang dirinya sekarang. Seperti biasa, ubat painkiller menjadi teman ketika sakit. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, wajah Kamal menyapa pandangan. 

" Emm, awak dah mandi? Nak saya sediakan baju? "

" Tak payah. Kau tak payah nak baik dengan aku. Aku tak mudah terpedaya macam ibu. Kau luaran je cantik, tapi dalam siapa yang tahu kan? Menyesal aku kau jadi anak angkat dalam keluarga ni. "

" Kalau pun awak benci saya, tak payah nak hina diri saya. Saya ada maruah! "

" Ada maruah kau kata? Biar aku tanya, orang tu ada maruah ke kalau dia sanggup bunuh kawan baik sendiri? Ada maruah ke kalau dia tetap nak berlagak baik lepas kesalahan besar yang dilakukan? Ada maruah ke kalau sanggup khianati kawan sendiri merangkapkan tunang abang angkat dia? "

Azyan yang mendengar luahan Kamal terus terdiam dan menunduk. Dia tahu topik ini pasti akan diungkit. Ungkapan yang pasti akan menutup mulutnya daripada terus melawan. Sebak di hati makin terasa diiringi denyutan kuat di kepalanya.

" Huh! Kenapa diam? Betullah kan? Oh, aku tahu. Pesalah mana lah yang nak mengaku kan? "

Kamal hanya menghadiahkan senyuman sinis kepada Azyan. Bunyi pintu tandas berdentum dengan kuatnya apabila dihempas oleh Kamal. Air jernih terus gugur dari tubir mata miliknya. 2 biji painkiller ditelannya dengan sisa esakan halus. Sejak petang tadi migraine kerap kali menyerang, malah sejak Kamal menghamburkan amarahnya tadi, sakit itu makin perit dirasakan.  

----

" Kau ni dahlah pembunuh, perempuan gatal lagi tu! "

Azyan yang sedang dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas lunch bersama dengan klien tersentak apabila mendengar jeritan Kamal. Azyan hanya mengerling melalui ekor matanya lalu terus menyambung perjalanannya.

" Huh! Dah memang hati tu busuk kan, semuanya busuk. "

Sebaik sahaja ungkapan tersebut menyapa halwa telinga Azyan, terus badannya berpaling ke arah Kamal. Kini, kesabarannya sudah tercabar kerana maruahnya terlibat sekali. Banyak kali hatinya mengungkapkan istighfar bagi meredakan amarah yang sedang melanda.

" Awak nak apa lagi? Tak habis-habis nak caci saya! "

" Dah terang-terang kau makan dengan lelaki lain. Siap bergelak ketawa lagi. "

Kamal menghamburkan segala kemarahannya. Apabila melihat kelibat Azyan dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya, hatinya terus terasa hangat dan dipenuhi dengan kemarahan. Dengan renungan dari lelaki itu membuatkan dirinya tidak keruan. 

" Dia hanya klien. Bukan sesiapa. Tadi pergi lunch bincangkan pasal projek. "

" Alasan, alasan, dan alasan. Dahlah, malaslah nak cakap dengan penipu. "

Kamal terus melangkahkan kakinya melintas jalan raya dengan sisa amarahnya. Keadaan di sekeliling tidak dipedulikan lagi. Azyan yang memerhatikan Kamal terus panik lalu berlari ke arah Kamal dan menolak tubuh itu. Kamal yang tertolak itu tersungkur di tepi jalan. Sesaat kemudian, semuanya kelam.

----

Kamal tersedar dari pengsan selepas kepalanya terhantuk pada batu kecil yang terletak di tepi jalan. Perlahan-lahan Kamal membuka matanya. Terlihat Puan Ilya sedang duduk di sisi sambil memegang tangannya. Mata ibunya berkaca apabila melihat anaknya. Kamal memandang Puan Ilya, meminta penjelasan akan apa yang telah berlaku. 

Puan Ilya yang mengerti akan pandangan anaknya terus menggelengkan kepalanya. Esakan halus tadi kian menjadi lebih kuat menyapa pendengaran. Kamal memerhatikan sekitar ruang wad didiaminya. Kelibat Azyan tidak kelihatan. 

" Ibu, Kamal baik-baik saja. Ibu janganlah nangis. "

Puan Ilya hanya mengangguk tapi air matanya terus gugur dari pelupuk mata. 

" Ibu, err, Azyan mana, ibu? Dia tak sudi kan nak lawat Kamal? Maklumlah, dia kan kejam. "

" Kamal! Cukup, nak. Cukup! Azyan bukanlah seperti yang kamu sangkakan selama ini. Semuanya hanyalah salah faham. "

" A...apa maksud ibu? Azyan baik? Pembunuh kawan baik sendiri baik ibu kata? "

" Dia bukan seorang pembunuh! Sejak kejadian itu, Kamal terus menyalahkan Azyan atas apa yang berlaku sebelum Kamal siasat apa yang sebenarnya berlaku. "

Puan Ilya pun terus membongkarkan rahsia yang disimpannya selama ini kerana tidak tahan mendengar cacian yang dilontarkan oleh Kamal terhadap Azyan. Kamal yang mendengar segala penjelasan dari ibunya. 

----

" Wani, jangan bertindak terburu-buru. Ingat Allah, Wani! "

" Hey! Kau jangan nak tunjuk lagak baik sini. Disebabkan dia, keluarga aku pergi meninggalkan aku! AKu jadi sebatang kara di dunia ini! " 

" Wani, jatuhkan pisau tu. Puan Ilya tak salah. Perkara itu bukan kehendaknya. Kemalangan itu berlaku tanpa disengajai. Ini semua takdir Allah, Wani. Allah lebih sayangkan keluarga Wani. Kita sebagai manusia hanyalah berserah kepada Yang Esa sahaja.  "

" Azyan, Azyan. Orang tua ni dah hancurkan hidup aku! Disebabkan dia semua yang aku sayangi, semuanya pergi meninggalkan aku! Aku tak sangka ibu Kamal yang menyebabkan kematian ayah, ibu dan adikku. Kalau aku tak bertunang dengan Kamal, aku takkan tahu perkara ini. Sekarang, Kamal harus rasai apa yang aku alami selama ini! "

Wani, sahabat baik Azyan, terus menyerang Puan Ilya yang pengsan. Azyan yang sedar akan tindakan rakan karibnya itu terus menerkam tangan Wani sehingga melukakan lehernya. Sehinggalah suatu saat, Azyan  telah menolak tubuh Wani sehingga Wani terjatuh lalu menikam dirinya sendiri. Kamal yang baru tiba di tempat kejadian terus memarahi dan menuduh Azyan kerana telah menyebabkan kematian tunangnya, Wani. 

Azyan yang mendengar amarah dari Kamal hanya mendiamkan diri dan menyatakan kepada Puan Ilya suapaya menyimpan rahsia tersebut kerana dirinya tidak ingin Kamal menanam rasa benci terhadap tunangnya kerana ingin membalas dendam atas apa yang berlaku pada suatu masa dahulu.  

Kamal terus menggurgurkan air matanya setelah ibunya habis menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Tidak disangkanya selama ini dia telah salah menilai. Terlalu mencintai seseorang sehingga cinta itu membutakan matanya untuk menilai kebenaran.

" Kalau Mal perhatikan dekat leher Azyan, kesan luka daripada kejadian itu masih berbekas. Disebabkan Yan, ibu masih berada disini pada hari ini. "

" Maaf kerana mengganggu anda. Emm, Puan Ilya. Anak puan, Azyan Liyana sekarang sudah dalam keadaan stabil, cuma dia belum sedarkan diri lagi. Mungkin dia akan koma selama beberapa hari. Puan boleh pergi melawat pesakit sekarang. "

Puan Ilya terus mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T . Kamal yang mendengar kata-kata doktor tadi terus memandang ibunya meminta penjelasan. Puan Ilya menyeka air mata anaknya lalu memberi pandangan sayu.

" Azyan yang selamatkan Mal daripada kemalangan tadi, tapi malanganya sebagai ganti Mal, Yan pula yang terkena. Mal hanya cedera ringan sahaja sebab kepala Mal terhantuk dekat batu di tepi jalan. "

" Ya Allah, betapa berdosanya hambaMu ini. Astaghfirullahalazim. Ibu, Mal nak pergi jumpa dengan Azyan sekarang juga! "

----

Kamal terus mengusap pipi isterinya yang sedang bertarung nyawa dengan bantuan alat dan mesin. Tumpah air matanya melihat keadaan insan yang sering disakitinya. Betapa berdosanya dia kerana telah menyeksakan hidup isterinya sendiri. Kamal tidak dapat menahan sebak di dada lantas memeluk ibunya sambil menangis. Dalam hatinya, dia berjanji pisang tidak akan berbuah dua kali. Cukuplah sekali sahaja dia menyakiti hati Azyan. Tidak lama kemudian, doktor tadi kembali semula dengan wajah yang serius. 

" Maafkan saya, boleh saya bercakap sebentar dengan Puan Ilya? "

" Doktor, doktor boleh cakap apa yang doktor ingin sampaikan di sini saja. Tak apa, dia ni suami pesakit. "

" Baiklah, puan. Erm, pesakit ni ada tak mengadu sakit apa-apa kat puan dan encik? "

" Takda doktor. Cuma sekali, saya pernah tengok dia macam sedang tahan sakit dan muka dia pucat. Apabila saya tanya, dia mengadu bahawa kepala dia sakit. Tapi lepas tu, dia jarang dekat rumah, dia kata busy dengan schedule  kerjanya. "

" Baiklah. Saya harap puan dan encik bersabar sikit. Result CT scan pesakit baru sahaja keluar dan hasilnya menunjukkan bahawa pesakit menghidapi Astrocytoma grade 2 iaitu sejenis brain cancer. Dekat tahap ini, pesakit masih boleh dirawat dengan melakukan pembedahan. Selepas pembedahan pesakit haruslah menjalani kemoterapi dan radiasi. "

" Saya benarkan doktor buat apa sahaja asalkan dia selamat. "

Kamal semakin sebak mendengar pengakuan doktor. Tubuh Puan Ilya terus diraihnya ke dalam pelukan. Tangisan yang ditahan dilepaskan jua. Kamal tekad, dia akan menyayangi Azyan dengan sepenuh hatinya dan tidak akan mensia-siakan hidup Azyan.

----

" Rania! Jangan lari. Nanti jatuh. "

" Ibu, ibu! "

Azyan terus memeluk Rania. Rania yang gembira bertemu dengan ibunya terus memeluk tubuh Azyan dengan erat sekali. Kamal yang melihat terus memeluk Azyan dan Rania yang sedang berpelukkan. 

" Eee, kacau je baba ni. Orang tengah nak bersayang-sayang dengan ibu ni. "

" Alah, baba pun nak juga bersayang-sayang dengan ibu dan Rania. " 

" Eleh, baba lain kali je. Sekarang ni, biar Rania je dulu. "

Azyan hanya tersenyum melihat kerenah Kamal dan Rania. Sejak dirinya selamat menjalani pembedahan dua tahun yang lalu, Kamal bagaikan tidak pernah lepas untuk berada di sisinya. Apabila ditanya, Kamal menceritakan segalanya dan menyatakan khilafnya selepas mengetahui perkara yang sebenar. Selepas beberapa bulan kemudian, Kamal dan Azyan pun dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Rania Insyirah.

' Terima kasih, Ya Allah. '


Cerpen : Lara Yang Terpendam

2 Comments »




Aku hanya mendiamkan diri tatkala suara lantang abah bergema di seluruh ruang tamu. Hatiku meronta-ronta ingin mempertahankan diri. Apa salahku sehingga aku difitnah oleh kakakku sendiri? Sudah tiada kepercayaan lagi dalam diri abah terhadap aku?

" Ulfah Fa'idh! Abah tak sangka Ulfah buat perkara macam ni! "

" Abah! Ulfah memang dari dulu lagi macam ni! Nampak je baik, tapi macam ular! "

Aku tersentap apabila mendengar luahan Zara. Tanganku menggenggam kain. Sampai hati diri itu menuduh aku. Apa selama ini aku tak cukup baik sebagai seorang adik. Ingin sahaja aku menentang penyataan abah dan Zara, tapi mulutku terasa berat untuk dibuka. Seolah-olah suaraku tersekat di celah kerongkong.

" Tengok tu abah, Ulfah diam je. Memang benarlah dia ni macam tu. Diam bererti benar. "

" Kak Zara! Ulfah bukanlah seorang gadis macam tu! "

" Alah! Dah terang lagi bersuluh kau tidur dengan lelaki. Apa yang tak betulnya?! "

" Tapi... tapi.... Abah! Ulfah sumpah Ulfah tak buat. Ulfah difitnah abah! "

Abah mendengus kasar. Muka abah kelihatan bengis di mata. Mata abah mencerlung marah ke wajahku. Segera aku tundukkan wajahku. Tak berani menentang pandangan abah.

" Huh! Ulfah nak elak apa lagi?! Kan dah terbukti! Gambar tu menceritakan segala-galanya! "

" Abah! Ulfah sumpah, Ulfah sumpah Ulfah tak buat! "

Tangan abah hinggap di pipi kananku. Terasa perit apabila tangan itu menyinggah di pipi.

" Sekarang Ulfah dah conteng arang ke muka abah, baru cakap tak buat! "

" Abah... Ulfah..."

" Rupa je bertudung, tapi hati busuk! Abah menyesal ada anak macam Ulfah. "

"Abah......"

" Sudah! Mulai detik ini, Ulfah bukan anak abah lagi. Berambus kau dari sini! "

" Abah........"

Aku pantas menerpa ke arah abah. Namun, Zara lebih pantas menarikku keluar dari rumah. Sebaik sahaja tiba di pintu utama, Zara menolakku dengan kuat sehingga dahiku terhantuk pada pasu bunga yang elok terletak di tempatnya. Zara yang melihat hanya melemparkan pandangan sinis.

" Padan muka kau! Haha. Dah! Pergi mampus lah! Ibu kau nanti kat 'sana'. "

Tubir mataku terasa hangat. Sesaat kemudian, air jernih mula mengalir. Apalah nasib aku? Semua orang yang aku kasihi dan sayangi, semua meninggalkan aku. Mula-mula, ibu. Sekarang, abah. Jika ini yang Allah takdirkan, aku redha. Aku rela memendam lara ini.

***

Beberapa tahun kemudian....

Senyuman manis menghiasi bibirku. Sekarang, aku telah berjaya membina syarikat hasil titik peluhku sendiri. UF Home & Decor. Syukur aku ucapkan ke Allah. Selama beberapa tahun aku bertungkus-lumus untuk membina kejayaan. Sejenak kemudian, fikiranku mula menerawang ke arwah. Tubir mataku mula bertakung dengan air hangat.

' Ibu, Ulfah dah berjaya. Ibu pasti banggakan? '

Pintu pejabat aku diketuk. Aku pantas memberikan arahan masuk. Pasti klien yang datang. Aku masih sibuk dengan fail-fail yang bersepah di atas meja apabila mendengar derapan kaki melangkah masuk. Senyuman lebar aku terbitkan di mulut. Wajahku didongakkan untuk melihat gerangan yang datang.

Darah merah mula menyerbu wajahku. Lara di hati mula terasa. Wajah itu telah mengingatkan aku akan peristiwa itu. Peristiwa yang telah meragut kepercayaan abah terhadap aku. Peristiwa yang telah menyebabkan aku kehilangan tempat bergantung.

Tanganku mula bergerak ingin memanggil pengawal tapi lelaki itu pantas mencekup tanganku. Matanya tajam memandang wajahku yang sudah merah menahan marah.

" Ulfah, dengar dulu penjelasan saya. "

" Kau buat apa kat sini? Aku takda urusan dengan kau. "

" Ulfah, dengar dulu penjelasan Zayyan. "

" Hmph.. Aku takda masa nak dengar penjelasan kau yang mengarut. Sudah terlambat. "

" Ulfah, Zayyan mohon dengan Ulfah. Berilah peluang untuk Zayyan menjelaskan segala-galanya. "

" Dahlah Zayyan Faiq. Cukup sekali Zayyan lukakan hati Ulfah dulu. Ulfah mohon jangan ganggu Ulfah lagi. "

Pantas aku merentap tangan aku kembali. Laju langkahku membawa aku keluar dari bangunan milikku. Luka yang tersimpan lama di hati mula berdarah kembali. Kenapa dia harus muncul lagi? Tidak cukupkah perbuatannya dahulu? Aku pejamkan mata ku dengan rapat, mengharap semuanya hanya mimpi. Namun, segalanya hanya sia-sia. Dunia tetap sama. Aku terus membawa diri ke Taman Tasik Ampang Hilir.

Aku menekan punat nombor di handphone milikku. Ketiadaan aku di pejabat haruslah dimaklumkan kepada setiausaha. Segala perihal kerja boleh ditunda. Fikiran dan hatiku bercelaru. Jauh sekali ingin bekerja dalam keadaan ini, bimbang akan menganggu prestasi kerja.

Ais krim yang dibeli tadi dibuka bungkusan. Aku masih ingat akan kata-kata ibu. Setiap kali aku bersedih atau marah, ibuku pasti akan berada di sisi dengan membawa ais krim. Air jernih mula mengalir dari mataku.

" Ulfah sayang, jangan sedih lagi, nak. Ibu bawakan ais kirm kesukaan Ulfah. Makanlah. Sedap tau. Kalau Ulfah sedih, Ulfah makan ais krim ni. Orang kata, jika marah atau sedih, ubatkan dengan ais krim. Panas lawannya sejuk. "

" Ibu.... Ulfah rindu. Ulfah rindukan ibu. "

Ais krim kesukaanku aku jamah dengan sisa-sisa air mata yang masih mengalir. Mengenangkan ibu cukup membuat hatiku dihambat hiba dan rindu. Esakan halus mula kedengaran.

" Cik adik manis, sedih makan ais krim ni kenapa? "  

Aku berhenti dari menjamah ais krim yang hanya tinggal separuh. Esakanku tidak kedengaran lagi. Kepalaku didongakkan, mencari wajah yang menegurku. Pandanganku dan pandangan jejaka itu bersatu. Aku terpaku tatkala memandang wajah yang berada di depan mataku sekarang.

" Cik adik manis, saya ni handsome sangat ke? "

Aku mencebik apabila mendengar kata-kata jejaka itu. Tapi, memang handsome pun. Jejaka yang melihat tindak-tandukku ketawa kecil. Sejurus itu, bibirnya mula mengorak senyuman yang teramat manis di mataku sehingga menampakkan lekuk di pipinya. Sekali lagi aku terpempan melihat keindahan hamba Allah ini.

Aku yang berkhayal tadi terus tersedar. Jejaka itu masih setia menayangkan senyumannya. Ais krim yang dari tadi masih setia berada dalam genggamanku terlepas terjatuh di atas kasut jejaka itu. Wajah sang jejaka yang ceria tadi berubah menjadi kelat apabila kasutnya dicemari dengan ais krim milikku.

" Err, Encik. Saya minta maaf, tak sengaja. Saya minta diri dulu. Ini tisu, gunalah untuk lap kotoran tu. Assalamualaikum. "

Aku terus menapak jauh. Rumah merupakan destinasi pertama dan terakhir pada hari ini.

' Hmm. Ayu. Manis. ' Rafi' tersenyum sorang.

***

Mataku terpaku pada villa dua tingkat itu. Masih indah. Sudah beberapa tahun kakiku tidak menjejak di sini. Hatiku ditabahkan untuk mari ke sini apabila mendapat berita bahawa syarikat abah sedang mengalami masalah sehingga nyaris muflis.

Salam yang dilaungku tidak terjawab. Dahiku berkerut, hairan melihat pintu rumah itu terselak sedikit. Sebaik sahaja aku menolak daun pintu, aku terlopong melihat keadaan ruang tamu rumah abah. Perasaan bimbang mula menjentik tangkai hatiku.

" Abah! Abah! "

Suara milikku bergema di seluruh ruang tamu. Aku melangkah ke bilik bacaan abah, ingin mencari kelibat abah. Sebaik sahaja wajahku tersembul di muka pintu bilik bacaan abah, aku terkejut melihat abah terbaring lemah di atas lantai. 

" Abah! Astaghfirullahalazim, abah! "

" Emm..... "

Suara abah terdengar lemah di corong telingaku. Apa yang telah berlaku di rumah ini? Aku berasa lega apabila abah masih bernafas. Dengan pantas, aku membawa abah ke hospital. Aku tak ingin melihat abah meninggalkan diriku lagi. 

Debaran dirasakan sementara menanti doktor selesai melihat keadaan abah. Fikiranku masih lagi cuba untuk memikirkan apa yang telah berlaku di rumah abah. Mungkinkah sesuatu telah berlaku menyebabkan abah terkulai lemah. Keluhan lemah tebit dari dua ulas bibirku.

" Cik Ulfah Fa'idh? "

" Ye saya. Macam mana dengan abah saya, doktor? "

" Cik Ulfah, abah Cik Ulfah mungkin mengalami seragan jantung. Your quick action saved his life. If you were late for a second just now, maybe he wouldn't be here now.

" Alhamdulillah. Thanks, doctor. Anything should I do for precautions? "

" Yes, I prescribed his medicines. You can take them at the pharmacy. At this moment, you should keep him from things that's stressing him out. We don't want his heart working overtime again. This may bring harm to him. That's all, Ms. Fa'idh. "

" Ok, thanks doc. Saya akan cuba. "

Aku menolak pintu wad kelas pertama yang diduduki abah. Sayu pandangan aku apabila melihat abah terbaring lemah dikelilingi dengan wayar-wayar mesin perubatan. Aku hairan, mana perginya Zara ketika abah sakit? Bukankah dulu Zara anak kesayangan abah? Mana perginya seorang Zara Atikah sekarang? 

' Abah, Ulfah akan jaga abah. '

Jam sudahpun menginjak pukul 3. Abah sudah boleh dibawa pulang. Keadaan abah tidaklah kritikal sangat. Abah sudahpun sedar selepas aku balik menunaikan solat zohor tadi. Tanganku ingin memegang tangan abah, ingin menolong abah duduk di kerusi roda. Namun, abah pantas menepis kasar tanganku. Sangkaanku meleset sama sekali. Aku fikir abah dah terima diriku, abah dah lupakan yang lalu, tapi harapan tetap harapan. Inilah dunia realiti. 

" Abah, abah tinggal dengan Ulfah ya. "

Abah tidak menjawab apabila aku menyuarakan perihal tempat tinggal. Hanya kedengaran dengusan kasar. Nampaknya abah masih lagi membenci diriku. Dadaku terasa hangat terkenangkan perlakuan abah. 
Tapi....

' Abah tetap abah Ulfah. '

***

Keretaku menjalar masuk ke perkarangan rumah banglo 3 tingkat yang terletak di Damansara Heights. Hasil keringatku sendiri. Aku mula mengarahkan Mak Zu supaya membawa beg pakaian abah ke tingkat bawah rumah. Senang buat abah sekiranya ingin bergerak. 

" Abah, mulai sekarang abah akan tinggal sini. Ini rumah Ulfah. Abah biasakan diri ye. Kalau ada apa-apa, boleh panggil Mak Zu. Bilik abah kat bawah. "

Abah hanya mendiamkan diri. Masih marah dengan aku barangkali. Keluhan terlepas dari bibirku. Jika abah masih membencikan diri aku, aku pasrah. Aku keluar dari bilik abah membiarkan abah berteleku sorang-sorang. Aku sedar, kehadiranku dibenci oleh abah sendiri. 

" Mak Zu, tolong jaga abah jap. Ulfah ada hal nak diuruskan kat pejabat. " 

" Baiklah, Ulfah. Ulfah ada masalah ke dengan abah Ulfah? Maaf jika Mak Zu menyibuk. "

" Hmm, takpa , Mak Zu tak salah. Panjang ceritanya. Berkurun-kurun tak habis. Haha. "

" Haha. Ada-ada je kamu ni Ulfah. Dahlah nanti lewat pulak. "

" Baiklah Mak Zu. Ulfah pergi dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam" 

***

" Cik Ulfah, klien untuk projek Villa dekat Mount Kiara neighbourhood tu dah sampai nak discuss tentang decor untuk villa tu. " 

" Okay. Thanks, Kira. "

Aku menapak masuk ke dalam ruang pejabat aku untuk membincangkan hal projek baru. Aku terus mendapatkan kerusi kerjaku tanpa memandang wajah klien itu.

" Sorry sir to keep you waiting. "

" No problem. Saya sudi nanti. "

' Macam kenal je suara orang ni.. '

Mataku melilau mencari seraut wajah klienku. Sebaik sahaja mataku singgah pada seraut wajah kacak itu, mataku membulat besar. Lelaki ini kan ................

" Cik adik manis, sekali lagi, muka saya ni teramat handsome ke? "

Aku menjelirkan lidah, tidak ingin mengaku kebenaran yang sebenar. Takut ada pulak yang terlebih 'perahsantan' nanti. Dilihat mata lelaki itu mencerlung geram melihat reaksi aku. Dalam hatiku sudah ketawa terkekek mengejek.

" Amboi. Nak kata saya tak handsome lah tu. "

" Haha. Okay. Okay. Enough with this. Err, Encik.... ? "

" Okay then. Mr. Anaqi. Rafi' Anaqi. "

" Baiklah, Encik Anaqi. What concept do you prefer for your villa? "

" Saya nak english concept tapi simple. Tak nak berlebihan. Biar simple yet elegant. "

" Baiklah, Encik Anaqi. Minggu depan salah sorang staf saya akan pergi tengok-tengok villa encik. "

" Oh, one more thing. Miss Ulfah Fa'idh, I want you do the check up. I don't trust anyone. "

" But, Mr. Rafi' Anaqi, I don't have time. My work only involving the office work. I'm the CEO, remember? "

" Saya tak kira. Saya nak Cik Ulfah juga. Jika tak saya tak teragak-agak nak batalkan perjanjian kita. "

' Ish, demanding betul lah orang ni! '

" Fine! I'll do the check up tomorrow. "

Rafi' tersenyum kemenangan. Melihat senyumannya, aku menyampah. Tak faham bahasa langsung orang ni. Melihat jam sudah pukul 5.30 petang, aku terus mengemas semua dokumen dan beg tanganku. Aku berhenti seketika apabila terkenangkan Rafi' yang masih belum berganjak dari tempat duduknya. Mamat ni terkena stroke eh?

" Excuse me cik abang sayang lagi dihormati, tak nak pulang ke? "

" Ye cik adikku manis yang disayangi, abang nak pulang lah ni. Sebelum tu, care for a cup of tea? "

" Oho, forgiveness I plead to you. Saya ada hal. Assalamualaikum. "

" Miss Ulfah Fa'idh!! ... Waalaikumsalam. "

***

Mataku tercelik-celik apabila sinaran matahari cuba 'menembus' kelopak mataku. Nasiblah hari ini hari minggu. Haih, nanti nak pergi villa mamat tu pulak. Malang. Malang. Tak lama kemudian, kedengaran ketukan bertandang di pintu. 

" Ulfah. Ulfah. Ulfah ada tetamu kat bawah. "

" Aik? Mak Zu, takkan awal pagi camni ada orang bertandang ke rumah. "

" Ulfah, Mak Zu pun tak tahu. Tapi lelaki tu tekad nak jumpa Ulfah. "

" Lelaki? Sapa Mak Zu? "

" Entahlah, Ulfah pergilah tengok sendiri. Dia kat dalam bilik kerja Ulfah. "

Lelaki? Bila masa pulak aku ada kawan lelaki yang rapat. Yang 'nyah' ada la, tapi takkan Mak Zu tak kenal. Aku mengenakan shawl, sweat pants dan cardigan serta wajahku dibasuh sedikit. Takut ada tahi mata ke, tahi hidung ke melekat kat wajah. Percuma je jatuh saham. 

" Maaf buat encik ternanti-nanti. Apa....... "

Dia! Dia buat apa lagi datang sini. Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, tanganku pantas direntap oleh Zayyan. Aku cuba untuk melepaskan diri, tapi gagal apabila Zayyan memperkemaskan lagi pegangannya.

" Ulfah. Zayyan pinta jangan lari lagi kali ni. "

" Huh. Zayyan nak apa lagi kat Ulfah? "

" Dengarlah penjelasan Zayyan dulu. Zayyan lakukan tu semua sebab... sebab.. "

" Sebab apa, Zayyan?! "

" Sebab Zayyan sangat sayangkan Ulfah! Sebab Zayyan cintakan Ulfah! "

Aku tersentap mendengar bicara seorang Zayyan Faiq. Cinta? Sayang? Beginikah caranya? Jika begini caranya, ingin sahaja aku menghapuskan rasa cinta dan sayang itu dari mendekati Zayyan. Tapi apakan daya, aku hanyalah manusia biasa.

" Huh! Zayyan kata cinta dan sayang. Sebab tindakan bodoh Zayyan dulu, abah hilang kepercayaan dengan Ulfah. "

" Ulfah.. Za..Zayyan hanya nak Ulfah menikah dengan Zayyan. Apabila mendengar rancangan Zara, Zayyan rasa dengan cara itu Zayyan boleh ikatkan Ulfah. Tapi Zayyan silap. Zayyan tak sangka Zara perangkapkan Zayyan dengan rancangan dia. Jika Zayyan tahu yang Zara nak jatuhkan Ulfah, sejak dulu lagi Zayyan tak setuju. "

" Zayyan, semuanya sudah terlambat. Ulfah bukan lagi anak abah. Ulfah sudah pun menconteng arang ke muka abah. "

" Ulfah, Zayyan minta maaf akan kesilapan Zayyan dulu. Zayyan harap kita boleh sulamkan kembali kisah lama kita. "

" Uhh, Zayyan. Maafkan Ulfah. Sekiranya maaf yang dipinta Zayyan, Ulfah sedia memaafkan Zayyan. Tetapi, sekiranya sambungan kisah kita yang Zayyan pinta, Ulfah hanya dapat ucapkan perkataan 'kawan' saja. "

" Tapi, Ulfah. Zayyan Faiq cintakan seorang Ulfah Fa'idh. Hanya Ulfah yang bertakhta di hati. "

" Zayyan, cukuplah sampai sini sahaja. Sekarang, Ulfah mohon Zayyan pergi. "

" Ulfah... Takpa Ulfah. Mungkin sekarang Ulfah tak nak, tapi Zayyan akan berusaha juga! "

" Zayyan.... "

Aku tidak sempat menghalang Zayyan. Fikiranku sudah buntu. Apa lagi babak yang seterusnya. Aku tidak sanggup menanggung 'drama' lagi. Aku rebahkan badan ku ke sofa. Lutut terasa tidak bermaya lagi untuk menampung beratku. Mataku terpejam dengan rapatnya.

" Ulfah......"

Suara yang bergema di corong telingaku membuat mataku terbuka luas. Abah?

" Ulfah..... "

" A.a.. abah buat apa kat sini? "

" Abah minta maaf, nak. "

" Err, abah, Macam mana dengan syarikat abah? Dah pulih? "

" Ulfah, abah dah dengar semuanya. Abah menyesal kerana terlalu mempercayakan kata-kata Zara dulu. "

" Abah.... Abah tak salah. "

" Abah bukan seorang ayah yang baik. Abah banyak menyakitkan hati Ulfah. "

" Abah! Jangan cakap lagi! Ulfah tak nak dengar semua ni. "

" Abah minta maaf, Ulfah. Abah minta maaf. "

" Dahlah abah. Yang lepas biarlah lepas. Ulfah dah lama maafkan abah. Kita jangan bahaskan hal ini lagi. Mak Zu! Sediakan sarapan abah, Ulfah nak mandi jap. Ada hal nak diuruskan kat luar nanti. "

" Baiklah Ulfah! "


***

Bunyi kicauan burung dan rembesan air yang deras sangat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit wajahku. Aku menarik nafas sedalam-dalam yang boleh. Segar. Perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan suasana disekeliling. Tubuhku berdiri tegak di hadapan villa yang tersergam indah. Binaanya sangat unik membuatku ingin tinggal di situ. 

Tanganku mula menekan loceng di pintu pagar villa tersebut. Kehadiranku haruslah dimaklumkan dahulu walaupun kunci sudah berada dalam genggamanku. Tak nak diriku dianggap pencuri. Interkom yang melekat di dinding mengeluarkan suara. 

" Ye, siapa di sana? "

" Emm, saya Ulfah Fa'idh, pegawai dari syarikat UF Home & Decor. "

" Oh, silakan. " 

Sesaat kemudian, pintu pagar utama terbuka secara automatik menandakan kedatangan aku dialu-alukan di villa ini. Aku melangkah masuk ke perkarangan villa itu dengan perlahan. Mataku sibuk melihat keadaan sekeliling rumah itu. Cantik. Syurga idaman setiap wanita yang minat menanam bunga. 

" Cik Ulfah Fa'idh suka? "

Lamunanku terhenti apabila mendengar namaku diseru. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh tinggi lampai. Nampak santai, dengan memakai white V-neck shirt dan seluar pendek paras lutut. Badannya yang ketak itu jelas kelihatan disebabkan saiz bajunya yang hampir ketat. 

" Cik Ulfah Fa'id, suka ke tak? Jangan godakan saya, boleh? Tergoda pula saya nanti. " 

Aku pantas mengagguk tanda suka. Tapi apabila otakku memproses lagi petah bicara Rafi', mataku mencerlung geram, geram dengan ayat yang dilontarkan tadi. Rafi' hanya ketawa melihat diriku yang kelam-kabut menjawab pertanyaannye. Cis.

" Cik Ulfah, marilah masuk. Tapi, nak temankan abang pun boleh gak. "

Erkk, bila masa dia ni 'abang' aku?? 

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam villa itu, dahiku berkerut seribu. Banyak mata sedang memandang ke arah aku dan Rafi'. Aku kena punk'd ke? Ada apa ni sebenarnya? Ada yang dah tersenyum-senyum pulak memandang aku. Ada tahi hidung ke kat wajah? Belum sempat aku bersuara, seorang wanita yang agak berumur memecah kesunyian.

" So, this is the one. The one you've been talking about. "

" Yes ummi. This is the one. "

" Cantik. Ayu. Manis. Ummi berkenan. "

Aku yang dari tadi masih terpinga-pinga cuba untuk catch up dengan bicara antara dua orang manusia ini. Eh, the one? Berkenan? Apa yang berlaku sebenarnya ni? 

" Walid suka. Pandai Rafi' pilih. "

" Walid, tengoklah anak sapa. Hehe. "

Aku terlongo, masih bingung dengan apa yang sedang berlaku. Wanita yang dipanggil ummi oleh Rafi' itu menapak ke arahku. Tangannya mengenggam lembut tanganku. Bibirnya mengorak senyuman manis. Hatiku tersentuh melihat senyumannya, mengingatkan aku akan arwah ibuku. Tanpa disedari, aku memanggil wanita yang masih ayu walaupun diamah usia itu dengan suara sayu. Mataku bertakung dengan air jernih yang bila-bila masa sahaja boleh mengalir.

" Ibu.... "

Semua yang melihat babak itu pelik akan mood ku yang berubah. Jemari wanita itu menyeka perlahan air mataku. Tangannya sebelah lagi mengusap belakang badanku, persis seperti ibu memperlakukan aku dahlulu ketika aku menangis. Aku mendakap erat badan langsing itu melepaskan segala lara yang terbuku lama di hati. 

" Syhh. Syhh. Syhh. Jangan nangis lagi. Ummi ada di sini. "

Ya Allah! Baru aku sedar bahawa aku sedang berada di rumah orang. Tangisan aku berhenti. Buat malu je curi mak orang. Jatuh saham. 

" Saya minta maaf. "

" Takpa. Ummi ada temankan Ulfah setiap masa. Ummi setuju. "

" Eh, setuju apa u..um...ummi? "

" Lah, lepas nangis terus lupa dah? "

Eh? Lupa apa pulak ni? Aku semakin keliru mendengar kata-kata ummi Rafi'. Tiba-tiba, Rafi' melutut di depanku sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kotak baldu!

" Ehem. Ehem. Bismillahirahmanirahim. Cik Ulfah Fa'idh, sudikah seorang Ulfah Fa'idh menjadi suri hidup kepada seorang Rafi' Anaqi? Sudikah Ulfah menjadi Hawa kepada Rafi', Adam? Sudikah Ulfah Fa'idh mewarnai dan memenuhi hidup Rafi' Anaqi dengan menemani hamba Allah yang sedang mencari tulang rusuknya ini? "

Darah menyerbu wajahku. Nafasku tersekat-sekat dirasakan saat ini setelah menerima lamaran dari Rafi' Anaqi. Apa yang patut aku katakan? Haruskah aku menolak? Tapi kenapa hatiku meronta-ronta ingin menyebut 'sudi' ? Lama aku memikirkan jawapan sehingga wajah Rafi' berkerut-kerut menahan sakit di lututnya. Semua yang menyaksikan seolah-olah berharap aku menerima lamaran itu. Setelah lama berfikir, akhirnya aku memberi kata putus.

" Tanya dengan abah. Jika Encik Rafi' Anaqi lah pilihan abah, Ulfah terima. Tapi, jika bukan Encik Rafi' Anaqi pilihan abah, maka Ulfah tolak. Ulfah minta diri dulu. Assalamualaikum. "

Kelihatan Rafi' Anaqi terpinga-pinga dengan jawapan yang diberi oleh aku. Namun, walid dan umminya tersenyum lebar mendengar jawapanku. Apa yang sedang bermain di fikiran berduanya, aku tak tahu. Apa yang pasti, aku yakin, abah tahu yang terbaik untukku. Aku hanya akan ikut pilihan abah. 

Aku terus menapak keluar dari villa itu. Pulang ke rumah tujuan utama ku. Seluruh tubuhku terasa penat setelah menanggung lelah seharian ini. 

Walid dan ummi Rafi' menepuk bahu anak mereka dengan lembut apabila melihat wajah anak mereka keruh. Hebat penangan si Ulfah ni. Baru pertama kali Rafi' bawa perempuan pulang untuk diperkenalkan. Setelah melihat Ulfah, walid dan ummi Rafi' berkenan sangat dengan Ulfah. Rafi' menoleh kepalanya ke arah umminya.

" Ummi........ " 

" Rafi', jangan bersedih dulu. Belum tentu dia tolak, kan? Rafi' sendiri dengar penjelasan dia tadi. Ummi dan walid suka. Cukup suka dengan jawapan dia. "

" Betul tu, Rafi'. Walid yakin, abah si Ulfah tu akan terima Rafi' sebagai menantu dia. " 

Rafi' hanya menangguk setuju dengan ayat-ayat yang keluar dari 2 pasang bibir itu. Hatinya kian tidak sabar ingin mendapat jawapan hari ini juga. Tapi, perasaan yang membara segera dikawal. Takut ada pulak yang kahwin hari ini terus nanti sebaik sahaja bakal bapa mertua bersetuju. 

***

Bunyi telefon bimbitku bergema di seluruh ruang pejabatku. Nombor yang tertera pada skrin sangat asing di mataku. Mungkin klien kot. Aku cuba memaniskan suaraku semanis mungkin. Mana tau, ada yang terus sign kontrak ke. 

"  Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam, sayang. Sayang abang dah makan? "

Errk! Bila masa aku ber-sayang abang bagai ni? 

" Err, maaf. Encik ni sapa ye? "

" Aik, baru sehari dah lupa ngan abang? Ni abang sayang lah, Rafi' Anaqi. "

" Encik Rafi' ? Bila masa saya ni sayang encik? "

" Selagi abang hidup di dunia ni, selagi tu lah Cik Ulfah Fa'idh jadi sayang abang. "

" Mr. Rafi' Anaqi, let me repeat myself. I Am Not Your Sayang! "

Ms. Ulfah Fa'idh, let me tell you. You Will Be My Sayang! "

Aku mendengus geram. Tak faham bahasa betullah mamat ni! Aku menghentak-hentak kakiku dengan perasaan geram yang teramat, membayangkan wajah kacak Rafi' Anaqi yang sedang dipijak. 

" Straight to the point, what do you want? "

" As you wish, my lady. Care for lunch? With your future beloved husband? "

" Saya sibuk! "

" Baiklah. Bye sayang Ulfah. Assalamualaikum. "

" Uek! Waalaikumsalam. "

Aku berasa hairan apabila Rafi' terus mematikan talian. Takkan terus bye? Selalunya kacau je memanjang. Tapi tak apa, senang kalau dia takda.

***

Aku tiba di rumah setelah seharian penat bekerja. Masuk saja rumah, abah sudah terpacak di kerusi rodanya dekat ruang rehat. Muka abah berseri-seri macam bulan bercahaya terang saja nampaknya. Aku yang hairan mengerutkan dahi.

" Abah. Happy semacam je abah ni. Syarikat abah dah pulih ke? "

" Ulfah. Abah ada perkara nak dibincangkan. "

" Apa, bah? "

" Ulfah bersihkan diri dulu. Lepas tu, baru abah cakap kat Ulfah. "

" Baiklah abah. "

Aku segera membawa diriku ke bilik untuk membersihkan diri dan mengerjakan suruhan Allah. Tak sabar nak dengar apa yang abah ingin bincangkan. Mungkin keadaan syarikat sudah pulih sepenuhnya. Sejam kemudian, aku menapak turun ke ruang rehat keluarga. Abah kelihatan sedang menelefon seseorang. Happy benar nampaknya. 

" Abah. Abah nak cerita apa tadi? "

" Eh, Ulfah. Nasib abah dah habis telefon. "

" Abah cakap dengan siapa? "

" Adalah. Lambat laun Ulfah akan tahu juga. "

" So, abah. Apa hal yang penting sangat nak dibincangkan? Syarikat abah dah pulih eh. "

" Ulfah risau banyak sangat pasal syarikat tu. Hal lain lebih penting tau. "

" Alah abah. Kan syarikat tu macam nyawa abah juga. Lagipun kalau masih belum pulih gak, Ulfah tolong abah uruskan buat sementara sehingga abah kembali pulih. "

" Ulfah, tak payah susah-susah. Ulfah kan ada syarikat sendiri nak urus. "

" Tapi abah.... "

" Ulfah. Sudahlah tu. Ni, abah tengah hari tadi terima kedatangan orang ke rumah tadi. "

Gulp! Kedatangan sapa pulak ni?! Jangan-jangan.............

" Sa...sapa bah? "

" Abah rasa Ulfah dah kenal. Tuan punya badan sendiri cakap. Apa-apa pun, abah tahu mereka keluarga baik-baik. Cukup pakej untuk jadi suami yang soleh. Sesuai buat Ulfah. Straight to the point, abah dah terima pinangan mereka. "

Mataku membulat besar. Pinangan? Aku akan kahwin tak lama lagi ke?! Aku terus meminta diri dengan abah. Tubuhku dibawa ke bilik. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berdering kuat minta dijawab. 

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Ulfah sayang, Rafi' minta maaf kalau tak cakap nak datang. "

" Encik Rafi', takpa. Saya akan tepati janji saya. Ingat? "

" Betul ke, Ulfah? Alhamdulillah. "

" Baiklah. Saya tidur dulu. Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Terima kasih, Ulfah. "

***

Tanganku bergetar hebat. Peluh mula mengalir di dahiku. Hatiku bagai bermain dengan drum set. Inai di tangan aku pandang dengan senyuman yang bersisa di bibir. Tak lama lagi, aku bakal bergelar seorang isteri kepada seorang suami. Hawa kepada Adam. 

Paluan kompang mula kedengaran di luar bilik. Jantungku semakin rancak berdegup. Pakaian serba putih yang labuh di badanku mula terasa basahnya. Aku memejamkan mataku dengan kejap. Seminit, dua minit, tiga minit. Aku membuka mataku setelah hatiku berasa tenang. Sebaik sahaja mataku terbuka, aku hampir terlompat ke belakang. Rafi' sudah tersenyum-senyum melihatku. Malu yang teramat dirasakan. 

" Ulfah sayang, abang rindu. "

Rafi' menghulurkan tangannya. Aku terpinga-pinga melihat Rafi' yang tersenyum-senyum kambing. Abah yang sudah boleh berjalan masuk ke bilikku. 

" Lah, Ulfah. Belum salam lagi. Suami kamu tunggu tu. Dah halal dah pun. "

Pipiku terasa hangat. Malu sungguh apabila semua mata yang memandang bagai nak ketawa melihat adegan ini. Aku terus menyambut huluran Rafi'. Bibirku bergetar hebat apabila menyentuh tangan Rafi' yang hangat. Sesaat kemudian, Rafi' terus memaut daguku lalu menciumkan dahiku. Lama. Sekali lagi darah merah menyerbu mukaku. Ummi Rafi' mula bersuara apabila melihat tindakan Rafi'.

" Amboi anak ummi. Lembut-lembut lah sikit. Tak lari kemana isteri kamu tu hah! "

" Alah ummi. Hati dah rindu sangat kan. " 

" Ulfah, hati-hati ye. Anak ummi ni gila sikit. "

" Ummi! " 

Rafi' menarik muncung apabila ummi mengekek ketawa. Ingin sahaja aku ketawa terbahak-bahak melihat muka itik Rafi', takut orang fikir aku gila pulak nanti. 

***

" Kaulah punya pasal! "

" Hoi! Aku pulak yang salah. Yang dulu kau tak baham dia terus kenapa?! " 

Zayyan Faiq mendengus geram. Majlis yang dihadirinya senyap-senyap tadi cukup membuat hatinya membara panas. Kata Zara ada benarnya juga. Ulfah Fa'idh sepatutnya menjadi miliknya. Bukan orang lain. 

" Zayyan, macam ni lah. Apa kata kita buat macam ni? Aku yakin pasti berjaya punya lah! "

Zara Atikah mula menceritakan rencananya. Senyuman sinis mula terbit pada dua ulas bibir Zayyan. Akhirnya Zayyan mengangguk setuju dengan rancangan jahat Zara. Zara hanya tersenyum apabila melihat Zayyan setuju. 

" Ulfah Fa'idh. Aku akan pastikan kau menjadi milikku. "

***

" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam, sayang. "

" Abang ni, orang tengah kerja ni kenapa call? " 

" Alah, rindu kat sayang abang ni tak boleh ke? "

" Tak boleh! "

" Ish! Ulfah kejam! Nak merajuk ngan ummi lah! "

" Eee. Tak malunya abang. Dah kahwin pun masih nak merajuk ngan ummi. "

" Suka hati abang lah! Dah orang di sana tak sudi nak pujuk kita. "

" Olololo.... Abang sayang ni jangan merajuk lagi ye. Kalau nak merajuk juga, Ulfah tak naklah buat cheese souffle. "

" Eh.Eh. Abang dah habis merajuk dah. Dah gembira dah pun. "

" Eleh! Sebut je souffle naik hantu lah tu! "

" Ulfah kan dah janji. Nyum, nyum. Cheese souffle come to daddy!

" Arghh! "

Suasana menjadi gelap. Tubuhku terasa melayang. Handphoneku terjatuh dari tangan.

" Sayang! Ulfah! Ulfah! "

***

Kepalaku terasa sakit sekali. Mataku berpinar apabila aku cuba untuk membukanya. Cahaya yang sangat terang menganggu penglihatanku. Suasana yang kabur-kabur di mataku membuat aku susah untuk meneka tempat ini. Tidak lama kemudian, bunyi pintu dibuka kedengaran. Derapan kaki menghampiri diriku yang terkulai lemah di sudut dinding.

" Kesian sayang, abang. Sayang sakit eh? "

" Si..sia... siapa kau? Aku kat mana ni?! "

" Syhh, syhh, shhh, shhh. Jangan jerit-jerit sayang. Nanti tekak tu sakit. Abang kan cinta hati sayang. "

" Aku kat mana ni? Hei! Cinta hati aku hanya Rafi' Anaqi! "

Pang! Pipiku terasa pijar akibat tamparan kasar dari lelaki itu. Siapa sebenarnya dia. Suaranya macam aku kenal sahaja tapi siapa? Apa yang dia inginkan dari aku? Badanku menggeletar kuat kerana ketakutan.

" Sayang, abang sorang je cinta hati sayang. Takda orang lain! Ulfah Fa'idh hanya milikku seorang! "

Suara yang tadinya lembut bertukar ganas. Aku semakin ketakutan mendengar ucapan lelaki itu. Tak lama kemudian, bunyi pintu dikuak sekali lagi kedengaran. Bunyi derapan kasut tumit tinggi menyapa corong telingaku.

" Dah sedar ke perempuan tu? "

" Ha ah, dah sedar. "

Suara itu! Suara itu! Aku kenal benar akan suara itu! Zara Atikah. Kenapa kau baru muncul sekarang? Apa salahku terhadap kau sehingga aku dilakukan seperti ini?

" Woi pompuan! Haha. "

" Zara! Jangan kasar sangat dengan dia! "

" Alah, relaxlah Zayyan. Aku main-main je ni. "

Zayyan? Zayyan Faiq? Aku tak sangka dia sanggup bertindak sejauh ini. Air jernih mula menodai pipiku.

" Zayyan, Zara. Apa yang korang nak sebenarnya? "

" Eh, dah kenal dah. Apa yang aku nak kau tanya? Baiklah, aku nak kau mampus sejak dulu lagi! Sejak kecil lagi, kau jadi pemusnah kebahagiaan aku! Kau rampas kasih sayang ayah dari aku! Dahlah ibu kau tu rebut suami orang, sekarang kau pun rampas ayah aku juga! Semua pujian kau yang dapat! Aku? Aku dapat apa? Aku cuma dapat tengkingan dari ayah! Semuanya kau yang betul! Kau tahu tak apa rasanya disisihkan? "

" Zara, Ulfah tahu apa yang kak Zara rasakan. Tapi bukan ini caranya. Lagipun, salah kak Zara sendiri terjebak dalam masalah. Kalau kak Zara tidak keluar malam hari tu, pasti kak Zara tidak akan ditangkap oleh pihak polis. Ulfah dah cuba halang kak Zara keluar tapi kak Zara degil juga. "

" Hei pompuan! Aku tak minta kau bagi nasihat ke ceramah ke aku! "

Pang! Sekali lagi pipiku terasa perit dan pedih menikam kalbu. Tangan Zara telah menyinggah di pipiku.

" Zara! Aku dah kata jangan berkasar dengan dia! "

" Aku taulah kau sayangkan betina tu sangat. "

" Shut up, Zara! Don't you dare use that word! "

Zayyan menyentuh pipiku dengan lembut. Bagaikan sarat dengan kasih sayang. Hatiku merintih pilu, memohon ada bantuan tiba dengan cepat.

' Abang, tolong Ulfah! '

" Ulfah, sayang tak apa-apa ke? Sakit tak? "

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak mampu bersuara setelah pipiku ditampar. Bibirku pecah akibat tamparan tadi. 

***

Rafi' Anaqi mundar-mandir di ruang tamu rumah. Hari sudah larut malam. Ummi, walid dan abah Ulfah bimbang melihat Rafi'. Keadaan sangat tegang apabila Ulfah masih lagi belum menjawab telefonnya sejak tengah hari tadi. Walid Rafi' mula bersuara.

" Rafi', belum ada khabar lagi ke? "

" Belum walid. Last Rafi' call Ulfah tengah hari tadi, tu pun dia menjerit last-last tu. Rafi' dah report polis. Arghh! "

" Sabar Rafi', ummi yakin Ulfah baik-baik saja. Kita berdoa saja. "

" Abah! Abah tahu tak ada orang yang mungkin jealous ke atau dengki ke apa ngan Ulfah? "

" Setahu abah, takda. Eh! Hari tu abah terdengar perbualan dia dengan Zayyan. "

" Zayyan? "

" Ya, Zayyan Faiq. Dia kawan baik Ulfah sejak kecil lagi. Minat sangat kat Ulfah. Tapi... Panjang ceritanya. Hari tu, abah ada terdengar perbualan mereka, Zayyan minta sambung balik hubungan, tapi Ulfah tolak. Zayyan keluar dari rumah, kata kat Ulfah yang dia tak peduli, dia akan berusaha nak dapatkan Ulfah. "

Rafi' tersentap apabila mendengar kata-kata abah. DIa yakin sesuatu yang buruk telah berlaku pada Ulfah. Tidak dinafikan lagi Zayyan lah dalangnya.

" Abah! Walid! Ummi! Rafi' keluar dulu. Nak cari Ulfah, track telefon dia. "

" Hati-hati Rafi'! "

" Okay, ummi! "

Belum sempat Rafi' menapak keluar, satu suara telah menarik perhatian semua yang berada di situ. Dilihat Ulfah sedang berjalan dengan tangannya diikat di belakang sambil pisau diacu ke lehernya oleh Zayyan.

" Hai semua! Tengok apa yang saya bawa ni. "

" Hei! Lepaskan isteri aku sekarang! "

" Haha. Kau jangan berangan ek, dia hak milik aku! Bukan orang lain! "

" Zayyan! Jangan macam ni nak. Lepaskan Ulfah! " abah Ulfah menjerit apabila melihat anaknya berada dalam keadaan yang sangat menggerunkan.

" Pak cik jangan masuk campur! Hei, kau! Aku nak kau ceraikan bini kau sekarang juga! Kalau tak.. "

" Woi jantan! Kau jangan harap aku ceraikan isteri aku! "

" Haha. Degil juga ye suami kau ni, Ulfah sayang. Kalau aku tak dapat Ulfah, orang lain pun tak boleh juga! "

Zayyan bagaikan orang yang sedang dirasuk syaitan. Bibirnya melakar senyuman sinis melihat wajah marah Rafi'. Timbul niat di hatinya ingin membakarkan hati lelaki itu lagi. Perlahan-lahan, Zayyan menjilat pipi mulus Ulfah dengan penuh perasaan. Bibirnya mula bergerak menyentuh pipi putih bersih itu. Rafi' yang melihat adegan di hadapan matanya sekarang mengepal kedua-dua belah penumbuknya. Aku hanya memejamkan mata, takut. Tubuhku bergetar kuat.

" Hei! Jangan sentuh dia! "

Zayyan tidak peduli dengan ugutan Rafi'. Dirinya semakin ligat memperlakukan Ulfah seperti itu. Rafi' tidak dapat menahan sabar lagi. Terus dirinya mara, ingin menumbuk wajah tampan itu. Belum sempat Rafi' bertindak, Zayyan terlebih dahulu bersuara.

" Kau mara satu langkah lagi, nyawa wanita kesayangan kau ni melayang. "

Tak lama kemudian, satu suara mengganggu suasana tegang itu. Abah tekejut apabila melihat gerangan yang tiba itu.

" Did I miss anything? Boleh tahan juga rumah kau ni ye, Ulfah. "

" Zara Atikah! Jadi...jadi.... "

" Hai abah! Lama tak jumpa. Ya! Zara lah yang menjadi dalang semua ini. Kenapa? Terkejut? "

" Zara! Kenapa nak? "

" Abah! Abah lah punca semua ini! Sejak dulu lagi, Zara menagih kasih dari abah. Zara bahagia dengan abah walaupun setelah kematian mama. Tapi! Sejak betina tu kahwin ngan abah, semuanya berubah! Sejak lahirnya perempuan sial ni, semuanya hilang! Abah pilih kasih! Semua yang Zara buat, semuanya salah di mata abah! Tapi, kalau semua perkara yang Ulfah buat, abah puji lebih-lebih pulak. Menyampah aku tengok muka perempuan sial ni! "

" Zara! Abah tak pernah pilih kasih! Abah tak pernah abaikan Zara. Sebaliknya, Zara yang membuat abah hilang kepercayaan dengan Zara! Sekiranya Zara tidak keluar malam dan bermalam di rumah lelaki tu, abah tak akan marah dengan Zara! Abah dah banyak kali melarang jangan bergaul dengan budak-budak tu, Zara bergaul juga! "

" Hoi orang tua! Aku buat semua tu sebab kau tak pernah nak layan aku! "

Abah hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Zara. Dirinya tak sangka selama ini dia telah gagal mendidik anaknya yang sorang itu. Air mata mula menodai pipi tua itu. 

' Zaihara, maafkan abang kerana gagal mendidik anak kita. Maafkan abang! Maafkan abah, Zara. Maafkan abah, Ulfah. ' rintih hati tua itu.

" Abah! "

Aku dan Rafi' menjerit apabila melihat abah rebah menyembah lantai. Dada abah kelihatan berombak laju. Rafi' yang berada di sisi cuba memimpin abah mengucap dua kalimah syahadah. Perlahan-lahan, mata abah tertutup. Dada abah berhenti berombak. Aku hanya mampu mengalirkan air mata melihat abah terbaring kaku di sisi Rafi', walid dan ummi. Zara yang masih bersandar di dinding hanya melihat abah tanpa sekelumit perasaan pun.

Hatiku berasa perit mengenangkan semua yang erlaku di depan mata. Teganya Zara! Teganya Zayyan! Dengan penuh geram aku menyiku perut Zayyan. Terdengar rintihan sakit terbit dari dua ulas bibir itu. Zara yang melihat terus panik. Zara terus mara ke diriku. Terasa perit di bahagian tengah perutku.

' Arghh... Allahuakbar. '

Tubuhku terlorot jatuh sebelah jasad abah. Rafi' yang melihat terus menerpa ke arahku. Zara dan Zayyan terus cabut lari, terkejut dengan tindakan Zara.

' Abah, maafkan Ulfah. '

" A...abang, maafkan segala dosa Ulfah pada abang. "

" Ulfah! Syhh. Jangan cakap apa-apa. "

" Abang, terima kasih kerana berada di sisi Ulfah. Terima kasih sebab dah terima Ulfah dalam hidup abang. Sejak abang hadir, la...lara yang terpendam sejak lamanya terungkai. Sejak pertemuan kita di taman, sehinggalah ke hari ini Ulfah akan ingat. Abang, terima kasih. Ulfah Fa'idh cintakan seorang Rafi' Anaqi...."

" Ulfah! Jangan tinggalkan abang! "

Aku hanya mampu melakarkan senyuman apabila pandanganku semakin kabur. Terasa basah wajahku apabila air mata Rafi' jatuh ke wajahku. Wajah kacak Rafi' semakin hilang. Akhirnya, semuanya gelap.

***

" Rafi', jangan bersedih lagi nak. Semuanya pasti ada hikmahnya, nak. "

" Ummi, Rafi' ...... Rafi' masih sayangkan arwah Ulfah, ummi. "

" Rafi', Allah tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Sesungguhnya Dialah pencipta alam semesta. "

" Rafi' tahu, ummi. Bagi Rafi' masa. Susah, ummi. Arwah Ulfahlah cinta hati, cinta pertama, isteri, dan tulang rusuk Rafi'. "

" Ummi tahu, Rafi'. Tapi hidup mesti diteruskan. Arwah Ulfah takkan tenang kalau tengok Rafi' macam ni. "

" Emm... "

Tak lama kemudian, walid Rafi' tiba dengan senyuman nipis. 

" Rafi', berita baik. Zara dan Zayyan dah ditangkap. Sekarang nanti hukumannya saja. "

" Alhamdulillah. Rafi' jangan bersedih lagi nak. Ummi dan walid sedih tengok kamu macam ni. " 

" Terima kasih, walid. Ummi. "

" Walid dan ummi masuk tidur dulu. "

Rafi' Anaqi hanya mengangguk. Setitis air jernih jatuh dari tubir matanya.  

' Ulfah sayang, Rafi' harap Ulfah tenang di sana. Maafkan Rafi'. Maafkan Rafi' sebab tak pertahankan Ulfah. Ulfah tetap cinta hati Rafi'. Rafi' Anaqi cintakan seorang Ulfah Fa'idh. '


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8


- Tsk...Tsk.. :') -
Enjoy!